Friday, July 11, 2008

Neraca Nafsu dan Akal

<Wanita>:~ ego hanya dinaikkan apabila ego tercalar dan merasakan dirinya terkucil dari arus landasan dan tidak bersedia menerima situasi yang diluar keinginannya.

<Lelaki>:~ ego naik jika harapan dan keinginannya dimanipulasi.

Neraca Nafsu dan Akal
Keadaan ini merujuk kepada 9 akal dalam diri seorang lelaki dan 9 nafsu yang beraja dalam jiwa seorang wanita. Pertembungan antara akal dan nafsu seringkali melahirkan suasana yang menjadi 1 akal dalam wanita dan 1 nafsu yang beraja dalam jiwa lelaki berkocak dan bertentang sehingga berlaku letusan emosi yang membuak di mana akhirnya kedua-dua hati lelaki dan wanita itu sendiri terluka dan tersentuh!
Keadaan ini seringkali mewujudkan perbezaan di antara seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadi penentu dalam membentuk kesaksamaan dalam pemikiran dan pemahaman tentang diri masing-masing.
Jika wujud keadaan seorang wanita itu berjaya menyamakan 1 akal yang dikurniakan setaraf dengan 9 akal yang ada dalam diri seorang lelaki maka wanita itu dikatakan mencabar ego kelelakian itu.
Jika wujud pula keadaan seorang lelaki yang berjaya menyamakan 1 nafsu yang dikurniakan setaraf dengan 9 nafsu yang beraja dalam diri seorang wanita maka lelaki itu dikatakan sudah kehilangan kelakiannya.
Maka bagaimana mampu kita meletakkan satu neraca yang dapat mengukur tahap nafsu dan tahap akal yang bersesuaian untuk melahirkan persefahaman yang melahirkan satu hubungan yang sihat antara lelaki dan wanita?
PakNgah?
Anonymous?
4334?
Azlan?
Arsaili?
RestnRelax?
dan sesiapa sahaja yang berjaya mengupas keadaan ini dengan minda yang terbuka?

5 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... orang kata... selagi kita mengikat diri kita dan pemahaman kita tentang bahagian2 nafsu dan akal ni... maka selagi itulah tindakan kita... pemahaman kita dan tindak tanduk kita lebih menjurus kepada bagaimana nak memenuhi bahagian2 nafsu dan akal itu... dan selalunya akan lebih mendorong kita untuk menjadikan sebab2 segala laku perbuatan kita hanya sanya lebih bertumpu kepada kerana adanya bahagian2 nafsu dan akal itu... emmm...

Sharifah Hassan said...

Salam kembali,

1. Jika kita tidak berpaksikan pada akal dan nafsu yang ada pada diri kita untuk seimbangkan segala kehendak dan keperluan kita, maka neraca apa yang sesuai kita gunakan?

2. Jika bukan nafsu dan akal yang menjadi pendorong untuk kita terus maju ke hadapan, maka apa yang akan menjadi penentu hala tuju kita dalam kehidupan ini?

ek?

Pak Ngah: said...

:: salam... nafsu dan akal tu biasa le... dimiliki oleh manusia sebagai insan biasa... dan nafsu serta akal itulah yang membezakan antara manusia dengan haiwan... biasa le tu... cumanya janganlah kita terlalu ikutkan "BAHAGIAN2" nafsu dan akal tu... seboleh mungkin kita tokok tambah "BAHAGIAN2" tertentu dan mengurangkan "BAHAGIAN2" tertentu yang lainnya... dan begitulah seterusnya mengikut keadaan dan keperluan...

:: Takkan kaum wanita berterusan nak memiliki "BAHAGIAN2" nafsu yang banyak berbanding "BAHAGIAN" akal yang sedikit...? Kita diberi akal... pergunakan sebaik mungkin... adjust di mana perlu... gunakan nafsu dan akal mengikut keadaan dan keperluan... emmm...

arsaili said...

salam..akal dan nafsu memang satu paksi yg menentukan tindak tanduk seseorang, tapi kita digalak untuk berfikiran rasional, bila kita rasional, akan berlaku satu equilibrium di antara akal dan nafsu, regardless the gender. Bila kita rasional juga...satu persefahaman akan berlaku dgn sendirinya in regards to hubungan yg sihat di antara lelaki dan wanita. Sekadar pandangan

art4334 said...

akal n nafsu, itu bahasa yang digunakan utk memberi pemahaman dlm bahasa melayu bahawa lelaki biasanya lebih praktikal n perempuan biasanya lebih kepada emosi. justeru itu, perlu ditekankan bahawa keadaan masakini mungkin membawa kepada persepsi yg lain dimana lelaki masa kini mungkin ada yg tersasar dari landasan yg sebenarnya. Perlu diingatkan bahasa lelaki perlu menjadi Khalifah yg mentadbir berdasarkan perintah yg telah diturunkan. perempuan solo yg terpaksa mentadbir kebiasaannya akan mengetepikan emosi utk cuba bersifat rasional tapi selalunya mereka terpaksa merujuk kepada kaum adam utk kepastian..
wallahualam...