Thursday, March 13, 2008

Kehidupan

Isu politik tanahair masih lagi seperti pisang goreng panas, semua orang inginkan meluahkan emosi yang terbuku dan minda yang masih belum puas berbicara. Aku pula hanya membuat percaturan yang sesuai untuk hidangan kehidupan aku tanpa perlu mengambil pusing apa yang bakal dilakukan oleh ahli politik di Malaysia.

Bukan apa, aku rasa setiap orang ada peranan masing-masing dalam kehidupan ini. Mengapa perlu kita terus mempertikaikan peranan yang perlu dimainkan oleh orang lain sehingga kita lupa akan peranan kita sendiri. Selalunya bila kita sibuk menjaga kain orang lain, akhirnya jadilah senario pasar malam...macam-macam yang dihidang dan dijual, semuanya nak ditengok dan akhirnya kita sebagai pembeli, kelabu mata dan kabur poket...yang untung siapa?

Let the politician do their job. Let them decide what is best for the nation.

Fikirkan pula bagaimana kita perlu memainkan peranan kita sendiri sebaik mungkin agar tidak ada yang akan memandang dan berkata-kata...

Teringat cerita lawak zaman budak-budak...

" Meh beli la ...kain kak"

"Di sini pun ada..tebu kak"

Bila dipotong dan dikerat, jadilah dialog yang disahut-sahut ...."kain kak...tebu kak"

Hahahaha...ada yang faham kut?