Friday, March 7, 2008

Men are Martians!

Sejak akhir-akhir ini aku banyak memerhati species yang berlainan jantina dari aku...bukan apa sekadar memerhati di luar pemikiran, so no judgement please. Hak..hak...hak..

Aku memerhati pelbagai jenis lelaki dari pelbagai peringkat umur, dari si Sufi yang berumur 2 plus sehinggalah ke abah aku yang akan mencecah 60 tahun dalam sebulan dua lagi. Banyak hipotesis yang telah aku buat dan kini aku cuba membina kesimpulan dari apa yang aku fahami.

Lelaki melalui beberapa perubahan dalam diri mereka sebelum mereka mati...not to sound too harsh but come on, every one will die, so why not we die smiling!

Lelaki menghadapi krisis kehidupan yang paling hebat apabila mereka mencecah 40 tahun. Ini memang terbukti dengan macam-macam research yang telah dilakukan terutama di kalangan pakar psikologi barat dan kini mungkin dah menular di Timur.

Kenapa?

Ada beberapa faktor yang jelas, tetapi kesimpulan yang mungkin yang terbaik terkandung dalam "the frog joke"

An older man is walking down the street when he hears a frog talking. The frog says, "If you pick me up and kiss me, I'll turn into a beautiful woman."

The man picks up the frog and puts it in his pocket.

"Aren't you going to kiss me?" the frog complains. "I'll turn into a ravishing woman and you can have me all you want."

"I'd rather have a talking frog in my pocket."


Lelaki mula hilang arah tuju atau matlamat apabila mereka menghampiri 40 kerana mereka sudah masuk usia TUA. Dan masalah mereka ialah untuk menerima hakikat bahawa mereka semakin tua dan tidak lagi bertenaga seperti dulu semasa mereka di awal 20 atau 30 an!

Apa yang perlu mereka lakukan ialah membina semula hidup mereka (agaknya sebab tu ramai di antara mereka mula mencari isteri baru/kedua), merancang semula matlamat hidup dan mencapai cita-cita baru atau membentuk karier baru kerana ketika ini kebanyakan lelaki ini mula hilang fokus. Sebenarnya mereka bukan kehilangan fokus tetapi mereka sudah sampai ke titik penamat fokus yang telah mereka tetapkan 20 tahun dahulu. Maka kini mereka perlu mempunyai titik fokus yang baru untuk mereka teruskan hidup mereka semula. Ketika ini ramai lelaki yang berumur 40 menjadi "sasau sekejap" sebab mereka sedang mencari arah tuju baru dan masih mengagau dalam kegelapan kerana mereka tidak ada tempat untuk mengadu dan merujuk. Keadaan ini pula seringkali menimbulkan salah sangka di kalangan pasangan mereka kerana tidak ramai yang benar-benar memahami krisis lelaki yang mula mencecah 40 tahun.

Lelaki yang mula menyentuh usia 40 tahun perlu bersedia untuk berubah sama ada dalam bentuk "downsizing" contohnya ada seorang peguam yang hebat di persisiran pantai California yang akhirnya sangat gembira dengan kehidupan baru sebagai penjual aiskrim!

Ada di antara mereka yang perlu "expand" iaitu meningkatkan kualiti pekerjaan dengan menambah ijazah yang ada atau membina karier yang lebih mencabar supaya mereka tidak merasa tertinggal dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

Di sini ada dua konsep terkenal yang dibawa oleh pakar psikologi dalam bentuk yang tersirat tapi sangat menarik. Robert Bly mengatakan lelaki mempunyai 3 tahap yang digambarkan dalam "MERAH, PUTIH dan HITAM"

Lelaki pada awal 20 dan 30an mempunyai warna MERAH, mereka sangat agresif dan sentiasa memberi untuk mencapai cita-cita dan matlamat yang telah ditetapkan. Tetapi apabila mereka mula memasuki usia kematangan (40an), warna mereka bertukar menjadi PUTIH, di mana mereka mula slow down, relax, sabar dan lebih menerima.

Gail Sheehy pula memberi gambaran yang lebih jelas tentang perbezaan antara lelaki dan wanita. Menurut kajian beliau, wanita dan lelaki bergerak dengan had laju yang sama ketika mereka di awal 20 dan 30an tetapi apabila mereka mula memasuki usia pertengahan 30an, had laju itu mula berubah dan arah matlamat juga berlainan. Wanita menjadi lebih fokus, laju , bijak menguasai keadaan dan sangat agresif. Lelaki menjadi sebaliknya pula. Mereka akan bertemu balik selepas usia 50 dan 60an. Di sinilah ramai pasangan mula menerima kembali diri masing-masing dan membina hidup bersama.

Bagi era baru sekarang, ramai yang mula menerima hakikat bahawa usia 50 dan 60an bukan lagi dianggap sebagai usia tua tetapi satu kehidupan baru yang kembali mengikat pasangan untuk menikmati kehidupan mereka.

My Comment:

Selalunya kita sebagai wanita cepat membuat penghakiman terhadap satu-satu keadaan tanpa benar-benar memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku. Itu memang lumrah seorang wanita kerana emosi sangat memain peranan dalam apa jua keputusan yang diambil...namun begitu terdapat juga beberapa faktor lain yang mengikat wanita untuk membuat keputusan tentang keadaan yang sedang berlaku kerana "every action, there will be reaction and when the raction is not taken seriously, there is where the problem lies"... camna nak sebut ek..."setiap perbuatan ada tindakbalasnya dan apabila tindakbalas yang diberikan itu tidak diambilberat, maka di situ lah punca segala masalah"...boleh gitu?

2 comments:

Restnrileks said...

ada beberapa perkara di dalam "post" ni memang betul. Sedikit sebanyak ada beza macam bila baca buku "Men are from mars and women are from venus.."

p/s : you ve an award.. check my site
:)

Sharifah Hassan said...

morning,

so...apa yang tak betul pula sebab bila ada betul mesti ada tak betul...gitu ek? Read the book, i had a good laugh sebab memang banyak facts yang menjadikan kita lebih kenal diri kita kan..!