Sunday, March 7, 2010

ARKIB : 08/07/2007 : Lonjak MCKK lebih cemerlang

 Pengetua MCKK, Mohd Rauhi Mohd. Isa
Mukadimah
PADA 30 Mac lalu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan senarai Sekolah Kluster iaitu sekolah yang cemerlang dalam klusternya dari aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
Tujuan pewujudan Sekolah Kluster ini antara lain bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia, membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok dan menjadi showcase di peringkat antarabangsa.
Pada hari yang sama juga Hishammuddin mengumumkan penganugerahan kuasa autonomi kepada Sekolah Kluster. Melalui kuasa autonomi itu, pihak sekolah diberi fleksibiliti dan kebebasan untuk memilih dan mengiklan calon guru serta staf sokongan yang dikehendaki untuk berkhidmat dan mengajar di sekolah masing-masing.
Pihak sekolah juga diberi kebebasan memilih kursus dan program yang sesuai untuk dihadiri para guru serta kebebasan menggunakan khidmat dan kepakaran pihak luar dalam bidang yang diperlukan untuk memajukan sekolah termasuk dalam bidang sukan.
Begitu juga beberapa keistimewaan lain dalam mewujudkan dana dan tabungan sekolah, pengambilan murid, pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dan peperiksaan.
Dalam memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran ini, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang turut disenaraikan sebagai sebuah Sekolah Kluster bagi kelompok sekolah berasrama penuh sedang berusaha untuk melaksanakan konsep Sekolah Kluster itu sepenuhnya sebelum hujung tahun ini
Pengetua MCKK, Mohd Rauhi Mohd. Isa, dalam satu temu bual dengan Mingguan Malaysia pada Jumaat lalu yakin, konsep itu akan dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Malahan beliau berazam untuk melonjakkan lagi kecemerlangan MCKK yang sedia ada.
‘‘Pihak atasan merancang konsep, kita membuat pengisian. Kecemerlangan yang sedia ada akan kita lonjakkan,’’ kata Mohd Rauhi.
Ditanya sama ada beliau akan menggunakan kuasa autonomi termasuk dalam pengambilan guru, beliau menjelaskan: ‘‘Saya akan menghantar guru-guru saya ke sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru terbaik itu dan belajar daripada mereka.’’
Ikuti wawancara penuh bersama Wahid Hashim dan Hasani Hassan.
Mingguan: Kini sebagai pengetua, kuasa sudah berada di tangan, garis panduan pula telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran, apa yang berada dalam fikiran tuan pengetua?
MOHD RAUHI: Sebagai permulaan, walaupun kuasa di tangan pengetua, tetapi kita mempunyai badan yang ada kaitan dengan pihak sekolah, misalnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan juga lembaga pengelola yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.
Lembaga pengelola juga mempunyai pandangan sendiri, umpamanya apakah autonomi yang pihak sekolah perlu ada.
Perkara utama ialah bagaimana hendak menggembleng pendapat badan pengelola, PIBG dan pihak sekolah bagi membentuk satu tindakan dan aspek yang kita ingini, bukan setakat pandangan pengetua, tetapi perlu mengambil kira pandangan pihak lain. Jadi untuk tujuan itu, kita sudah membuat beberapa perancangan.
Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda pada sambutan 100 tahun MCKK, telah menggubal perancangan MCKK. Begitu juga dengan PIBG dan guru turut mempunyai pandangan tertentu. Dan dalam tempoh seminggu ini, kita akan menganjurkan seminar di kalangan pelajar-pelajar untuk melihat apa pula yang mereka mahu.
Bagi saya, autonomi adalah satu keistimewaan yang diberi kepada sekolah untuk melonjakkan lagi pengurusan dan kemenjadian.
Adakah dengan kuasa autonomi, pengetua akan hand-pick (pilih sendiri) guru terbaik daripada sekolah lain?
MOHD RAUHI: Tidak. Saya akan menghantar guru-guru saya ke sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru terbaik itu, dan belajar daripada mereka.
Bukankah lebih sesuai memohon guru terbaik dari mana-mana sekolah, khususnya dalam keadaan kritikal sekarang, iaitu untuk memulakan Sekolah Kluster?
MOHD RAUHI: Mungkin ada betulnya. Kita ada niche area (kebitaraan) yang hendak ditingkatkan, oleh sebab itu guru-guru mestilah yang terbaik. Mereka perlulah guru-guru yang bersedia.
Bukankah hak itu ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG)?
MOHD RAUHI: Saya mencadangkan pengetua masuk dalam jawatankuasa pemilihan. Saya rasa jika input (guru) itu berkualiti, maka senang hendak uruskan (Sekolah Kluster). Dalam hal ini kita hendak tengok orang itu (guru) dahulu.
Memandangkan para pelajar di sini pintar cerdas (gifted and talented), maka emosi pelajar perlu dikawal dengan baik. Kita perlukan cikgu yang memahami mereka. Jadi cikgu mesti mengetahui terlebih dahulu (aspek ini). Para pelajar pintar cerdas mempunyai atitud yang berlainan. Jadi, guru mesti memahami.
Adakah tuan pengetua mencadangkan supaya mengadakan latihan ala MCKK kepada bakal guru yang hendak mengajar di MCKK?
MOHD RAUHI: Ya. Sebelum masuk, ada proses dulu.(Guru) Perlu ada induksi dan penyesuaian. Kita tidak mahu guru dengan pengetahuan yang asas sahaja datang ke sini. Sementara itu, guru yang ada kita kembangkan (potensi mereka).
Mungkin timbul perasaan berkecil hati jika guru sedia ada terpaksa mengajar di sekolah lain, kerana tidak sesuai di sini.
MOHD RAUHI: Tidak timbul isu berkecil hati. Semua (cikgu) sekarang okey... saya mempunyai perancangan bagaimana hendak meningkatkan potensi mereka, terutama dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya boleh menjadi contoh kepada sekolah lain dan di peringkat antarabangsa, sekolah ini boleh menjadi showcase.
Kita mahu menjadi seperti Raffles Institution.
Bagaimanakah autonomi dari segi pengambilan pelajar?
MOHD RAUHI: Kita akan fikirkan apakah mekanismenya.
Adakah perlu dibuat temu duga kemasukan pelajar ke MCKK?
MOHD RAUHI: Memang saya ada cadangkan. Bagaimana mekanismenya, kita belum tentukan. Sama ada kita hendak temu duga atau perlu buat ujian fizikal seperti suruh dia (calon pelajar) berlari ke.. apa yang penting, kita ada peranan (dalam pemilihan).
Campur tangan pengetua dalam pemilihan adalah penting sebab kita tidak mahu pelajar-pelajar yang masuk sekejap, tetapi keluar balik.
Kita hendak yang betul-betul berminat... bukan kerana ibu bapa yang mahukan anaknya dihantar ke sini.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan senarai 30 buah Sekolah Kluster pada 30 Mac lalu. Walau bagaimanapun, masyarakat masih belum nampak apa itu Sekolah Kluster.
MOHD RAUHI: Memang susah hendak nampak. MCKK memang sudah sedia cemerlang dalam pengurusan dan kemenjadian. Oleh sebab perkara itu ‘perkara biasa' jadi tidak nampak (perbezaan). Sebenarnya, konsep (Sekolah Kluster) berkembang dan kita mempunyai program untuk memantapkan kecemerlangan.
Dengan pengaruh raja-raja, bagaimana hendak menggunakan kelebihan pengaruh itu?
MOHD RAUHI: MCKK mendapat perhatian Majlis Raja-Raja Melayu semasa menyambut ulang tahun 100 tahun. Kebetulan Pengerusi Lembaga Pengelola ialah Raja Nazrin. Jadi baginda memainkan peranan.
MCKK tetap untuk lelaki?
MOHD RAUHI: Ya. Kita mahu menjaga keistimewaannya. Begitu juga kalau Kolej Tengku Khursiah dibuka untuk pelajar lelaki, hilanglah keistimewaannya.
Dari segi kewangan, Kementerian Pelajaran akan menambah lebih banyak dana MCKK. Adakah ia mencukupi?
MOHD RAUHI: Kita mempunyai ramai bekas pelajar yang menghulurkan sumbangan apabila perlu. Terpulanglah kepada kertas kerja yang kita sediakan. Pegawai-pegawai mesti mantap dalam menguruskan kewangan.
Pengetua juga diberi kuasa autonomi untuk memperkenalkan subjek baru dalam kurikulum. Adakah tuan akan berbuat demikian?
MOHD RAUHI: Kita bukan menambah subjek, tetapi hendak menambah aliran. Sekarang kita ada aliran Sains Tulen sahaja. Bagi saya, ada kelebihan jika diadakan juga aliran Sains Sosial kerana bukan semuanya minat dengan Sains Tulen.
Para pelajar ini ada yang berminat menjadi akauntan dan sebagainya. Jika tidak berminat bidang sains, pelajar akan tertekan. Jadi perlu ada aliran lain sebagai alternatif kepada pelajar-pelajar.
Pada saya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menguji tahap pengetahuan, Penilaian Menengah Rendah (PMR) menguji tahap pemahaman dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menguji kemahiran aplikasi. Sebab itu, pelajar-pelajar cemerlang UPSR ada yang gagal menguasai Sains Tulen.
Bagaimanakah hendak memberi sokongan moral kepada warga MCKK bahawa mereka sudah dipilih sebagai ‘the best’?
MOHD RAUHI: Semua mesti bersemangat dan ada perasaan. Mesti ada penyertaan bersama dalam semua peringkat. Kita panggil buat perbincangan dengan guru. Setiap sekolah perlu menonjolkan satu aspek dan kelebihan.
MCKK ialah sekolah tiga dalam satu iaitu sebuah sekolah berusia 100 tahun, sekolah berasrama penuh (SBP), dan sekolah premier.
Sempena 100 tahun MCKK pada 2005, apakah hala tuju yang digariskan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa sambutan?
MOHD RAUHI: Sebenarnya mereka (Lembaga Pengelola) membuat satu kajian, sebelum ada autonomi. Memang kita memikirkan apakah hala tuju MCKK, dan salah satu aspeknya ialah autonomi.
Sebab itu Lembaga Pengelola menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji apakah sebenarnya (hala tuju) yang kita mahu dan kita namakan Projek Sayong. Jadi, dapatan daripada projek itu diserahkan kepada Lembaga Pengelola. Jawatankuasa ini diketuai oleh Datuk Azman Mokhtar. Pihak Lembaga Pengelola bersetuju, dan kemudian dibincang di peringkat sekolah dan hal itu sudah dibawa ke pihak kementerian. Jadi pihak kementerian bersetuju pada dasarnya dengan dapatan itu.
Hal itu sebelum lagi autonomi diisytiharkan oleh kerajaan. Proses yang kita buat ialah menggabungkan pandangan sekolah dan PIBG.
Bila konsep Sekolah Kluster boleh dilaksanakan sepenuhnya di MCKK?
MOHD RAUHI: Insya-Allah sebelum akhir tahun siap semuanya.
Pihak atasan mencadangkan konsep, kita membuat pengisian. Kecemerlangan yang sedia ada akan kita lonjakkan.
Ada yang memperlekehkan idea Sekolah Kluster sebagai satu mitos. Adakah perlu mengambil jurulatih luar sehebat Ronaldo – sehingga sehebat itu?
MOHD RAUHI: Why not? Tapi kalau kita dah ada jurulatih yang mampu membawa sesuatu bidang sehingga ke tahap antarabangsa, buat apa hendak ambil?
Di MCKK, perkara itu bukan menghairankan. Kita pernah ambil jurulatih Fiji untuk sukan ragbi. Tengok pada keperluan, jika perlu untuk melonjak, kita ambil. Yang pentingnya matlamat kita, sama ada hendak ke peringkat dalam negara atau antarabangsa.
Dalam hal ini, apakah tindakan pelaksanaan yang akan diambil?
MOHD RAUHI: Sekolah-sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Kluster termasuk MCKK memang sekolah yang cemerlang. Ada kriteria-kriteria tertentu yang menyebabkan ia dipilih. Sekolah tentu ada kelebihan dalam beberapa aspek yang tertentu.
Jadi tugas kami apabila dipilih ialah untuk melonjakkan lagi kecemerlangan itu.
Kita melihat ini dari dua segi, pertama memantapkan pengurusan dan yang kedua dari segi kemenjadian terutama dalam tiga aspek iaitu kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Sekarang ini kita hendak melonjakkan lagi umpamanya meningkatkan ke peringkat antarabangsa.
Melalui kluster kita berharap akan dapat satu keistimewaan yang kita katakan autonomi itu.
Berapa ramai pelajar di MCKK sekarang?
MOHD RAUHI: Bilangan pelajar ialah 674 orang dan guru 65 orang. Untuk pelajar baru ke tingkatan satu, kita sediakan empat kelas, dan pengambilan tambahan tingkatan empat ada dua kelas.
Selama ini MCKK terkenal sebagai tempat yang melahirkan ramai pemimpin. Adakah kebitaraan ini tetap menjadi agenda utama?
MOHD RAUHI: Kepimpinan memang aspek yang hendak ditonjolkan. Ini memang ‘trademark' MCKK. Apabila kita bercakap tentang kepimpinan, kita mahu pelajar yang boleh merancang, mengelola dan boleh menarik rakan-rakan untuk turut sama dalam sesuatu aktiviti.
Kualiti kepimpinan ini akan dikembangkan ke peringkat antarabangsa. Pelajar kita banyak memberi sumbangan di kampung-kampung dalam bentuk motivasi, dengan mengadakan sekolah angkat termasuk di sekolah-sekolah Orang Asli.
Menjadi ketua tidak semestinya pemimpin, tetapi seorang pemimpin memang ketua, kemahiran kepimpinanlah yang kita hendak bangunkan.
Jadi sekarang usaha itu perlu digandakan berbanding sekolah lain?
MOHD RAUHI: Lagi ramai pemimpin yang boleh dilahirkan maka lagi bagus. Tetapi tumpuan kita hendak mantapkan. Pertama kita hendak pertingkatkan kepimpinan di peringkat antarabangsa, bukan setakat di sini sahaja.
Kita boleh bergerak hingga ke luar dan pulang memberi pandangan berdasarkan pengalaman dari luar. Ini yang kita hendak. Jika ramai pemimpin dikeluarkan oleh SBP dengan konsep kluster maka lagi bagus.
Kalau dibandingkan, memang kita berhasrat supaya MCKK dapat menghasilkan lebih banyak dari yang lain. Kita berharap menjadi penyumbang utama kepada lahirnya pemimpin sama ada di dalam sektor kerajaan, politik, perniagaan, tokoh korporat dan lain-lain.
Apakah pencapaian MCKK di persada antarabangsa?
MOHD RAUHI: Ada permainan-permainan yang sudah berada di peringkat antarabangsa, contohnya perlawanan ragbi tahunan dengan Vajiravudh College, Bangkok, dan Raffles Institution, Singapura. Pasukan bola keranjang pula mengadakan perlawanan dengan Modern School of New Delhi, India.
Bagaimana dengan peringkat tempatan?
MOHD RAUHI: Di peringkat sekolah berasrama penuh, kita sudah menjadi juara empat tahun berturut-turut dalam perlawanan bola keranjang.
Pasukan bahas kita juga mempunyai kelebihan, walaupun tidak menang di peringkat sekolah berasrama, tetapi menang pertandingan di Universiti Islam Antarabangsa.
Menang kalah adat pertandingan tetapi yang penting kita digeruni oleh pihak lawan. Bila sebut MCKK orang dah gerun.
Adakah para pelajar tahu mereka di Sekolah Kluster?
MOHD RAUHI: Kita selalu menegaskan kepada mereka tentang Sekolah Kluster untuk menarik minat dan peranan mereka. Memang para pelajar sedar, ini jelas kelihatan apabila sebelum ini pasukan orkestra hanya menang peringkat negeri Perak, tetapi apabila diberitahu tentang Sekolah Kluster, mereka menjadi lebih bersemangat sehingga mampu menang tempat ketiga dalam pertandingan peringkat kebangsaan.
Bagaimana dengan kerjasama dengan pihak luar seperti universiti?
MOHD RAUHI: Kita melihat mengikut aspek-aspek yang kita perlukan dan memang berminat ke arah itu. Ada sesetengah negara di mana pelajar yang hebat boleh menumpang kelas di universiti, contohnya seperti di New Zealand.
Kita memang berminat tetapi kita kena tengok beberapa peraturan yang perlu diambil kira terlebih dahulu. Untuk masa yang akan datang, kita juga ingin mencari peluang supaya para pelajar boleh mengambil kursus-kursus profesional tertentu.
Tuan akan menyertai lawatan pengetua dan guru besar Sekolah Kluster ke King's College. Apa yang bakal diperoleh?
MOHD RAUHI: Saya rasa, ke mana-mana pun kita pergi, banyak perkara yang boleh kita pelajari dan aplikasi. Saya pernah mengikuti kursus kepimpinan di luar negara, dan boleh lihat perbezaan. Bila berada di sana (luar negara) senang untuk kita berfikir di luar kotak, oleh itu mudah membuat perancangan.
Apa agaknya kejayaan yang kita hendak tengok?
MOHD RAUHI: Kita akan buat indikator penunjuk prestasi (KPI) sendiri untuk menentukan apakah hasil kejayaan yang hendak dicapai. Contohnya dalam sukan ragbi, apa kriteria yang hendak dilihat, dan dalam akademik sejauh mana pencapaian kita.
Sebab itu kita hendak mantapkan guru.
Sekarang senjata sudah berada di tangan tuan pengetua, apakah tindakan selanjutnya?
MOHD RAUHI: Kita ada asas yang cukup kuat untuk melonjakkan kecemerlangan dan menjadi model yang terbaik.

Sunday, February 28, 2010

Family First...

These are some of the love spread by the touch of family ties during the Celebration of Maulidurasul in SMKA Slim River today, 27 February 2010.

Saturday, February 27, 2010

pix..

The latest perk in SMKA is the mini DSLR..Olympus SP-565UZ 10.0 megapixel. Most of the boys and girls and me too has been trying to get our hands on one of these.

Thursday, February 25, 2010

Sudah Selesaikah?

Suka aku baca entri pengarah aku dan penceramah yang telah diundang untuk Program Pembangunan Komuniti Fasa Dua: Bengkel Pembinaan Blog untuk SU PIBG Daerah Batang Padang..

Huhuuhuh..memandangkan aku nih setiausaha...belum selesai lagi kut!!

Banyak pengalaman yang dikutip...heheheh...tambah pulak pengalaman yang orang tak perasan, macam jumpa duit syiling kat bawah meja..kerling mata kiri kanan..kut-kut la ada yang menengok  kutip duit tu..heheheh! Tapi muka maintain Sardin je...macam aku kutip duit sendiri..Tu gamaknya ada yang kata aku nih nak sama level dengan yang tidak sejantina..hahahahh....aku terima je walaupun syiok berdebat dan bertekak anak tekak..hehehehehe! Apa pun, jauh disudut hati...aku tetap berterima kasih sebab bagi pengalaman tu walaupun kiranya serupa macam letak duit syilling di bawah meja bagi aku kutip...!

Secara keseluruhannya, program ini telah meberi manafaat yang sangat banyak dan berguna kepada Daerah Batang Padang, PIBG sekolah-sekolah yang terlibat, SU PIBG yang sanggup datang...heheheh..hambuan banyak beb!!, Pengarah, Aku yang merangkap SU dan pemegang grant dan Fasilitator yang terlibat...al kata lah..semuanya ibarat  mengutip duit syilling di bawah meja...banyak ooooo....!

Distinction

Just a reflection of today's lesson..

There are 5 values which leave a mark of a very distinctive person.

1. Determination
2. Readiness
3. Willingness
4. Acceptance
5. Sense of Belonging

To be a worthy person these are the values which make a person scores distinction in his or her life!

Nilai seseorang terletak pada value of his/her distinction dan pastinya tidak pada value of papers yang ada pada tangannya!

Nilai 1: Determination...

Bagaimana kita membina kekuatan dalam diri untuk tidak U-turn dengan setiap halangan (obstacle) yang diluar jangka. Kekuatan ini dibina dengan Nilai 2: Readiness...

Nilai 2: Readiness...

Berdepan dengan halangan memerlukan kesediaan yang jitu dari minda dan fizikal. Kesediaan ini akan membangkit rasa untuk mengetahui, menyelami dan memahami setiap halangan yang ditempuhi agar jalan penyelesaian berjaya dibentuk. Namun begitu untuk membentuk jalan penyelesaian yang berpihak kepada kita memerlukan Nilai 3: Willingness...

Nilai 3: Willingness...

Jalan penyelesaian bagi setiap halangan mempunyai nilai pengorbanan yang perlu kita tempuhi dengan redha dan bersedia. Apabila kita telah bersedia untuk menempuh dan tahu apa yang perlu dikorban untuk mencapai jalan penyelesaian bagi halangan yang ditempuhi maka Nilai 4: Acceptance memainkan peranan yang penting.

Nilai 4 : Acceptance...

Penerimaan terhadap perkara-perkara yang perlu dikorban untuk mendapatkan jalan penyelesaian terhadap halangan yang dihadapi akan memudahkan minda dan fizikal kita membentuk kesediaan menempuh halangan yang dihadapi. Untuk menerima keadaan sebegini kita perlu sedar di mana kita berada dan apa yang kita inginkan supaya Nilai 5: Sense of Belonging dapat dibentuk dalam diri kita..

Nilai 5: Sense of Belonging...

Membentuk nilai memiliki dan dimiliki akan membuatkan minda dan fizikal menjadi lebih kuat dan mantap. Nilai ini akan terbentuk apabila kita dapat membentuk Nilai 1 sehingga Nilai 4. Proses ini akan menguatkan diri kita untuk mendapatkan sokongan dan seterusnya membina rangkaian dalam kehidupan yang terdiri dari sahabat dan ahli keluarga. Nilai ini juga akan meletakkan kita dalam zon selamat untuk kita berdepan dengan halangan yang ditempuhi.

Setelah kita menguasai kesemua nilai ini, maka kita mampu membentuk nilai distinction dalam diri kita..

So..tepuk minda, tanyalah hati di mana kehendak dan keinginan kita...

Monday, February 22, 2010

90/10

Menurut Stephen Covey::

10 peratus kejadian dalam kehidupan adalah di luar kawalan kita tetapi 90 % adalah dalam ketentuan kita. Bagaimana kita menentukan tindakan akan menentukan perjalanan kita untuk yang seterusnya.

Fikirkan lah...

Friday, February 19, 2010

Plucking something new...

Sometimes, we just need to add a new touch to our life..heheheheeh!

So yesterday..while merayap in Jusco (again...!) we kinda found something new! Something that is not actually out of blue or impulsive! We bought this...


Why? Well, maybe there must be something new that I believe we should learn and acquire by hard, definitely for betterment and also for pleasure...heheehhe! I am not really a melody person..but there is always room for something different!

This black acoustic guitar was  chosen by Anisa, so very Yuna! And today I believe she is so ready to pluck something new with the help from her music teacher...Miss YouTube! The nearest music teacher (a real person) will be somewhere near Bidor...ouch! That's far!!

note::: Dearest 2 Jabir, 4 Taimiyah and 4 Khaldun

Please check your comment setting because I am having problem leaving my comment in your blogs...

Friday, February 12, 2010

The Holiday starts!

Today is the day most of SMKA students is waiting for. A week of leisure and free from rigid schedules will definitely be an uplifting booster for them.

As like most of my students, I too, have my personal agenda for this holiday....There is long vacation to Terengganu with the kids...an anticipated event for past few months since I was so busy my programs!

Seeing the students rushing to their awaiting parents and buses once the clock hits 10.30am, evokes me of a realization, of how life in a dorm and being curb by rules and regulation through a disciple routine, makes them wish that they are out of this place. Since I am out of that kind of experience, I guess I have none to comment but I would really want to know what is in this students' mind when they are being put through this rigorous routine for the next five years of their life?

I had a vision once, to put Anisa through this too, but alas, I was saved by the bell! Maybe deep down, I do know that she is not cut for this life...

Wednesday, February 10, 2010

Antara Mentadbir dan Mengajar

Hari ini aku melalui denai seorang pengetua dan seorang guru cemerlang dalam usaha memahami ke mana arah aku selepas ini. Semalam aku mendapat panggilan dari seseorang yang rapat dari KPM yang mengingatkan aku tentang perancangan aku pada bulan Ogos ini memandangkan dia akan bergerak meninggalkan kerusi panasnya pada bulan Julai.

Bukan mudah menanggung amanah sebagai seorang Pengetua. Ia adalah jawatan yang memerlukan kesabaran dan ketekalan juga kecekapan mengurus sebuah sekolah dengan cekap dan tersusun. Aku berpeluang mengenali selok belok pengurusan sekolah dari semua aspek, kemudian aku dapat menyelusuri perjalanan sekolah secara keseluruhannya.

Maka...kini aku dalam usaha mengenalpasti kekuatan dan ke mana arah aku!

beberapa pilihan berada di tangan...dan semuanya sangat-sangat menarik!! Mana aku nak pergi nih???

Tuesday, February 9, 2010

Pemadam di sebatang pensil

Kenapa semua orang perlu ada ruang kesilapan? Kerana kita belum tentu dapat membuat keputusan yang betul pada masa yang tepat dan memenuhi kehendak semua orang.

Bagaimana kita membuat keputusan mempengaruhi banyak keadaan yang bakal memberi kesan kepada sekeliling.

Mungkin ini dapat menjelaskan kisah pemadam di sebatang pensil...

Insight into Decision Making - Good One:   
  
A group of children were playing near two railway tracks, one still in use while the other disused. 
Only one child played on the disused track, the  rest on the operational track. 

The train is coming, and you are just beside the track interchange. 
You can make the train change its course to the disused track and save most of the kids. 
However, that would also mean the lone child playing by the disused track would be sacrificed. 
Or would you rather let the train go its way?     

Let's take a pause to think what kind of decision we could make......... ........ 



Scroll down  



 



Most people might choose to divert the course of the train, and sacrifice only one child. 
You might think the same way, I guess. 
Exactly, to save most of the children at the expense of only one child was rational decision 
most people would make, morally and emotionally. 
But, have you ever thought that the child choosing to play on the disused track had in fact 
made the right decision to play at a safe place? 

Nevertheless, he had to be sacrificed because of his ignorant friends who chose to play where the danger was. 
This kind of dilemma happens around us everyday. 
In the office, community, in politics and especially in a democratic society, 
the minority is often sacrificed for the interest of the majority, 
no matter how foolish or ignorant the majority are, and how farsighted and knowledgeable the minority are. The child who chose not to play with the rest on the operational track was sidelined. 
And in the case he was sacrificed, no one would shed a tear for him. 


The great critic Leo Velski Julian who told the story said he would not try to change the course of the train because he believed that the kids playing on the operational track should have known very well that track was still in use,  and that they should have run away if they heard the train's sirens.. 
If the train was diverted, that lone child would definitely die because he never thought the train could come over to that track! Moreover, that track was not in use probably because it was not safe. 
If the train was diverted to the track, we could put the lives of all passengers on board at stake! 
And in your attempt to save a few kids by sacrificing one child, you might end up sacrificing hundreds of people to save these few kids. 

While we are all aware that life is full of tough decisions that need to be made, 
we may not realize that hasty decisions may not always be the right one. 

'Remember that what's right isn't always popular... and what's popular isn't always right.'   

Everybody makes mistakes; that's why they put erasers on pencils. 
   

++++++++++++++++++++

Pandangan aku:
Ramai di antara kita mengatakan bahawa pengorbanan adalah tidak dapat dielakkan demi kesejahteraan yang lain tetapi kewajaran kita mengorbankan yang tidak bersalah itu pasti dilitupi dengan rasa bersalah....

Aku juga bersetuju dengan pendapat Leo Velski Julian kerana kita tidak perlu mengubah dunia semata-mata untuk menyelamatkan beberapa manusia yang tidak menghargai nyawa dan kehidupan mereka. Kehidupan perlu diteruskan demi kesejahteraan mereka yang tahu menghargai nilai sebuah kehidupan...Itu yang lebih berharga!

Kepala hotak aku senang je...kita tidak akan dapat menyenangkan semua orang, menyelamatkan semua keadaan dan memenuhi semua permintaan. Pasti ada yang dikorbankan, maka pastikan pengorbanan yang dilakukan sewajar dengan kesan yang diharapkan.

Monday, February 8, 2010

Mencipta Kecemerlangan

Hari ini adalah hari yang penuh pengisian...

Aku dan Kak Ros (guru praktikum NPQH) merancang beberapa program kecemerlangan bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga untuk guru. Kami berdua brainstorm beberapa idea dan akhirnya dapatlah kami buatkan list. Antara program yang telah dirancang ialah:

1. Legasi Guru SMKA
2. Susur Kejayaan
3. Hikmah di sebalik kata-kata
4. Memahami Headcount
5. Teambuilding Guru

Pembangunan Fizikal sekolah sangat penting untuk persekitaran yang kondusif bagi para pelajar. Oleh kerana persekitaran sekolah memang memerlukan perhatian, maka aku dan kak Ros merancang untuk memberi fokus kepada kawasan yang menjadi laluan utama pelajar supaya bahan-bahan yang bakal dipamerkan itu dapat memberi manafaat kepada pelajar. Contohnya, Legasi Guru SMKA adalah gambar guru yang mengajar di SMKA dengan kata-kata hikmah agar menjadi perangsang kepada pelajar. Manakal Susur Kejayaan adalah profil pelajar SMKA yang telah mencatat kejayaan setelah meninggalkan sekolah. Mereka akan menjadi role model agar pelajar mempunyai idol yang mereka contohi. Profil ini akan dipasang di susur-susur laluan pelajar.

Beberapa dinding yang nampak suram akan dipenuhi dengan ayat-ayat berupa hikmah di sebalik kata-kata kerana kekosongan yang wujud di sekolah perlu diisikan dengan kata-kata perangsang yang positif.

Dalam masa yang sama, program kecemerlangan untuk guru turut dirancang. Memahami Headcount adalah aspek yang sangat penting bagi seorang guru untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajarnya. Namun begitu aspek ini masih tidak diberikan perhatian, maka aku merancang untuk memberi pendedahan kepada guru akan kepentingan Headcount. Selepas itu, satu program kekeluargaan dirancang untuk merapatkan jurang dengan Teambuilding. Program ini akan dibuat di luar sekolah. Setakat ini, tempat  yang dirancang ialah di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Harapan aku, garapan aku dan Kak Ros akan membuahkan suasana positif dan menghasilkan gandingan yang mantap demi kejayaan sekolah...

Lagi...dan lagi...dan lagi...

Melakukan rutin dengan pendekatan yang berbeza!

Aku baru sahaja selesai Program Teachers as Intellectual Leaders in Schools and Community.

Terima kasih pada semua barisan yang membantu merealisasikan Program ini. Terutama pada sumbangan tenaga dan idea yang mencurah-curah! Yang terbaik pastinya dari Anda dan yang kurang pastinya dari diriku sendiri.

Refleksi aku:

Ini bukan kali pertama aku melakukan perkara sebegini! Sampai satu tahap aku inginkan kelainan..dan aku gunakan platform yang berbeza. Mendekati rutin sebuah program dari sudut setiausaha! Satu dunia yang berbeza dan baru, buat aku yang sentiasa menjadi pembuat keputusan!

Pegangan aku tetap satu, setiap program yang aku anjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua yang terlibat kerana itu ada ruang dan peluang untuk kita menimba ilmu. Untuk satu kejayaan ia memerlukan sokongan dari semua orang. Rasanya aku tetap berpegang pada The 100th Monkey. Tak kisah lah berapa lama masa yang bakal aku ambil dan aku tak pernah peduli dengan apa pun tanggapan yang dilemparkan kepada diri aku. Apa yang pasti ialah aku bukan seseorang yang sentiasa mencari peluang untuk diri sendiri dan aku belajar membuka peluang untuk mereka yang berada di sekeliling.

Dari setiap program yang dianjurkan, kecil atau besar, semuanya punya ilmu yang tersendiri. Aku tetap menyimpannya kemas dalam kantung pengalamanku. Pasti berguna dan pasti digunakan.

Kali ini aku diperkenalkan dengan perkataan 'setiakawan'! Sayangnya aku tak pasti adakah sesuai kewujudan setiakawan dalam pelaksanaan program apabila setiap tindakan yang diambil diletakkan dalam suasana yang negatif semata-mata untuk mewujudkan sikap lebih teliti dalam diri aku. Mungkin itulah ilmu yang aku pelajari..tapi belum jumpa saat dan peluang untuk diaplikasikan. Mungkin dalam Program yang selanjutnya!.

Selepas ini aku akan sibuk dengan Program Kecemerlangan Akademik SMK Agama Slim River. Dengan bermodalkan grant yang kedua..aku cuba merangka program yang lebih mantap! Mungkin kerana aku sendiri yang mengarah dan menentukan arah tuju, maka lebih mudah untuk aku menggarap dengan acuan aku sendiri! Paling penting, aku tahu apa yang aku mahu, dan aku tahu bagaimana mendapatkan apa yang aku mahu tanpa bergantung dan berharap pada orang lain.

Selesai sahaja menyediakan perjalanan program itu, aku akan membiarkan kaunselor sekolah yang amat berpengalaman untuk menguruskan segala clerical work yang perlu diteruskan kerana aku perlu menyelesaikan Thesis aku sebelum bulan June kerana perancangan seterusnya harus dijalankan sebelum bulan 8. Perancangan ini perlukan penelitian yang jitu kerana ia melibatkan masa depan dan di mana bakal aku berada pada 2011. Beberapa pilihan berada di tangan tetapi aku masih berusaha untuk menjamin Thesis aku dihabiskan dengan sebaik mungkin kerana ketika itu, keputusan sudah pasti mula bermain2 di minda ku!

Prinsip dan pegangan sangat perlu agar kita sentiasa berada di laluan yang tepat. Pelaburan kita pada hari ini adalah jaminan kita di dunia sana. Aku bukan seorang yang hebat bercakap bab keagamaan tetapi aku yakin dengan usaha dan tindakan kita, ia adalah seiring dengan kehendak Islam yang satu. Memang kita akan tersadung dan tersilap langkah namun kita tetap akan bangun dan betulkan apa yang perlu. Lakukan apa jua seikhlas dan terbaik mungkin kerana bukan kita yang menilai dan menentukan! Semuanya adalah dengan izinNYa jua...

Motto aku ~ Ikhlas, Telus dan Adil...dacing aku tak akan berat sebelah!

Tuesday, February 2, 2010

Long Lost Brother

Aku sebenarnya ada seorang abang yg sangat aku sayang...tapi dah tak jumpa 18 tahun!!! hehehehehe...dia ni special sebab dia diamanahkan oleh mak dia untuk jaga aku...kenakalan aku masa aku belajar hanya dipandang sebelah mata je....sebab dia tau kut, aku nakal syiok-syiok je! We came a long way. Mak dia adalah mak kesayangan aku sepanjang aku membesar di TMGS! Tup-tup sekelas pulak dengan abang long masa di M4P! Dapat body guard free...heheheh!

 
hero terakhir malaya..macho lagi beb!!! 


Husni sent you a message.

--------------------
Re: long time no see

Fine sis...called u last year but u dont pick up..ur number..016 5424030
takut salah number laa plak...keep in touch...my number..012 4235897
kalau nak ke Perlis...jgn lupa call I dulu..c u around..
--------------------

the power of facebook....connecting souls!

Sunday, January 31, 2010

Kiss Me!

Seksi dan panas!
 heehehe....aku paling suka kena kiss...sedap!
bila aku stress tahap gaban, selalunya aku akan cari ruang untuk kiss...hmmm....! Tenang..

Pada hari Jumaat lepas..aku kena kiss lagi...walamak kali ni sampai aku terduduk kejap! Keletihan  pulak memikirkan bagaimana nak kiss dengan sehebat mungkin. Dan akhirnya hari Sabtu dan Ahad ni, aku practise and practise..walaupun sehingga pening kepala dan lenguh badan-badan! Yelah...asyik buat stail lama dan yang sama pulak...so nak tau gak kalau kena kiss, camna jadinya!!!

K.I.S.S....Keep It Simple and Sweet!

maka aku previewkan program "Teacher as Intellectual Leaders in School and Community" agar se simple dan se sweet yang boleh!!

Saturday, January 30, 2010

Keindahan Bumi Malaya

Kalau kita kaki merantau...ini kerana kita mencari sesuatu yang diharapkan akan melengkapkan kehidupan kita yang sementara ini. Aku juga begitu.. ada masanya tidak sabar aku untuk menggalas beg untuk meninggalkan bumi Malaya menuju ke destinasi baru.!

Semalam sementara menunggu flight Anisa dan Sufi ke Langkawi, aku sempat membelek sebuah buku :"1000 places to Visit"

Tapi aku tahu...bumi Malaya jauh lebih indah dan menakjubkan!

......Hari ini aku ada appointment dengan En Aziz Yatim untuk mengikuti Program Bina Insan Guru pada jam 2.30 pm.......

......Hari ini aku harus menyiapkan semua borang-borang berkaitan program.......

huhuhuhuuuhu...penatnya!

Data ohhh Data!

 

Aku suka kerja ikut time line..senang nak mengatur gerak! 
Hari ini adalah hari terakhir untuk update Data sekolah, bagi guru-guru data, hari ini adalah hari paling meletihkan kerana Kutipan Perdana bagi data akan dilakukan pada 31 Januari 2010. Pengalaman aku sebelum ini semasa aku berada di sekolah lama sememangnya memudahkan kerja-kerja yang sedang aku lakukan tetapi kekangan masa dan mempunyai priority dan komitmen lain menyebabkan aku menerima panggilan dari Boss ICT Batang Padang pada 10.55 am pepagi hari!. Ketika itu aku berada di kaunter No 46 LCCT untuk check in bagi penerbangan ke Langkawi (Walamak..WHW 84 kena saman parking!)

