Monday, March 23, 2009

Selepas 16 tahun...



Selepas 16 tahun tak bertemu, akhirnya hari ni aku bertemu pasangan pengantin tak jadi. Paling jelas ialah perubahan fizikal...aku yang montel dah kering...pengantin lelaki yang dulunya kering dah montel!! Punya la banyak kisah yang dikorek dan dikenang semula! Memang best bila teringatkan kisah zaman muda!

Menyembang sakan sampai lupa masa...Teringat beg aku yang belum pack untuk kerja 3 hari. Ini outstation aku yang pertama dari banyak yang bakal mendatang. Dah beberapa hari aku pulun semua assignment sampai sengkang mata termasuk tugasan di sekolah. Kadang-kadang bila fikir bab workaholic ni...hehehehe! Boleh ketagih. Terasa adrenalin pumping...

Hari aku ke Times Square naik kereta Penolong Pengarah BTP ikut panduan GPS...menarik tapi tak ada thrill tercangak-cangak cari sign board... Aku ke sana pasal nak upgradekan broadband Digi. Dulu pakai bluetooth, pastu try Edge Modem, now pakai modem CSL 3.5G (kes aku dapat RM 240 cash bonus dari Digi). Jadi tengah menerai la ni! Laju n portable. Senang.

No comments: