Thursday, July 3, 2008

Apa ko nak?

Semalam aku diasak dengan satu soalan selama ini aku elak dari menjawab....bukan kerana aku tiada jawapan tapi sebab aku tak tahu bagaimana nak menjawab.

Pernahkah kita benar-benar bertanya pada diri sendiri apa yang kita nak selama ini? Atau kita masih mencari-cari apa yang kita nak? Bukan mudah sebenarnya untuk menyenaraikan apa yang kita nak satu -persatu...Lebih mudah sebenarnya untuk kita memenuhi kehendak orang.

Mungkinkah jika kita menyatakan apa yang kita nak, kita tidak lagi memberi apa yang orang lain nak? Atau jika kita meminta apa yang kita nak, kita terpaksa mengorbankan apa yang kita ada...bukan mudah tu.

Dan pastinya ramai yang akan menjawab" win some, loose some!" tapi bagaimana pula untuk kita "gain more"? Tamak kah jika kita nak sesuatu yang lebih baik dari semalam?

Hari ini aku menonton "KungFu Panda" dengan Sufi. Aku suka sebaris ayat yang menjadi klimaks kepada cerita tersebut:

"To make something special you just have to believe it's
special. There is no special ingredients."


Maka dalam kehidupan dan pada persoalan "Apa ko nak?"

Aku ingin mengetahui cara bagaimana menjadikan sesuatu yang biasa kepada luar biasa, sesuatu yang tidak bermakna kepada sesuatu yang istimewa!

Kepada kawan baik aku yang sentiasa menganggap aku selalu bersembunyi dalam selimut...

Aku menghargai perhubungan yang kita ada...cuma aku tak tahu bagaimana untuk menyebut apa yang aku nak. Yang aku tahu sekarang ialah aku minta maaf.

Kepada kawan baik aku yang sentiasa menganggap aku selalu terbang terlalu tinggi dari yang lain...

Aku memerlukan ruang untuk aku menjadi diri aku sendiri tapi tidak bermakna aku memiliki seluruh ruang itu untuk diri aku semata-mata tapi aku tak tahu bagaimana untuk menjemput orang lain masuk ke dalam ruang itu...

Kepada kawan baik aku yang sentiasa menganggap aku sentiasa menjadi juri dengan keputusan yang salah...

Kesalahan yang aku lakukan itu adalah peluang untuk mereka mengenali aku hanya sebagai manusia biasa-biasa sahaja dan sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri.

Terima kasih buat semua sahabat yang aku miliki....

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... ada orang yang suka memberi biarpun hanya sedikit yang diterima.

:: ada juga yang sukar memberi... tapi mau menerima lebih...

:: ada yang tak kisah apa2... sanggup berterusan memberi tanpa mengharap sangat apa yang bakal diterimanya...

:: itulah sebahagian dari kita... kelainan dan kepelbagaian itulah yang membezakan antara kita... antara sedara mara kita... antara rakan taulan kita... antara rakan sejawat kita... dan sebagainya... biasa le tuuu...

:: kekadang ada di kalangan helang gemar terbang tinggi lepas bebas menggapai awan... biasa le tuu... tapi akhirnya akan hinggap di pohon atau bertenggek di batu keras... biasanya begitu... emmm...

Sharifah Hassan said...

Salam kembali...

kalau kita sekadar memandang memang mudah untuk kita melihat keadaan yang tidak kelihatan pada mereka yang sedang melalui...

Dan kadang-kadang walau kita juga melalui keadaan yang sama, dan kita terus menempis dan kesampingankan aje!!

entahlah...



Entahlah...