Hari ni di sekolah sepanjang Majlis Anugerah berlangsung, ada insiden menarik yang dapat aku perhatikan.
Bagaimana kita menilai orang di sekeliling!
Ada yang merasakan mereka hebat! Ada yang merasakan mereka sudah melakukan yang terbaik! Ada pula ingin dihargai...Dan sentiasa ramai yang merasakan mereka bagus.
Kita akan menilai semua orang yang ada di sekeliling kita. Ada penilaian yang positif dan ada pula yang negatif. Ada yang menyamakan diri sendiri dengan orang yang dinilai, dan ada yang meletakkan jurang perbezaan yang luas.
Hakikatnya, siapa kita untuk menilai?
Sesuatu yang mungkin boleh kita renungkan..."Two sides from the same coin". Kita sebenarnya sama sahaja dengan orang lain. Tak ada bezanya. Kita hanya perlu terus memperbaiki dan melengkapi diri tanpa membandingkan diri kita dengan sesiapapun. Ada orang dikatakan under confident, ada pula yang dikatakan over confident, ada juga yang dikatakan macam bagus, ada pula yang dikatakan tak bagus. Apa yang kita ada untuk menjadi juri kepada orang lain?
Sesuatu yang mungkin boleh kita renungkan..."Bapa, anak dan Keldai". Kisah bapa yang asyik mendengar apa orang lain kata sehingga akhirnya dia, anaknya dan keldai terjun masuk sungai.
Buat apa yang perlu. Lakukan yang terbaik tetapi bukan dengan menilai orang lain atau mendengar kata-kata orang. Nilailah diri sendiri.
Hakikat yang pasti ialah kita tak akan mampu menyukai semua orang dan bukan semua orang sukakan kita! Maka jika kita suka menilai dan membanding beza orang sekeliling, begitu juga yang terjadi pada diri kita. Dan justifikasi kita akan menjadi persepsi dalam minda kita yang akhirnya menjatuhkan diri kita sendiri...
{{ Aku sempoi je:: Suka dan terima semua orang sebab semua orang ada keunikan tersendiri!}}
p/s: hari ni aku rajin posting sebab aku malas nak fikir assignment...Lepas ni laaaa...

No comments:
Post a Comment