Wednesday, March 11, 2009

Memahami dan Difahami...


Memahami tidak sama dengan difahami..

Untuk difahami, pasti kena bijak memahami. Itu adalah satu skill yang perlu dipelajari dengan memupuk nilai empathi dan simpati yang tinggi. Cuma selalunya kita gagal memahmi kerana gagal menjadi pendengar yang baik.

Ada di antara kita yang hanya mampu menjadi pencerita tanpa mengetahui apa yang difikirkan oleh pendengar. Ada pula yang mampu mendengar tanpa dapat memberi apa-apa input.

Kebanyakan dari kita lebih suka dan lebih berharap difahami dari memahami kerana ingin diri dihargai dari menghargai. Bukan mudah untuk menjadi "pengharga" yang hebat! Lebih senang dan selesa dihargai...

No comments: