kenapa lelaki bodoh? Seringkali pulak diperbodohkan...
Ada pula yang merasakan dengan memperbodohkan dirinya, dia sebenarnya adalah bijak..iye ker?
Semalam aku mendengar kisah rakan aku tentang sesuatu yang benar-benar membuatkan aku tersenyum (pada awalnya...lepas tu, berkerut dahi memikirkannya!)
Lelaki sewajarnya memimpin (bukan semata-mata memimpin perempuan tetapi alam sejagat), sayangnya kini lelaki lebih menitik beratkan hanya pada perkara-perkara yang membawa kepada kepentingan diri mereka.
Alkisah rakan aku, dia dah berpisah dengan si suami. Dan sebelum berpisah, mereka membuat persetujuan untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tetapi si ex-husband terlepas pandang walau sudah diingatkan oleh mahkamah tentang hak nafkah anak-anak. Dengan gahnya dia bangga dengan nafkah anak-anak sebanyak RM100 untuk dua orang dengan keadaan sebahagian dari wang nafkah dimasukkan ke akaun Tabung Haji anak yang dibuat atas namanya sendiri. Bodohnya!
Akhirnya sekarang timbul masalah apabila si ex-husband menuntut wang untuk mengambil dan menghantar anak-anak sehingga sanggup mengadu kepada bekas bapa mentua dan anak sendiri tentang keengganan bekas isterinya menghantar anak-anak. Si bekas isteri pula dah berang dengan kedunguan si ex-husbandnya yang memang bodoh sehingga mengenepikan hak anak-anak hanya kerana berdendam pada si bekas isteri. Yang lawaknya selepas terjerit-terpekik, si ex-husband call balik dan memberitahu dia sanggup untuk mengambil dan menghantar anak-anak selepas diberitahu tentang keputusan untuk menuntut hak nafkah anak-anak. Bodohnya...
Keputusan si bekas isteri sekarang ialah akan membuat tuntutan nafkah yang baru untuk anak-anak kerana kos sebulan untuk dua orang anak mencecah hampir RM800. Tuntutan yang dibuat termasuklah dengan kos pengambilan dan penghantaran anak-anak semasa cuti ditanggung sepenuhnya oleh si ex-husband.
Itu kes pertama.
Ini cerita kedua...
Ada pula rakan aku yang berhajat untuk mempunyai isteri kedua. Aku tak berani nak komen sebab aku berada "di luar liga" dengan keadaan hanya memerhati dari jauh...!
Bukan mudah nak mengambil isteri kedua, maka si lelaki yang kononnya geliga membuat perancangan untuk mendekatkan isteri pertama dan bakal isteri kedua. Diberikan gambaran pada isteri pertama bahawa si lelaki ini memang berhajat bebenor untuk beristeri dua. Dan diberikan pula gambaran pada si kekasihnya bahawa selagi isteri pertama tidak memberi kebenaran, maka perkahwinan kedua tidak direalisasikan.
"Kebijaksanaan" yang hanya satu kebodohan ialah bagaimana si lelaki "meng underestimate kan" kedua-dua perempuan itu. Sebab apa aku kata begitu? Selagi kedua-dua wanita itu tidak bermadu, masalah memang tidak akan wujud kerana si isteri pertama akan melihat perempuan kedua hanya sebagai rakan taulan suami dan perempuan kedua akan melihat isteri pertama sebagai isteri kepada lelaki tersebut. Maka sampai mati pun, memang masalah tak akan wujud dan perkahwinan kedua pun sama. Buat apa nak melabur sakit hati dan masa serta tenaga kepada sesuatu yang sememangnya sia-sia?? Malahan kedua-dua wanita itu tidak pula buat scene WWTF. Cool dan relax je melihat "kebijaksanaan" si lelaki itu. Apa yang pasti ialah kedua-dua wanita itu memilih untuk tidak menimbulkan masalah dan membiarkan lelaki itu tenggelam dalam kebodohan sendiri...
Aku?...masih dengan persoalan kenapa lelaki bodoh!

2 comments:
Mmm...macam marah kat lelaki nih.. anyway bkan semua...instead "ego" ??..
Terima Kasih singgah...baaru berjinak2. Nak lepaskan bosan..
Have a nice day.
Salam,
Marah tu tak la...heheheh..more likely a burst of frustration!
Men, when they took a wrong move at the wrong time...that seems to make them look stupid...?! Maybe...
Keep blogging...nanti bila anak-anak n cucu baca...uishhhh....gitu rupa atuk aku ek..!!
Post a Comment