Dulu aku pernah bercerita tentang teknik ini...Cara ini hampir sama dengan Begin With The End in The Mind.
Backward design ialah menetapkan hasil atau output terlebih dahulu. Kemudian baru difikirkan proses bagaimana untuk sampai ke hasil yang diingini. Cuma teknik ini memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Mungkin kerana itu aku lebih suka fokus pada proses supaya aku tak boring menunggu sampainya hasil dan proses boleh dilakukan dengan berbagai cara menjadikan aku lebih kreatif dalam kelas. Relax tapi berapi! Dalam pengajaran dan pembelajaran, teknik backward design menjadikan cikgu sebagai fasilitator berbanding guru. Pelajar yang lebih banyak melakukan aktiviti dan guru lebih banyak membimbing. Pelajar tidak lagi di 'spoon-feed'. Hampir semua maklumat dalam pembelajaran harus diterokai sendiri dengan sedikit bantuan dari guru.
Bila teknik ini aplikasikan dalam kehidupan untuk diri sendiri, biasanya aku ada split personaliti dengan 'facade' yang tebal. Biasanya diri aku yang sebenar disimpan elok-elok. Yang nampak ialah diri yang biasanya pening-pening lalat...Bagi je apa yang orang suka dan orang suka melihat seseorang yang tak tahu dan ingin tahu! Ketika ini orang akan ambil peluang untuk tunjuk kehebatannya dan memberi yang terbaik darinya....Inilah masanya aku cilok apa je yang terkeluar dari mulut dan kalau dia simpan, aku korek habis-habis.
Aku selalu ditegur kerana tak membodohkan diri...hehehehe...kenapa mesti bodoh?? Kenapa tidak buat bodoh yang bijak dari bijak yang bodoh?!

buat muka sardine je kalau tak tau!! hehehehe...Kalau sombong rugi...
No comments:
Post a Comment