Monday, April 13, 2009

Bahas.

Wow! (itu baru masuk Dewan IAB). Alkisahnya ada klausa baru yang telah diminitkan yang menyebabkan ada pasukan yang tak dapat ambil bahagian dalam perbahasan esok. Pasukan Sabah terpaksa tarik diri kerana telah menjadi Johan Kebangsaan tahun lepas. Samuel (best friend aku dari Penang) merupakan best speaker kebangsaan tahun lepas pun tak boleh ambil bahagian. Part yang traumanya ialah pemenang dan pendebat terbaik kebangsaan tak boleh ambil bahagian sampai bila-bila untuk beri laluan pada muka baru....Fussshhhh....sadis beb. So perbahasan hebat dalam dewan tadi sebab team yang kecewa dan team yang bersorak. Akhirnya Nazeri dari JPN Perak menjelaskan minit yang diterima semasa mensyuarat adalah muktamad.

Perak sengih jerrr sebab semua dah dipropaganda oleh aku (kali ni aku bawak watak antoganist..) untuk tak perlu menang esok supaya boleh berjalan ke Thailand. Semua dah get ready dengan border pass dan passport! Hahahahaha...

Reverse Psikologi nih memang besshh! Tahun ni, Izrul jadi pengurus pasukan dan aku jadi anchorman. Paling penting ialah strategy. Bukan untuk menang tapi to have fun...yang syioknyerr, aku sentiasa mendapat jolokan kak sherry yang cool! hahahahah...dalam hati sapa tahu beb!

Selepas taklimat dan sessi Perak sengih je tengok team lain berbalah...semua kumpul kat rumah aku dan Punitha. Kami buat sessi satu jam sebab bahas kini ikut stail Rotary Club. Dapat tajuk sejam sebelum perbahasan berlangsung. Sebagai anchorman, kena pandai meredakan kerisauan (aku nih...kalau orang kalut, aku lagi le cool!) so diaturkan dua team, government dan opposition, carikan 3 points dan bersedia untuk esok. Semua ada tugas masing-masing. Esok, kalau masa undi naik government, Yong, Darling dan Sam akan naik! Aku n Punitha relax je. Tapi kalau kena opposition, aku, punitha dan sam pula berpeluh. Kut mana pun Sam sure peluh lebih pada orang lain..heehhehe...kesian dia kena raging dengan aku..

Propaganda aku simple je. Tak perlu menang tapi kut mana pun ke Terengganu pada 13-15 Mei wajib!!! Macamana, itu strategi (bab tu aku memang terer, yang penting muka kena sardin je!).

Pendekatan bahas tahun ni pun lain. Sebelum ni bertanding ikut zon masing-masing, tahun ni bertanding tak ikut zon tapi ikut undian. Satu Malaysia berkumpul di IAB Utara, Jitra, Akhirnya untuk round pertama, Perak akan bertemu Johor. Hmmm....camna tu. Tunggu esok jelah.


Merdeka!

Akhirnya pada 11 April, aku merdeka sepenuhnya dari UPSI untuk semester satu. Cerita semester dua, akan aku fikir bila masuk semester dua...

Belajar sekarang ketika usia mencecah 40an dengan masa aku 20an banyak beza. Terutama dari aspek kesabaran dan kematangan. Perbezaan yang jelas ialah dulu masa degree, aku banyak berharap pada buku untuk mendapatkan pengalaman. Tapi sekarang dah terbalik, aku banyak bersandar pada pengalaman dengan berpandukan buku.

Assignment terakhir adalah dari Dekan IPS sendiri, Prof Omar. Aku buat pekasam hampir 3 minggu sebab nak cari momentum. Bila dapat surat untuk ke Jitra (Bahas Suku Akhir Peringkat Kebangsaan), baru datang mood nak pulun sebab kena hantar sebelum ke Jitra. Itu pun pas kan pada Rozita je untuk hantar pada Intan.

Aku suka cara Dean IPS nih, sebab dia relax dan menjelaskan senario yang berkaitan dengan profession perguruan. Assignment terakhir ialah refleksi pemahaman tentang senario pengetua yang masuk ke sekolah, bagaimana mereka menyesuaikan diri. Aku belajar melihat keadaan dari dua perspektif tentang isu yang sama. Ala-ala empathy! Dan dari situ, perbandingan yang ketara antara apa pengetua rasa dan lalui dengan apa guru rasa dan lalui.

apa pun, dah selesai dan dah hantar! Aku tak pening dah tapi sekarang masanya untuk prof Omar pulak pening...

Saturday, April 11, 2009

Dairi Isteri & Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami…jadinya kena selalu berfikiran positif…barulah tercipta rumahku syurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, “Tak ada”.

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, “Aku cinta kamu juga”.

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang…..

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang…..

BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini CHELSEA kalah. SIALLLLL!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

orang perempuan suka berfikir bukan-bukan. Fahamlah satu perkara, iaitu kasih sayang tak akan hilang dalam masa satu hari!


Nuffnang Ads
allimagehosting.com



bukan senang nak tengok IC "batman" anak kepada "superman"...Rupa-rupanya anak beranak!

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

Nuffnang Ads

Friday, April 10, 2009

100 Life-Lessons:

Recently, I was asked to generate any number of things
that "I have learned" at this point in life -- a terrific assignment
for most anyone! Here are the 100 items that resulted from
this exercise. Why not come up with a list of your own!

1. I have learned that not everything called "spiritual" really is ...

2. I have learned that it's only better to give than to receive if
you have something to contribute in the first place.

3. I have learned there's a difference between being genuinly
productive, and just keeping busy.

4. I have learned that there's always a lot more to learn.

5. I have learned that the best way to be filled when meeting
with others is to empty my own ego at the door.

6. I have learned that people who flaunt one attribute usually
have little else to offer.

7. I have learned that if someone in America and in China point
"up" simultaneously, they're pointing in opposite directions.

8. I have learned that even if Jesus physically ascended at the
speed of light, he is still in our universe 2000 years later.

9. I have learned after a fire that I can live well without an entire
office of "stuff" I previously thought was indispensible.

10. I have learned that it's better to ask some dumb questions
than to commit some even dumber mistakes.

11. I have learned to appreciate the poetry of any sport that is
being played at a championship level.

12. I have learned that "spiritual laws" are inherently conflicted.

13. I have learned that conflict can be the first step to reconciliation.

14. I have learned that relationships are the most important part of life.

15. I have learned that a hearse is practically never towing a U-Haul,
because "you can't take it with you when you go."

16. I have learned that the greatest cure for personal stress is a
satellite photo of earth taken from space.

17. I have learned that the opposite of love is not hate, but apathy.

18. I have learned that loving others is something I can choose to
do, even when I don't particularly feel like doing so.

19. I have learned that not having any choices to make is a choice
that people sometimes make for themselves, and others.

20. I have learned that my own morality is my own, and so not
always shared by others.

21. I have learned that it's often easier to tell others what's wrong
than to model what's right.

22. I have learned that personal integrity resides beneath the
layers of ethics and morality we frequently wrap around it.

23. I have learned that love survives the grave.

24. I have learned that two wrongs only lead to thirds and fourths
of the same.

25. I have learned that only God is forever, and that everything
else is negotiable.

26. I have learned that a worm in dirt inevitably thinks the whole
world is dirty, and that people sometimes think a lot like worms.

27. I have learned that being and doing are each necessary to
living a balanced existence.

28. I have learned that the road less traveled is usually the one
with the clearest markings and the smoothest pavement.

29. I have learned that how most people react to the reading of
a loved one's will is the clearest indication of their own personal
foundation.

30. I have learned that time and health is far more precious than gold.

31. I have learned that the attitudes we share can equally bring life or
death to others.

32. I've learned that it's far better to laugh than to cry, because both
laughter and tears come from the same place of the soul.

33. I've learned from the historic examples of others that daring to
be fully human can cause people to call you divine.

34. I've learned that genuine worship takes place at the altar of
meeting human need.

35. I've learned that even many of the good things in life can be
misused as weapons against others.

36. I've learned that sometimes more loyalty comes from a pet
than a relative or a friend.

37. I've learned that life is a journey without end, and a perpetual
odyssey which cannot be grasped except by an appreciation
for paradox.

38. I've learned that no team succeeds if composed solely of
the same type of players.

39. I've learned that hatred of others takes a lot more energy
than acceptance.

40. I've learned that all change takes place in the present.

41. I've learned that guilt is always over something from the past;
anxiety is always over something from the future; and either
one can destoy a perfectly good life in the present.

42. I've learned there's more ways to be unfaithful to someone
than sexually.

43. I've learned the internet has changed everything except our
way of thinking about the world.

44. I've learned that control, like magic, is just an illusion.

45. I've learned there's no second chance to make a first
impression, but there is always a chance to act impressively
in a given situation.

46. I've learned that genuine peace must be an inner reality before
it can ever become an outer reality.

47. I've learned that technology is simply a tool that can be used
for good or ill.

48. I've learned there would be far fewer people in the world if
child-birth was left to male volunteers.

49. I've learned there's an important distinction to be made between
credentials and genuine competence in any field of human
endeavor.

50. I've learned the most beautiful sound in the world is the music
of another human voice that shatters the reality of lonliness on
a given day.

51. I've learned that the best coaches know to stay on the sidelines
while the team reaps the glory on life's playing fields.

52. I've learned that wealth is no substitute for warmth.

53. I've learned that daring is no substitute for sharing.

54. I've learned that wealth, like freedom, is a relative term.

55. I have learned that offering items from a web site requires a
willingness to ship around the entire world!

56. I have learned that the human mind is like a parachute in that
neither one functions at optimum levels until having been fully
opened.

57. I have learned that the universe is a boomerang, throwing
back at us whatever we intend with a force greater than our own.

58. I have learned that only tasks can be managed; people must
be led.

59. I have learned that a leader who is too far out in front of his/her
people tends to blend in with the horizon and loses effectiveness.

60. I have learned that you cannot lose control of that which you have
never controlled in the first place -- like another human being.

61. I have learned to always question reality.

62. I have learned that what is true on one side of town can be a lie
to those who reside on the other side of town.

63. I have learned that it takes an entire village to raise a child; and
only one critic to undermine the self-esteem of that same child.

64. I have learned that genuine wisdom comes only from
life-experience, while knowledge comes from learning.

65. I have learned to ask the professionals I hire whether they
attended and were alert during the classes that pertain to my
particular situation!

66. I have learned that no matter what I have learned, someone
inevitably learned it long before I did -- including this very
statement!

67. I have learned that strangers are simply people who have
many of the same hopes, dreams and challenges as do the
people I already know.

68. I have learned that being responsible sometimes requires a
reminder that I am able to respond.

69. I have learned that delegating responsibility without accountability
is a prescription for frustration and failure.

70. I have learned to increase my own sense of gratitude by writing
"thank you notes" in the memo section of the checks I send
each month.

71. I have learned that I cannot always choose the circumstances
I face; but can always choose how I react amid each circumstance
I face.

72. I have learned that "No" is a complete sentence.

73. I have learned that love is the universal andidote to fear.

74. I have learned that "evil" is what occurs when we "live" in reverse!

75. I have learned that it's far easier to adapt old lessons to new
situations than to invent something new and untested for each
situation.

76. I have learned that every plan I make is only useful until the next
bend of the road reveals new alternatives along life's journey.

77. I have learned that only I can determine the reality I face on a
given day.

78. I have learned that our children are affected by our moods.

79. I have learned that children are not simply our future, but are
a vital part of the present as well.

80. I have learned that not everything disguised as education is
worth learning.

81. I have learned that money is like any other tool. It never work
well when misused, anymore than a hammer can serve as a saw.

82. I have learned that genuine wealth resides within personal
satisfaction.

83. I have learned that heaven is not a place, but a human condition.

84. I have learned that every bureacracy was once a creative idea that
sought to be cloned.

85. I have learned that the world would be a better place without the
words "could", "should", "ought" and "try". You ought to believe
this, too; and you could if you would only try. You really should try!

86. I have learned that it is far easier to blame others than to assume
personal responsibility for my beliefs and my actions. It's also
stiffling!

87. I have learned that abundance is always an option.

88. I have learned that running on adrenaline is like running on a
battery pak. Eventually, power is depleted and life either needs
to be recharged or discarded.

89. I have learned that corporations do not make decisions. People
within corporations make decisions.

90. I have learned that all coaching is personal coaching.

91. I have learned that not everyone who says they are ready for
change is ready for the results that change brings.

92. I have learned that genuine faith is not something I have, like
coins in my pocket; but is something that has me, instead!