Dari LCCT aku terus ke Putrajaya kerana menyelesaikan urusan pemohonan surat kebenaran dari Unit Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Memandangkan aku tiba tepat 12.15 pm, maka aku tahu urusan aku bergantung kepada kelicikan aku menggunakan kemahiran soft skill untuk memastikan suratdapat dikeluarkan pada masa yang  dinginkan. Alhamdulillah, surat dasar itu selewatnya ialah pada hari Selasa 2 Februari akan difaxkan ke pejabat Dekan IPS, UPSI! walaupun pada awalnya Ketua Penolong Pengarah, En Shazali telah berjanji surat akan difaxkan petang ini juga...hmmm...!

Dari Putrajaya, aku merempit ke Low Yat untuk memenuhi keinginan si Tuan Pengarah! Akhirnya barang yang dicari ditemui dengan harga yang sangat murah....apalagi..borong le aku! Janji Tuan Pengarah sain check...hihihihih...

Dan akhirnya mak tersayang menghantar sms...sebab dah lama aku tak balik le tu..."kalau bosan..balik le ke Taiping!"...hmmm...aku sememangnya kena balik..Dr Foo punya appointment pun dah lewat dua minggu! Tapi aku tak sempat menjawab sms tu sebab aku terlena di R&R Rawang pada pukul 4.10 pm! 

Bila tersedar teringat pula file Jadual Waktu guru yang tertinggal di makmal ICT di sekolah, maka ke sana pula le aku, demi Bos aku di unit ICT, PPD Batang Padang, aku target semua kerja aku selesai sebelum jam 12 tengah malam (kang aku tukar pula jadi Cinderella...jenuh pulak nooo...!)

Akhirnya tepat 11.53 pm, aku menghantar sms kepada Boss aku "Salam, Data SMKA is done and finished!"
dan dibalas kembali dengan ringkas..."Tq"! 

sekarang....melahu pula leee sementara tunggu mood untuk mengadap projek aku!!



Tuesday, January 26, 2010

Bangganya

Bro....aku dah banyak berkorban untuk ko...so sekarang aku nak ko berkorban untuk aku pulak...

Biasa kan?!

Tapi kalau skripnya sebegini...

Bro..aku sangat berbangga dengan apa yang telah ko lakukan...sekarang aku nak ko berbangga dengan apa yang aku lakukan sekarang....

Biasa kah kita mendengar sebegini?

Aku sangat berbangga dengan Pengarah aku! sebab aku tak pernah jumpa seseorang yang work so hard untuk merealisasikan apa yang diingini...hehehhehe...aku ni bukannya seorang yang teliti kerana aku suka menganggap semua orang perlu ada ruang kesilapan termasuklah aku!

Tapi aku rasa dia tak pernah give up menegur aku...dan mendidik aku...hahahhahah...tambah pula aku ni jenis dungu sikit.....haahhaahhahha. Pengalaman aku menaip dan mencetak surat dalam Bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang aku suka...Perghhh....habis satu rim paper Double A dan abis ink printer aku (FYI: aku pakai 3 printer pulak tuh!)

Walamak...aku nih amik paper BM (STPM) 3 ke 4 kali...heheheheh....sebab asyik fail! Paper English Literature (STPM Persendirian) punyalah kacang walaupun tak pernah study!!! di situlah kelemahan dan kekuatan aku...

apa yang pasti ialah...rambut aku semakin putih...adakah akan seputih Pengarah aku? Huhuhhuh.....! Bangga gak rambut putih kalau aku dapat mengaut semua (atau hampir semua) ilmu dalam kepala Pengarah aku tuh....!

ILEP Alumni Small Grants


Sekadar berkongsi kegembiraan aku dengan semua orang! Alhamdulillah ini adalah grant pertama menggunakan nama sendiri dan projek yang keempat sekembalinya dari USA 3 tahun lalu  setelah disuntik keyakinan dan setelah aku semakin pasti dengan kekuatan yang dicurahkan dalam program yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Terima kasih!

From Sodiq...

This is sodiq's message:

teacher..
xde keje lagi..
terperap kat rumahler..
tension!!!!

respon aku:

hmmm....ni la masanya nak terperap di rumah menggemukkan apa yg kurus...heheheh...!

Sunday, January 24, 2010

Di Pagi Ahad

Seharian hari ini, aku cuba menyiapkan segala persediaan utkk program yang tinggal hanya beberapa hari sahaja...memandangkan esok ada program yang bakal memakan seharian masa aku maka perancangan yang jitu agar semuanya nampak cantik perlu dilakukan!

Kadang-kadang ada masanya aku berdepan dengan manusia-manusia yg hanya mampu mengarah tanpa ingin mengangkat sebatag jari. Memang merimaskan! Dan ada pula yang merasakan mereka sangat bagus dalam apa yang mereka lakukan tanpa memikirkan akan ada aspek dalam pengurusan yang memerlukan kepakaran dari pihak lain...Memang menjelekkan! Ada pula yang suka kerjanya disusun atur agar dia nampak bagus..memang membosankan!

Pendekatan aku merangkumi semua itu, agar aku dapat menyelami semua keadaan dan aku dapat bersedia dari semua penjuru! Pengalaman lepas memang memainkan peranan tetapi aku suka bergerak di atas platform baru sebab aku sentiasa menjadi budak baru belajar! Tetapi berapa ramai yang sanggup begitu? Baru belajar perkara lama dengan pendekatan yang mengangkat kita ke satu tahap yang lebih baik dari pengalaman lepas!

Ye laaaahhhh.. kebanyakan orang nak yang mudah je dan kalau boleh datang bergolek ke depan mereka!

Pompuan....

When a woman lies

One day, when a seamstress was sewing while sitting close to a river, her thimble fell into the river. When she cried out, the Lord appeared and asked, "My dear child, why are you crying?" The seamstress replied that her thimble had fallen into the water and that she needed it to help her husband in making a living for their family.The Lord dipped His hand into the water and pulled up a golden thimble set with sapphires.








"Is this your thimble?" the Lord asked.The seamstress replied, "No."

The Lord again dipped into the river. He held out a golden thimble studded with rubies.




 

"Is this your thimble?" the Lord asked. Again, the seamstress replied, "No."
The Lord reached down again and came up with a leather thimble.






"Is this your thimble?" the Lord asked. The seamstress replied, "Yes." The Lord was pleased with the woman's honesty and gave her all three thimbles to keep, and the seamstress went home happy.


Some years later, the seamstress was walking with her husband along the riverbank, and her husband fell into the river and disappeared under the water. When she cried out, the Lord again appeared and asked her, "Why are you crying?'' "Oh Lord, my husband has fallen into the river!"

The Lord went down into the water and came up with George Clooney. "Is this your husband? The Lord asked





"Yes," cried the seamstress.The Lord was furious. "You lied! That is an untruth!" The seamstress replied, "Oh, forgive me, my Lord. It is a misunderstanding. You see, if I had said "no" to George Clooney, you would have come up with Brad Pitt.


Then if I said "no" to him, you would have come up with my husband. Had I then said "yes," you would have given me all three. Lord, I'm not in the best of health and would not be able to take care of all three husbands, so THAT'S why I said "yes" to George Clooney. And so the Lord let her keep him.
The moral of this story is:


Whenever a woman lies, it's for a good and honourable reason, and in the best interest of others. That's our story, and we're sticking to it.

Signed,


All Us Women






Laughter is like jogging on the inside. Exercise your 'innards' every day.

 

Saturday, January 23, 2010

Meneroka

Aiyooohhhh...aku kena jadi MC untuk delegasi Thailand hari isnin nih...ready kah aku? Bukannya hebat sangat pengalaman aku!

Hari ni aku bersua wajah dengan pengarah pelajaran negeri selangor...mantap! Think tank NKRA...

Wednesday, January 20, 2010

Permohonan Biasiswa KPM 2010

  
Perhatian kepada guru yang berminat untuk sambung belajar...selagi ada ruang dan peluang, jangan disempitkan!



PERMOHONAN ONLINE PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP TB)

Monday, January 18, 2010

Adoi...teachers..what do you say?

EXAM QUESTIONS AND HUMOUROUSE ANSWERS 
 
No matter how far our exams are dumbed down, it seems it's not far
enough for today's pupils. 
But rather than admit defeat in the face of tricky questions, some decide

to take a more creative approach to their answers. 
After scouring exam papers and speaking to teachers, humorist

Richard Benson has collected the worst student howlers in a new book. 
You won't know whether to laugh - or cry.
 

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

exams

Jiwa Dipasak

Hari ini adalah minggu kedua pelajar Tingkatan Satu mengikuti program minggu orientasi dan suai kenal di SMKA Agama. Inilah antara masa kritikal yang menentukan kekuatan minda dan kekentalan jiwa mereka untuk mengharungi kehidupan berjauhan dari kedua ibu dan bapa. Nampak gayanya bila aku bersua wajah pada hari terakhir untuk slot aku, pasti kami akan bertukar senyuman dan saling mengerti timbal balas tindakan aku pada hari ini terhadap mereka.

