Sunday, November 23, 2008

A Treat



Been busy lately! Bukan dengan kerja tapi anak-anak. Percutian sangat perlu buat anak-anak aku kerana itu satu cara mereka meredakan perasaan mereka dan menghilang stress (yang stress waktu percutian ni biasanya aku...hehehehe!). Aku awal-awal lagi dah bercuti supaya aku tak sakit kepala melayan karenah 5 anak (anak aku sentiasa bertambah~ kali ni Qeemal ikut sekali dan disambung bercuti di rumah aku!)


Kebetulan ianya lebih sebagai hadiah kepada Anisa sempena hari jadinya pada 22 November dan untuk Adlin yang berjaya mendapat tempat pertama dalam kelasnya di SRJKC Chung Hwa. Tambah ada yang sponsor tempat bermalam dan tiket all park dibeli dengan harga staff (jangan jeles!). Maka tahun ni percutian mereka ditetapkan ke Genting Highlands...yang rasanya macam dah jadi yearly event!




Sebenarnya Taiping juga adalah destinasi percutian yang tidak kurang hebat. Apa yang pasti ialah aku tidak pernah jemu ke Night Safari di Taiping Zoo (kebiasaannya boleh masuk percuma). Begitu juga ke Bukit Larut yang pastinya bakal menjanjikan ketenangan minda. Paling tidak pun berendam di Kolam Air Panas di Trong pada waktu malam juga memberi keselesaan fizikal yang menyenyakkan lena...





Aku juga sempat ke Langkawi untuk menyelesaikan urusan yang akhirnya melegakan minda aku sepanjang cuti ini. Apapun cuti sekolah kali ini penuh berisi aktiviti dari hari pertama hingga ke hari terakhir!


Selamat bercuti untuk semua...

2 comments:

Unknown said...

cgu - seronoknya bercuti : esok dan seterusnya 2 minggu saya akan bersama anak2 - tak tahu mana nak pergi....terfikir juga nak ke Tasik Merah...nanti kita caling 2 ok....

Sharifah Hassan said...

salam kembali,

Tasik Merah sounds interesting! Banyak aktiviti untuk anak-anak yang menarik.

Singgah Taiping, satu kemestian untuk bergambar di Lake Garden nya, pekena kueyteow Doli, rojak sotong dan fabulous ice-creams (more than 100 choices i think)