93. I have learned that all religious systems have personal fulfillment
as a goal.

94. I have learned that anything and anyone can be worshiped as a
god. All that's required is one's ultimate allegience.

95. I have learned that there is no separation between the sacred
(or holy) and the profane (or secular). There is only one creation.

96. I have learned that the only "primitive" thing about most ancient
peoples was their technology, and not their humanity.

97. I have learned that it's often more difficult to be than to do.

98. I have learned that many people say things at funerals they
would never say in real life!

99. I have learned that computers, like cars, are wonderful when
they work!

100. I have learned that the time spent on strengthening my own
weakness is far better spent delegating tasks to others whose
strength is my weakness!

©1998-1999 by James S. Vuocolo. All Rights Reserved.

Thursday, April 9, 2009

KPI ~ Key Performance Indicators

Semua sibuk mempamerkan line-up baru Najib tapi aku melihat bagaimana ketua Pemuda UMNO tidak memegang apa-apa portfolio...perbincangan dengan teman gaduh aku ialah, peranan Khairy Jamaluddin adalah untuk memantapkan lagi pembabitan PEMUDA Umno untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Dan bagaimana Timbalan Perdana Menteri, Muhiyuddin memegang portfolio Kementerian Pelajaran. Mungkinkah beliau bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7?

Tapi yang benar-benar menarik perhatian aku ialah penggunaan KPI untuk menilai/memantau prestasi setiap kementerian. Ini akan dilakukan oleh Koh Tsu Koon. Adakah hal ini menunjukkan kepentingan penilaian prestasi sebagai satu benchmark untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Barisan Nasional?

Kita tunggu 6 bulan lagi memandangkan KPI berada dibawah kendalian Koh Tsu Koon.

Sehelai selimut biru.

Kita semua mengingin satu ruang di mana kita mampu menyebut apa sahaja yang terbuku dalam hati dan minda tanpa rasa segan dan malu. Macam lagu westlife "Flying without wings"! Kita semua mencari sesuatu dan berharap agar kita menemui "sesuatu" itu.

Bukan mudah untuk mencari ruang itu. Aku tersadung dengan ruang itu semasa aku berada di dalam bilik seorang diri di Philadelphia, US. Baru aku faham apa keadaannya bila ruang itu ditemui!

Ketika aku rasa keseorangan, kesunyian atau terasa dah tak ada tempat yang boleh aku tuju...maka ruang itu yang aku cari!

Masuk dalam selimut biru....hehehehehehe...Tidur!

p/s: Bersyukurlah dan hargai "ruang" itu...Yang pastinya bukan semua mendapat anugerah ini!

Sunday, April 5, 2009

Life Like A Cubic Puzzle


Berapa kali kita cuba menyelesaikan masalah kehidupan...seperti bagaimana kita cuba selesaikan sebuah cubic puzzle...

Tuesday, March 31, 2009

Fikirkan Tak Boleh

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai
memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan
tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri
bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap
kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda
menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah
dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun
tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa
yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di
mana Eddy Murphy menjadi seorang yang gemuk Professor Sherman) dan
ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan
bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".

Anda juga perlu menjadi seperti ini (bukan menjadi gemuk!). Setiap
kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran
dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya
Boleh! Saya Boleh".

Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan
walaupun bunyi kelakar (corny), ia amat efektif. Ulangkan dengan
megucap "Saya boleh" berkali kali... perlu ucapkan! Bukan cakap
dalam hati sahaja...

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti
saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak
Boleh".

========================================
Irfan Khairi sebagai penceramah undangan
========================================

Ingin mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis/acara anda?
(bukan majlis perkahwinan! :)

Sering digelar "Jutawan Muda" & "Jutawan Internet" oleh media
massa, Irfan memberi pendekatan yang bersahaja dan ilmiah kepada
audiens bahawa kejayaan yang cemerlang boleh dicapai oleh sesiapa
sahaja dengan teknik dan strategi yang betul.

Lawati http://www.irfankhairi.com/blog/irfan-khairi-speaker-pakar/
untuk maklumat lanjut


Monday, March 30, 2009

Peluklah aku...

To those who are married, .. Not married .. and soon to be married
MARRIAGE


When I got home that night as my wife served dinner, I held her
hand and said, I've got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn't know how to open my mouth. But I had to let
her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly.

She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me
softly, why?
I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Dew. I didn't love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which
stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company.

She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who
had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Dew so dearly.. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing
something at the table. I didn't have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Dew.

When I woke up, she was still there at the table writing. I just
did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn't
want anything from me, but needed a month's notice before the divorce.
She requested that in that one month we both struggle to live as normal
a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month's time and she didn't want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked
me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day.

She requested that everyday for the month's duration I carry her
out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Dew about my wife's divorce conditions... She laughed
loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn't had any body contact since my divorce
intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mummy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don't tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that
I hadn't looked at this woman carefully for a long time.. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her
life to me.

On the fifth and sixth day, I realized that our sense of
intimacy was growing again. I didn't tell Dew about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a
few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me... she had buried so much pain and bitterness
in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it's time to carry
mum out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I
held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn't noticed that our life lacked intimacy.

I drove to office.... jumped out of the car swiftly without
locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind... I walked upstairs. Dew opened the door and I said to her, Sorry, Dew, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do
you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Dew, I said, I won't divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn't value the details of our lives, not because we didn't love each other any more. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart.

Dew seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then
slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away.

At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers
for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I'll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead.




The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank, blah..blah..blah. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse's friend and do those little things for each other that build intimacy.. Do have a real happy marriage!

If you don't share this, nothing will happen to you.


If you do, you just might save a marriage.

Kita Semua Juri

Hari ni di sekolah sepanjang Majlis Anugerah berlangsung, ada insiden menarik yang dapat aku perhatikan.

Bagaimana kita menilai orang di sekeliling!

Ada yang merasakan mereka hebat! Ada yang merasakan mereka sudah melakukan yang terbaik! Ada pula ingin dihargai...Dan sentiasa ramai yang merasakan mereka bagus.

Kita akan menilai semua orang yang ada di sekeliling kita. Ada penilaian yang positif dan ada pula yang negatif. Ada yang menyamakan diri sendiri dengan orang yang dinilai, dan ada yang meletakkan jurang perbezaan yang luas.

Hakikatnya, siapa kita untuk menilai?

Sesuatu yang mungkin boleh kita renungkan..."Two sides from the same coin". Kita sebenarnya sama sahaja dengan orang lain. Tak ada bezanya. Kita hanya perlu terus memperbaiki dan melengkapi diri tanpa membandingkan diri kita dengan sesiapapun. Ada orang dikatakan under confident, ada pula yang dikatakan over confident, ada juga yang dikatakan macam bagus, ada pula yang dikatakan tak bagus. Apa yang kita ada untuk menjadi juri kepada orang lain?

Sesuatu yang mungkin boleh kita renungkan..."Bapa, anak dan Keldai". Kisah bapa yang asyik mendengar apa orang lain kata sehingga akhirnya dia, anaknya dan keldai terjun masuk sungai.
Buat apa yang perlu. Lakukan yang terbaik tetapi bukan dengan menilai orang lain atau mendengar kata-kata orang. Nilailah diri sendiri.

Hakikat yang pasti ialah kita tak akan mampu menyukai semua orang dan bukan semua orang sukakan kita! Maka jika kita suka menilai dan membanding beza orang sekeliling, begitu juga yang terjadi pada diri kita. Dan justifikasi kita akan menjadi persepsi dalam minda kita yang akhirnya menjatuhkan diri kita sendiri...

{{ Aku sempoi je:: Suka dan terima semua orang sebab semua orang ada keunikan tersendiri!}}

p/s: hari ni aku rajin posting sebab aku malas nak fikir assignment...Lepas ni laaaa...


Sunday, March 29, 2009

After 7 days @ 168 hours

Lembik aku dikerjakan minggu nih! Langsung tak ada ruang untuk berehat. Petang ni aku dapat peluang membungkang untuk 1 jam dengan anak-anak...Waaarrghhhh...nikmatnya afternoon nap!

Masih ada assignment yang menuntut masa dan jiwa raga aku...10 reflective analyses, 1 journal analysis. Go slow girl...Dan malam bila tidur memang hilang terus dalam keletihan.