Seperti tahun lepas, aku masih memegang rekod antara guru yang paling sukar untuk mereka mendapat tandatangan. Sekadar memasak jiwa mereka agar benar-benar mengenali guru-guru di sekeliling dan membentuk hubung jalin yang mesra! Kadang-kadang bila dipandang mata mereka yang masih memerlukan belaian manja dari ibu bapa, aku cuba memahami dan mengerti apa yang mereka lalui dan apa pula rasional tindakan kedua ibu bapa mereka menghantar mereka ke asrama. Adakah untuk memudahkan urusan kedua ibu bapa mereka dengan keadaan kurangnya pemanatauan harian dan meletakkan beban itu kepada warden asrama atau mereka ingin anak-anak mereka membesar dalam suasana yang lebih teratur dan terancang berbanding di rumah kerana mereka tidak mampu menyediakan suasana sedemikian? Adakah ini juga punca kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak mereka sehingga menyumbang kepada banyak masalah sosial?

Namun begitu, aku sering melihat dari sudut positif agar keadaan yang berlaku diseimbangkan dengan suasana yang memerlukan pihak ibu bapa dan pihak guru bergandingan demi kejayaan anak-anak!

Harapan aku seperti selalu ialah apabila aku berusaha mengukir kejayaan untuk anak orang, anak aku juga menerima layanan sebegitu dari guru-guru di sekolahnya!

Anisa juga sedang meniti kehidupan remaja dalam suasana yang memberangsangkan. Semoga pengalamannya di sekolah akan membentuk peribadi yang kental jiwanya juga!

Bagi pelajar-pelajar Tingkatan Empat aku untuk tahun ini, nampaknya Bahasa Inggeis mula mengambil tempat di hati mereka dengan pendekatan-pendekatan baru yang aku bawa. Menggunakan tahap aplikasi dalam pembelajaran menjadikan mereka mampu meneroka dunia baru dengan pengalaman sedia ada. Komputer baru yang diterima di makmal ICT menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Tambahan pula talian internet yang semakin stabil menjadikan penerokaan ke alam maya lebih menyeronokkan!

Pendekatan pertama ialah meneroka dunia blog...lepas ini mereka akan belajar teknik menapis maklumat dan mencari maklumat yang diperlukan. Ini untuk memudahkan mereka menyaring setiap maklumat yang diterima agar mereka tahu kepentingan maklumat yang diterima dan bagaimana maklumat itu diolah semula untuk kepentingan mereka.

Thursday, January 14, 2010

Kesian Guru Bahasa Inggeris

13,000 guru Bahasa Inggeris diperlukan PDF Cetak E-mel
Disediakan oleh: Web Admin   
Khamis, 14 Januari 2010
KUDAT - Kira-kira 13,000 guru Bahasa Inggeris diperlukan bagi menampung kekurangan di sekolah seluruh negara yang kini berada pada tahap mendesak.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tenaga pengajar dalam bahasa tersebut amat diperlukan bagi memastikan pencapaian dalam subjek itu tidak terjejas.
"Kementerian mendapati masalah kekurangan guru bahasa Inggeris begitu kritikal sekali malah hingga menjejaskan prestasi pelajar terutama di kawasan luar bandar," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat beberapa sekolah di Pulau Banggi yang memakan masa kira-kira sejam perjalanan dengan bot dari sini hari ini.
Katanya, antara punca utama kekurangan itu disebabkan keengganan guru yang mengajar bahasa tersebut untuk bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Sehubungan itu katanya, sebagai langkah segera mengatasi masalah tersebut, kementerian merancang mengambil 300 tenaga pengajar dari luar negara untuk melatih guru-guru tempatan mengajar subjek tersebut.
Dalam pada itu, beliau mengakui menerima banyak aduan daripada lulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang masih belum diserapkan sebagai guru oleh Kementerian Pelajaran.
Jelas Mohd. Puad, pihak kementerian memberi jaminan akan menyelesaikan masalah mereka yang berkelulusan sarjana muda pendidikan itu secepat mungkin.

Sunday, January 10, 2010

Selepas seminggu

Sedar tak sedar udah seminggu kita berada di tahun 2010..Bahang Tahun Baru semakin reda dan urusan kembali normal dan pasti kehidupan diteruskan..

Ada yang ingin mengotakan resolusi yang berkali-kali disebut tatkala tahun baru dan ada yang menambah lagi koleksi resolusi dengan ayat-ayat yang lebih mantap. Namun itu semua hanya-hanya kata-kata yang diucap.

Amatilah kata-kata ini pula. Aku cedok di dinding SMK Gedangsa semasa berjumpa dengan Pengerusi PKPSM Daerah Hulu Selangor!

"Wisdom of Words"

Small Minds
Discuss Persons
Big Minds
Discuss Events
Intelligent Minds
Discuss Ideas
But...
Genius Acts in Silence

Pilihan kata-kata ini meletakkan kita antara Dream Maker dan Dream Chaser... Di mana aku pulak??!

Monday, January 4, 2010

2010...teruja!


Selamat kembali ke sekolah!

Anisa ke SMK Methodist..dia jelas keseronokan memulakan perjalanan baru. Tambahan pula dia berjaya ditempatkan di kelas yang agak selesa untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam usaha mendapatkan ilmu. Sesungguhnya memulakan kehidupan di sekolah menengah menjanjikan senario yang lebih hebat cabaran dan begitu juga dengan ganjarannya. Aku hanya menggunakan pendekatan menanam keyakinan dalam diri Anisa untuk terus melakukan yang terbaik. Sesuatu yang pasti ialah dengan ketinggiannya, pasti menjanjikan peluang untuk aktif dalam aktiviti sukan dan meneroka unit kokurikulum yang mendatangkan kelebihan untuknya.

Sufi ke Tadika ABIM dan pepagi lagi tidak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang telah ditinggalkan selama lebih sebulan. Lebih kurang pukul satu selepas Anisa ke sekolah, Sufi berpeluang mengikut aku ke sekolah memandangkan jadual aku masih lagi kosong kerana pelajar tingkatan 2 dan 4 perlu melalui proses streaming. Dia sibuk bercerita tentang semua bestfriends..yang tak datang dan yang baru...heheheh...tetiba dia berkongsi sesuatu..

'Ma..Sufi malas nak tulis ABC laaa...'

aduhai....macamana tu?! Sesi bersoal jawab dalam kereta dari Tadikanya ke sekolah aku membuka ruang untuk melihat di mana kemalasannya..apa yang pasti ialah dia memang jenis cepat bosan apabila diarah membuat perkara yang sama berulang-ulang..

Aku pula...tidak sabar untuk melihat komputer baru untuk makmal komputer. Malangnya akibat ketiadaan penyelaras makmal dan juruteknik, maka tanggungjawab menguruskan makmal itu diserahkan kepada Ust Zainol yang juga memegang tanggungjawab sebagai Guru Kanan Pendidikan Islam. Aku hanya membantu untuk mendapat ilmu tapi yang paling penting, aku dah ada opis kat makmal tu untuk membuka ruang untuk pengurusan data! (Dalam kepala sedang merangka AJK Pengurusan Data dan Maklumat Sekolah). Akhirnya, untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan pergerakan,  kami berdua mencari pakar dari SK Slim River (En. Hairi) untuk mendapatkan crash course bagaimana melupuskan 21 buah komputer lama. Itu tugasan aku leerrr, menjinjing le aku fail ICT dan laptop data balik ke rumah. Asus aku pulak masuk workshop dua tiga hari sebab OSnya dah ter update service pack 2 yang menyebabkan habis desktop pencong (skewed!) Rupa-rupanya OSnya tak boleh diupdate..kena stay pakai service pack 1 Adusssshhhh...

Jadual kerja aku dan Ust Zainol esok pula, kami berdua akan test satu-persatu komputer yang ada sebelum diserahkan kepada unit-unit yang berminat untuk memilikinya!

Tahun ini aku akan menggunakan pendekatan baru dalam menguruskan buku rekod. Selamat tinggal buku rekod yang perlu ditulis tangan. Tahun 2009, aku hanya memerhati je, setakat pemerhatian aku, hanya Cikgu Zul, guru kanan Sains dan Cikgu Mahfuz, penyelaras ICT yang menggunakan file menggantikan buku rekod. Nampak gaya tahun ni aku pula menyusul langkah mereka.

Apabila aku membelek buku takwim, aku paling senyum melihat tugasan yang dipertanggungjawabkan...perghhhh...best! Penolong Setiausaha Program Kecemerlangan Akademik. Best tuhhh...banyak program yang boleh aku rancang dan jalankan. Setahun aku bertenang di sekolah itu, maka 2010 menjanjikan banyak ruang untuk diteroka. Tambah pula jadual aku hanya 15 waktu seminggu yang tertumpu pada 2 kelas pelajar Tingkatan 2 dan satu kelas Tingkatan 4 menjanjikan kepelbagaian teknik  boleh dibuat, direka dan dipadukan untuk memberi yang terbaik. Dalam masa yang sama, aku juga berdebar menantikan keputusan SPM kerana tahun 2009, aku berpeluang menguji skill aku mendidik pelajar Tingkatan 5. Itu benchmark aku untuk pendekatan seterusnya...

Dalam masa yang sama aku telah memohon Grant US State Department sebagaimana yang telah aku lakukan untuk aktiviti Program Pembangunan Komuiti yang dijalankan dengan JPN Perak/Selangor/Kementerian Pelajaran. Keputusan akan keluar bulan depan. Dapat je...akan ada projek yang bakal dibuat dengan Pakar Kaunseling UPSI untuk sekolah-sekolah sekitar Batang Padang!

Manakala19 Januari sehingga 22 Januari 2010, Teachers as Intellectual Leaders in Schools and Community akan dijalankan, di mana bakal dirasmi oleh VC UPSI, Dato' Aminah Ayob dan Majlis Penutup bakal dihadiri oleh Pengarah Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato' Zulkifli...Terima kasih kepada Pengarah Projek dan semua AJK kerana berusaha merealisasikan Program ini.