168 jam bekerja bukan satu perkara yang luar biasa cuma age is catching up and "old is coming gracefully!". Mak aku pun dah membebel (sebab sayang gamaknya!) suruh aku makan multivitamin tapi condition badan aku tak mengizinkan penyerapan vitamin tambahan dari pil. Aku memang prihatin bab pemakanan aku kerana bukan kerana aku menjaga badan tetapi kadar metabolism aku yang terlalu tinggi, makanlah banyak manapun...tak akan naik berat badan punyerrr dan thalasemia (kerang dan bayam best friend aku). Bertambah dengan musim ramai orang demam dan selsema membuatkan aku bertambah menjaga diri aku. Tumbang aku...alamat tumbang le isi rumah nanti!

Alhamdulillah physician aku sentiasa monitor kesihatan aku walaupun di saat aku sangat stress...macam sekarang:( Dah hampir 6 bulan aku mengambil Weight Gain. (kononnya nak tambahkan berat badan!). Cuma sejak 4 bulan ni aku tak exercise vigouriosly (PJPK pulak diambil alih oleh guru praktikum UPSI). Ada aku terbaca artikel kesihatan, katanya untuk turunkan berat badan atau naikkan berat badan, yang penting ialah pemakanan dan exercise. dan dapat pula formula nak tembamkan pipi dari Kak Sormon, Pengerusi Teknik Bahasa Inggeris Daerah LMS, katanya minum air buah timun, carrot dan tomato blend. Uish...memang sedap dan refreshing! Semalam abah pula belikan aku basikal (second-hand RM45: kena train Anisa berbasikal dari Taman Bernam {rumah pengasuhnya~ sedang riki juga yang sekitar Taman Pelangi} ke sekolah, musim out-station dah bermula) sebab kat Tg Malim, basikalnya untuk orang kaya je!! Tunggu dia poskan ke sini pakai keretapi.

Setakat ni...masih bernafas dan ceria :)

Earth Hour...


Hormatilah dunia kita. Itulah yang cuba kami berdua lakukan di malam minggu di Tanjung Malim.

Anisa yang beria-ria tentang Earth Hour! Aku iyakan je. So, lepas balik pasar malamTg Malim, (sebelumnya ke wad kecemasan Klinik Tg Malim~ Sufi berlaga dengan bucu almari dapur dalam keasyikan bermain kereta, nyaris tak pengsan aku tengok darah penuh atas lantai dan meleleh penuh mukanya tapi lepas cuci di klinik, luka cipuuuttt je) aku terus ke dapur sibuk mengemas (serabut mata tengok pinggan mangkuk dan periuk belanga berseredak), tetiba Anisa tanya bila nak off letrik...Jam dah 8.45pm. Maka bergelaplah kami dan yang bagusnya tuan rumah aku awal-awal lagi dah bergelap rumahnya.

Part yang bestnya ialah melihat Sufi yang terkial-kial nak pasang robotnya sambil sibuk check plaster di dahi. Bila bergelap, nasib baik tak mengamuk tapi digunakan alternatif yang diluar jangka. Dia buka peti ais sebab ada cahaya dan sejuk!!!! Anisa pula offkan semua termasuk kipas angin tv termasuk suis washing machine...Warrghhh...sudah lebih la pula..Hahahahahah...

At least aku salutelah kat Anisa sebab dia lebih prihatin walaupun masih belum memahami dan kepada Sufi yang tak kisah bergelap (ada alternatif...heheheheh!).


Tak Adil

Apabila mempersoalkan ketidakadilan yang berlaku kepada kita sebenarnya apa yang berlaku itu adalah lumrah kehidupan. Jika sesuatu yang baik pula, itulah bonus.

Ini adalah kesimpulan aku tentang segala macam yang berlaku dalam kehidupan kita dan selalunya kita mudah menjadi juri pada keadaan-keadaan yang menimpa.

Pertama:

Kita mudah berkata tapi sukar melakukan...

Kedua:

Kita mudah melakukan tapi sukar berkata...

Ketiga:

Kita mudah berkata dan mudah melakukan...

Keempat:

Kita sukar melakukan dan sukar berkata...


Banyak insiden dalam kehidupan kita yang boleh mengajar kita betapa berharganya setiap perbuatan dan kata-kata kita tapi selalunya kita "take for granted" bahawa setiap perbuatan dan kata-kata kita diterima bulat-buat tanpa ada pertikaian.

Secara peribadi, kita perlu kuat untuk berkata apa yang perlu dikatakan dan lebih kuat lagi untuk melakukan apa yang perlu dilakukan. Walaubagaimanapun, tak semua perkara perlu disebut dan tak semua perlakuan perlu ditunjuk!


Friday, March 27, 2009

Semuanya Penting...

Crazy Week with Lopsided Smile!

This week is a real HAVOC!


Ada satu take home test yang dah siap but then re-revised like 300 times...hate that.
Ada 4 paper pelajar kena tanda untuk ujian topikal but yang bestnya penyelaras akan key-in markah!!
Malam ni ada satu lagi kelas sebelum exam minggu depan...

Esok (28/3) ada Hari Profesionalisme Guru Negeri Perak.
Lusa (29/3) ada Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat PIBG.
Isnin : aku PENGSAN...

Minggu debate dah bermula. Debate untuk hari guru dan debate pelajar!

Minggu depan lagi kurus aku...mak aku operate catarac pada 2/4. Aku exam pukul 3 & 5 April. Mesyuarat kedua untuk debate pun 3-5 April.

PWTC pun macam best je bila tengok Persidangan UMNO. KJ menang. Bagus...Aku suka. Rasanya dia akan jadi next PM lepas Najib kalau Anwar tak naik tahta. Lebih dari tu aku rasa kita ada ramai yang pakar yang mampu predict for the future.


Monday, March 23, 2009

Selepas 16 tahun...



Selepas 16 tahun tak bertemu, akhirnya hari ni aku bertemu pasangan pengantin tak jadi. Paling jelas ialah perubahan fizikal...aku yang montel dah kering...pengantin lelaki yang dulunya kering dah montel!! Punya la banyak kisah yang dikorek dan dikenang semula! Memang best bila teringatkan kisah zaman muda!

Menyembang sakan sampai lupa masa...Teringat beg aku yang belum pack untuk kerja 3 hari. Ini outstation aku yang pertama dari banyak yang bakal mendatang. Dah beberapa hari aku pulun semua assignment sampai sengkang mata termasuk tugasan di sekolah. Kadang-kadang bila fikir bab workaholic ni...hehehehe! Boleh ketagih. Terasa adrenalin pumping...

Hari aku ke Times Square naik kereta Penolong Pengarah BTP ikut panduan GPS...menarik tapi tak ada thrill tercangak-cangak cari sign board... Aku ke sana pasal nak upgradekan broadband Digi. Dulu pakai bluetooth, pastu try Edge Modem, now pakai modem CSL 3.5G (kes aku dapat RM 240 cash bonus dari Digi). Jadi tengah menerai la ni! Laju n portable. Senang.

Friday, March 20, 2009

Drexel Alumni Dinner :: Malaysian Chapter













The main reason ke Alumni Dinner ialah untuk berjumpa dengan DrLim...a very interesting person. Apa yang penting ialah aku dah tahu macamana nak sambung ke peringkat PhD di Drexel University...kalau ada rezeki!

Darah dan Anda!

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

:: Ini aku..Rhesus B+ve.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Thursday, March 12, 2009

Dugaan VS Hikmah


Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

...setiap yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya biarpun kejadian itu sangat menyakitkan dan menyentap seluruh jiwa dan raga.
Anehnya hikmah itu hanya disedari hanya selepas kita kehilangan apa yang telah diterima
Kalau direnungi, berapa ramai diantara kita yang rela menerima ujian getir hanya kerana tidak sanggup merasa kesakitan dengan setiap derap langkah yang dihayun
Sedangkan kalau ditenung kembali akan nikmat yang kita kecapi setelah berlalunya segala perit dan getir...

~ Belajarlah menerima ketetapan Yang Esa...sesungguhnya bukan semua takdir perlu diubah dan tidak semua perlu diterima~

Backward Design

Dulu aku pernah bercerita tentang teknik ini...Cara ini hampir sama dengan Begin With The End in The Mind.