Secara keseluruhannya, aku memang teruja menanti 2010 bermula...Permulaan yang baik pasti menjanjikan pulangan yang hebat!

Tuesday, December 22, 2009

Antara Dua...

kadang-kadang dalam hidup kita ini, kita di datangkan dengan dua pilihan. Seorang yang serba serbi nampak gah di mata semua orang tetapi tidak dari pandangan kita. Dan seorang yang cukup kita selesa dengan kehadirannya, yang dapat menghiburkan hati kita saat kita sedih, sanggup bersabar dengan kerenah kita dan kehadirannya cukup membuatkan kita terusik...

si A dalam perjalanan

Si A sedang dalam perjalanan. Lama dah perjalanan dia. Dari satu destinasi ke destinasi dia mula kenal tentang kehidupan. Masih dalam ingatannya lagi bila dalam satu destinasi, dia mula kenal huruf ABC, nombor 123, mula kenal kawan dan mula kenal alam remaja. Ah, dia merasakan kehidupannya sangat bermakna bila dapat mengenali semuanya ini dalam perjalanannya.

Si A masih dalam perjalanan. Dia berjalan sambil memerhatikan ragam manusia di sisi nya, di hadapannya, di tepinya dan di belakangnya. Dia masih memerhatikan. Masih mentafsir setiap apa yang berlaku di sekelilingnya. Benarlah kata-kata seorang ulama', manusia yang bijak adalah manusia yang membetulkan kekurangan diri melalui kesalahan orang lain.

Si A teruskan perjalanannya. Tidak puas memerhati, ada kala, dia turut terhenti dan bertanya kepada si pelaku. "Kenapa engkau buat macam tu?" Setelah lama masa mendengar masalah si pelaku, lalu jiwanya gundah merasakan setiap yang diceritakan itu benar. Dia turut menyalahkan si pesalah. Namun, dia bertuah kerana perjalanan yang jauh itu menjadikan dia banyak berfikir. "Aku tidak boleh mengikut kata sebelah pihak sahaja, aku kene tanya pada pesalah itu juga, mungkin ada yang aku tak tahu. ". Untuk tindakan bijak, si A mesti bertanya agar dia tidak turut bergelumang dalam dosa berburuk sangka. Lalu benarlah apa yang dia sangka, rupanya ada cerita lain di sebalik itu. "Ah, mujur pengalaman sudah mengajar aku untuk bertindak mengikut rasional"

Si A tidak jemu dengan perjalanannya. Dia merasakan perjalanannya sangat mengujakan. Lalu dia tidak sabar untuk memulakan langkahnya semula setelah berhenti seketika memikirkan masalah yang dihadapi. Dia masih memerhatikan manusia berpusu-pusu berlari, tapi terhenti lama di satu tempat. Setelah lama manusia itu terhenti, barulah dia meneruskan perjalanan. Teringat satu pesanan sahabatnya, dalam perjuangan, jangan cepat-cepat marak apinya, takut nanti bila sudah habis minyak tanahnya, apinya akan malap sebelum tiba masanya. Berbeza dengan api yang sederhana, tapi terang dan cahayanya masih bertahan lama. Lauk pun tak cepat hangus, malah lebih sedap pulak dari api yang marak tadi yang hanya masak di luar tapi mentah di dalam. Ah, bahagianya ada pengalaman ini.

Si A tidak pernah mengalah, dia tetap bersemangat dengan perjalanannya. Masih teriang-iang di hati dan di kepalanya untuk menyerahkan kayu api yang dia cari ini untuk TUANnya. Dia rasa bahagia dalam mencari kayu apinya itu kerana dengan kayu apinya itulah dia dapat berjasa pada TUANnya. Dapat masakkan untuk TUANnya, malah dapat menggembirakan TUANnya. Tapi, dia melihat seorang manusia itu, mengutip kayu api yang basah untuk TUANnya. "Ish, sebagai seorang hamba, adakah wajar dia melakukan sedemikian. Kan seolah-olah tidak ikhlas nampaknya. Semoga kayu api aku semuanya dalam keadaan yang baik". Gurrrrrr. Bunyi guruh menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Belum pun sempat si A hendak mencari tempat berteduh, kayu api nya telah basah kerana hujan turun. "Astagfirullah, macam mana dengan kayu aku ini" Lalu dia terfikir apa yang dia telah sangka-sangkakan pada seorang hamba tadi. Lalu dia beristigfar. Tidak sepatutnya dia menyangka bukan kerana sebuah hadis qudsi telah menyatakan bahawa ikhlas itu adalah rahsiaKU. Astagfirullah. Namun dia masih meneruskan perjalanan, tanpa disedari, cahaya matahari yang menyinar terang telah mengeringkan kayu apinya. "Mudah-mudahan kayu api ku ini akan terus dalam keadaan terpelihara sehingga aku sampai bertemu dengan TUANku.

Si A menerima pelajaran dari apa yang berlaku tadi. Lalu, dia semakin berhati-hati. Tiba-tiba dia terjumpa dengan seorang lelaki tua yang dalam keadaan dhaif, yang tidak punya apa-apa. Lalu dia menghulurkan bantuan. Dia terhenti sebentar dan mendengar kisah lelaki tua itu. Dia kata, dia sesat, dia ingin mencari jalan pulangnya tapi tidak bertemu. Lalu si A merasakan simpati. "Apa kata pakcik ikut sama dalam perjalanan saya, mana tahu, pakcik akan ingat sambil mengikut saya nanti" Lelaki tua itu berasa gembira sekali lalu dia mengikut si A dalam perjalanannya. Dalam perjalanan dia mengajarkan tentang kegunaan kayu api, dan apa yang boleh dibuat kayu api. Dia juga memberi sedikit kayu api untuk menghangatkan badan pakcik itu. Lelaki itu berasa bersyukur sangat lalu dia sangat berhajat untuk memberikan satu kunci rumah kepada si A. Pada mulanya si A keberatan tetapi setelah dipujuk-pujuk lalu dia menerima. "Engkau akan bertemu dengan sebuah rumah dalam perjalanan engkau nanti. Masuklah dan segala isi di dalamnya adalah milik engkau" Begitulah pakcik itu berkata. Di suatu hentian, pakcik itu berkata, "Pakcik dah ingat tempat ini, pakcik minta diri dahululah ye, satu hari nanti kita pasti akan bertemu semula. Semoga selamat dalam perjalanan" Lalu si A melambai-lambai tangan kepada pakcik itu tanda perpisahan.



Si A masih meneruskan perjalanan. Sambil dia tercari-cari alamat rumah yang dia katakan. Apakah isi di dalamnya?. Tiba-tiba, dia terhenti pada sebuah rumah agam yang besar. "Betul ini alamatnya. Tak ku sangka pakcik tadi kaya rupanya." Lalu si A mengetuk pintu, dan keluarlah seorang wanita yang cantik bak bidadari. "Siapakah tuan hamba ini dan atas urusan apakah tuan hamba bertandang ke rumah ayah hamba?". Lalu si A menyatakan peristiwa yang menimpanya. Wanita itu mendengar dengan khusyuk sambil ditemani dayang-dayangnya. Dan wanita itu tersenyum lalu si A terpaku dan melopong dengan keayuan bidadari dunia itu. "Benarlah cerita yang tuan hamba nyatakan dan hamba bersedia untuk memenuhi keperluan separuh tuan hamba. Lelaki yang tuan hamba bertemu itu telah mewasiatkan bahawa akan ada satu lelaki datang memegang kunci itu yang dia katakan bahawa lelaki itulah pembimbing hamba. Hamba harap tuan hamba sudi menerima hamba sebagai isteri tuan." Lalu terkejut mendengar perkataan wanita itu, dia meminta izin pada wanita itu untuk mengutus surat pada TUANnya agar mengizinkan dia untuk beristeri. "Harap tuan puteri dapat menerima permintaan hamba ini kerana hamba ini milik TUANku, dan hamba perlu menunggu surat balasan dariNYA". Lalu si A berutuslah surat pada TUANnya. Selang beberapa lama, dia mendapat surat balasan yang menyatakan bahwa dia dibenarkan untuk beristeri. Lalu, berlakulah ijab dan qobul. Si A bertambah gembira kerana ada pembantu di sampingnya dan isterinya juga telah mencukupkan keperluannya untuk memenuhi permintaan TUANnya di dalam surat itu agar membawa kayu api yang lebih banyak.

"Sayangku, aku ingin meneruskan perjalananku. Lalu aku ingin membawa adinda turut serta dalam perjalanan bertemu TUANku. Sudi kiranya bidadari ku hadir bersama bertemu dengan TUANku?". Lalu, satu senyuman yang sangat indah terukir di wajah isterinya, "Bukankah kedudukan isteri di sisi suaminya sentiasa? Dan aku akan sentiasa menurut kata kekanda" Lalu, bermulalah perjalanan sepasang suami isteri menuju ke tempat yang ingin dituju oleh suaminya. Dalam perjalanan, banyak suka duka yang mereka lalui. Sambil berjalan, mereka melihat pasangan-pasangan lain. Ada isterinya membentak-bentak mengheret suaminya ke jalan yang salah, lalu tersesat di dalam hutan, ada juga suaminya yang mabuk, lalu terhuyung hayang mengarahkan isterinya ke arah yang salah, dan ada juga kelihatan sepasang suami isteri yang kehadirannya menggamit masalahnya kepada pasangan yang lain. "Itulah kehidupan berumah tangga wahai isteriku. Dan aku ingin membawa engkau selamat sehingga bertemu TUAN kita di hujung jalan nanti. Aku harap agar engkau tidaklah mengikut contoh-contoh yang telah engkau lihat tadi." Si A berpesan pada isterinya lalu disambut oleh isterinya dengan jawapan, "Sesungguhnya kehidupanku dan perjalananku adalah untuk berbakti padamu, wahai suamiku" Lalu, mereka berpegangan tangan dan berjalan seiring bersama-sama.