Backward design ialah menetapkan hasil atau output terlebih dahulu. Kemudian baru difikirkan proses bagaimana untuk sampai ke hasil yang diingini. Cuma teknik ini memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Mungkin kerana itu aku lebih suka fokus pada proses supaya aku tak boring menunggu sampainya hasil dan proses boleh dilakukan dengan berbagai cara menjadikan aku lebih kreatif dalam kelas. Relax tapi berapi! Dalam pengajaran dan pembelajaran, teknik backward design menjadikan cikgu sebagai fasilitator berbanding guru. Pelajar yang lebih banyak melakukan aktiviti dan guru lebih banyak membimbing. Pelajar tidak lagi di 'spoon-feed'. Hampir semua maklumat dalam pembelajaran harus diterokai sendiri dengan sedikit bantuan dari guru.

Bila teknik ini aplikasikan dalam kehidupan untuk diri sendiri, biasanya aku ada split personaliti dengan 'facade' yang tebal. Biasanya diri aku yang sebenar disimpan elok-elok. Yang nampak ialah diri yang biasanya pening-pening lalat...Bagi je apa yang orang suka dan orang suka melihat seseorang yang tak tahu dan ingin tahu! Ketika ini orang akan ambil peluang untuk tunjuk kehebatannya dan memberi yang terbaik darinya....Inilah masanya aku cilok apa je yang terkeluar dari mulut dan kalau dia simpan, aku korek habis-habis.

Aku selalu ditegur kerana tak membodohkan diri...hehehehe...kenapa mesti bodoh?? Kenapa tidak buat bodoh yang bijak dari bijak yang bodoh?!



buat muka sardine je kalau tak tau!! hehehehe...Kalau sombong rugi...

Wednesday, March 11, 2009

Memahami dan Difahami...


Memahami tidak sama dengan difahami..

Untuk difahami, pasti kena bijak memahami. Itu adalah satu skill yang perlu dipelajari dengan memupuk nilai empathi dan simpati yang tinggi. Cuma selalunya kita gagal memahmi kerana gagal menjadi pendengar yang baik.

Ada di antara kita yang hanya mampu menjadi pencerita tanpa mengetahui apa yang difikirkan oleh pendengar. Ada pula yang mampu mendengar tanpa dapat memberi apa-apa input.

Kebanyakan dari kita lebih suka dan lebih berharap difahami dari memahami kerana ingin diri dihargai dari menghargai. Bukan mudah untuk menjadi "pengharga" yang hebat! Lebih senang dan selesa dihargai...
ambil masa untuk berfikir
itulah sumber kekuatan

Saturday, March 7, 2009

Masih Mencari Arah...

Secara peribadi, aku memang suka meneroka dengan keadaan NO U-turn. Cuma dua, tiga minggu ni aku agak cuak dengan course pengurusan pendidikan yang sedang aku ikuti. Melihat kepada assigment yang telah aku buat, tak landing lerrr! Bila buat sesuatu dengan tak nampak arah...asyik blur je...boring la!

Mungkin aku masih lagi dalam proses transisi kut!

TESL memang menarik. Ada banyak ruang untuk explore dan dikongsi bersama rakan dan murid-murid. English memang passion aku sejak kecil. Sebab senang!! Nak kata aku datang dari family cikgu...idak pun!! Kebanyakannya lebih kepada business...

Tetapi pengalaman aku berjalan dan melihat dunia juga mendekatkan aku kepada isu-isu pendidikan ...

Teringin gak nak explore apa ada dengan isu-isu dalam pendidikan, kenapa sistem pendidikan kita begini..begitu...blah..blah...Akhirnya terdetik gak nak buat pengurusan pendidikan...Tapi bila dah explore, hmmm....baik dok ngajor dalam kelas!! Atau...heheheh...explore benda baru...Terfikir gak restoren mak aku...dia ni pun dah tak larat nak uruskan restoren tu. Kalau minta balik Tepen...dok kampung sendiri, buat rumah kat tepi rumah parents...hmmm...hari-hari pegi tengok restoren. Untungnye sebab tanah banyak lagi untuk bukak kedai lain. Car wash centre dah ada. Kalau diupgrade dan diurus dengan baik..untung banyak sebab Tepen selalu ujan. Ramai orang rajin cuci kereta. Sambil cuci kereta boleh makan kat restoren aku!!! Kalau dapat buka kedai runcit cum kedai surat khabar pun cun gak sebab area tu susah nak cari kedai runcit. Dulu-dulu ada tapi kena tutup.

Kepala tengah ting-tong! Kena buat brainwash kut...hahahaha...Toloooong......