"Aku luka, wahai isteriku. Pergilah bertemu dengan TUAN kita dan sampaikan pesananku yang aku akan sampai lewat" Dalam perjalanan, si A telah tercedera kerana tercucuk duri tajam yang berbisa dan dia terpaksa berhenti. "Tidak, aku tidak mahu meninggalkanmu, aku akan sentiasa di sisi engkau dan aku akan berusaha untuk mencari penawarnya" Lalu, menitis air mata si A kerana sesungguhnya dia memiliki isteri bukan sahaja bidadari dunia malah mempunyai keluhuran budi. Si A menyentuh wajah isterinya lalu dia tersenyum. Sepanjang si A dalam kesakitan, isterinya lah yang bertungkus lumus mencari penawarnya. Tidak sesekali pun terniat di hati si isteri untuk meninggalkan suaminya. Maka, segala usahanya telah membuahkan hasil, lalu, si A sembuh dan berupaya untuk meneruskan perjalanan. "Terima kasih isteriku"

"Makanan kita hampir habis. Takpalah, kita berteduh di sini dahulu dan kita bercucuk tanam. Boleh kiranya hasil tanaman kita nanti kita persembahkan pada TUAN kita nanti. Wah, banyaknya yang ingin kita persembahkan, kayu api, makanan, malah hasil tanaman. " Mereka berdua membina rumah, dan bercucuk tanam. Mereka melakukannya dengan penuh kasih sayang walaupun ada tanamannya itu mempunyai duri namun mereka masih memberikan kasih sayang kepada setiap tanaman tanpa mengurangkan sedikit pun. Namun setiap tanamannya mempunyai sukatan yang berbeza-beza dalam menggunakan air dan baja, lalu dengan kesesuaian tanaman itu, dia meletakkan secukupnya bagi setiap tanaman. Akhirnya menjadilah tanaman mereka. " Wah, bekalan kita sudah mencukupi, rasanya, elok kita memulakn perjalanan kita." Lalu, bermulalah perjalanan mereka semula sambil membawa hasil tanaman mereka dan kayu api. Tetapi perjalanan mereka tidak hanya dengan berjalan kaki sahaja. Mereka sudah mula membawa kenderaan bagi mengangkat semua hasil tanaman, kayu api dan semua bekalannya.

"Ah, isteriku, kita sudah hampir ke rumah TUAN kita. Aku harap agar TUAN kita akan gembira menerima apa yang kita bawa, dan semoga atas rahmatNYA, DIA sudi membenarkan kita berada di taman terindahNYA. " Dan mereka teruskan perjalanan dan tetap meneruskan perjalanan. Dan sesungguhnya penilaian TUANnya itu hanya mereka sahaja yang ketahui. Setelah apa yang mereka tempuh, semoga setiap surat-surat yang diutuskan dalam perjalanan mereka, TUAN mereka dapat menilainya dengan sebaiknya.

THE END

************ ********* ******
Begitulah yang ingin aku gambarkan perjalana kehidupan kita. Seperti pesan Rasulullah, kita umpama musafir, bila kita berhenti berehat, maka itulah dunia. Dan setelah penat hilang, kita akan teruskan perjalanan kita sehingga bertemu dengan Pemilik hati-hati, Allah swt.

Aku gambarkan si A itu adalah seorang manusia yang berusaha mencari amal ibadat (Kayu api). Dalam pencariannya, dia menemukan berbagai dan bermacam perangai manusia. Lalu dengan kebijaksanaan dia, dia bermuhasabah agar dia menjadi semakin baik. Dia berada dalam sangkaan manusia, dia berada dalam masalah manusia, dia juga diuji dengan keihklasan ibadat manusia. Lalu dipaparkan mengenai hadis qudsi bahawa ikhlas itu rahsia Allah. Biarlah kayu apinya basah sekalipun, namun atas bantuan cahaya matahari, kayu apinya tetap akan berguna buat dia. Tidak usahlah kita pertikaikan apa yang sekeliling kita lakukan kerana penilaian DIA adalah di luar sangkaan kita.

Kita selalu sahaja memikirkan tentang manusia-manusia sehingga di dalam pemikiran mereka bahawa diri sendirilah yang terbaik. Aku selalu mendengar kisah-kisah manusia yang sering kali mengandai-andaikan dan menimbang-nimbang amal ibadat sedangkan mereka tidak teringat khabar berita mengenai keikhlasan itu adalah rahsiaNYA dan hanya DIA sahaja yang berhak menilai dan memberi ganjaran sesuai dengan tingkatan iman masing-masing. Kita harus yakin, kayu api kita akan kering dan berguna untuk kita, maka, beramallah seikhlasnya dan berusahalah mencari keikhlasan itu.Moga Allah mendengar rintihan kita setiap hari.

Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki tua dan membantu lelaki tersebut mencari jalan. Dialah amal jariah si A. Dan tidak tersangka-sangka dia menerima hadiah yang sangat istimewa, seorang peneman yang setia di sisinya lantaran dari amal jariahnya yang ikhlas membantu manusia. Dia tidak pernah mengimpikan tetapi perjalanan hidupnya lah yang telah menemukan mereka lalu pertemuan itu mendapat berkah dari TUAN (ALLAH) apabila dia berutus surat (Istikharah) . Lelaki itu tidak berani berbuat sebarang tindakan tanpa pengetahuan dan pandangan dari TUANnya. Ah, indah sungguh perjalanan ini jika aturannya mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Allah.

Kita sering lupa, destinasi hidup kita. Kita juga sering sahaja terkeliru tujuan hidup kita. Benar, ku selalu mendengar kisah-kisah manusia yang matlamatnya" aku ingin berkahwin dengan si polan bin si polan", "aku ingin meminang si pulanah binti si pulan". Malahan, ada juga yang menjadikan perkahwinan itulah satu tujuan hidupnya. Sebenarnya, jodoh itu adalah satu pemberian Allah dalam pencarian kita. Dia akan hadir, sama ada cepat atau lambat, bergantunglah pada Allah. Apa yang menjadi matlamat kita adalah menyembah Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah al- an'am yang bermaksud "Dan Aku  tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku ". Beramallah, dan buatlah amal jariah, dan DIA akan mudahkan pertemuan kita dengan jodoh kita. Matlamat kita adalah bertemu dengan Allah swt beserta membawa amal kita untuk membantu kita. Berusahalah. Berusahalah...

Juga, dalam perjalanan itulah, dia telah bercucuk tanam menghasilkan tanaman yang bagus sekali. Itulah anak-anak mereka yang mengiringi mereka untuk bertemu Tuhan sekalian alam. Dan sesungguhnya, anak yang soleh akan memberikan kegembiraan pada kita di akhirat nanti. Pengalaman yang banyak menjadikan ianya tukaran kepada kita sebagai kenderaan yang memudahkan kita untuk bertemu dengan TUAN kita. Yalah, bila pengalaman telah pun banyak, mana mungkin kita akan tertipu dengan tipuan duniawi. Moga kita menerima kenderaan itu secepatnya agar mudahkan kita meniti perjalanan yang sangat berliku ini.

Ya, wahai sahabatku, kita dalam perjalanan dan sampai satu saat nanti, kita akan bertemu di sana, bertemu TUAN kita, dan sedarlah kita semua adalah dalam pangkat hamba-hambaNYA sahaja. Tidak perlulah bermegah-megah sehingga lupa, kita ini hanya taraf hamba yang tidak memilik apa-apa pun. Dan semuanya adalah pinjaman yang DIA berikan untuk mencari kayu api kita. DIA hadirkan segala-gala yang di sekeliling kita adalah untuk kita memahami hakikat kehidupan kita, hakikat kita di dunia ini sebagai hamba yang mencari-cari. Buatlah salah sebanyak manapun, tetapi akhirnya kita tetap akan pulang ke pangkuan Ilahi. Bertaubatlah sebelum kita dipanggil, sesungguhnya ku nukilkan falsafah kehidupan ini untuk aku serta mengajak sahabat-sahabat merenung kembali, untuk apa kita berada di dunia ini...

Berusahalah dalam perjalanan kita ini. Mudah-mudahan TUAN kita akan menerima kayu api, makanan dan hasil tanaman kita. Dan janganlah berputus asa, sesungguhnya DIA sentiasa berada dalam sangkaan kita.


Thursday, December 17, 2009

Gila Kerja atau Kerja Gila??

Cuti sekolah...tapi tak sehari pun aku cuti sekolah....hehehehe....aku dah masuk zon gila kerja kerja gila kut!

Memang best!

Malam ni tengah practice teknik trading yang baru! Menyambil pula mencari idea untuk grant proposal baru. Hidup mesti ada matlamat ek?!

Prof Omar mencetuskan satu pemikiran baru untuk aku. Rupa-rupa setiap grant yang diterima mempunyai nilai dalam agenda profesionalisme dan akademik. So, sementara peluang ada...meh kita rebut dan berkongsi!

Tuesday, December 15, 2009

Congrates Preema Yin Ranee...

Check it out guys....Tarcisian made it....


Aku baru dapat tengok music video Preema Yin! Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya...Kalau korang ingat, ini adalah top student SPM 2005 okay!! (9A1)...One of my many favourite hockey players yang bagi kita menang 2nd place peringkat daerah (for first time)!Sir Chris mesti bangga punya!!!

Tahniah untuk Tarcisian Angels!!