Monday, February 11, 2008

Kisah Seekor Ikan

Ikan siakap bakar yang memang favourite ramai orang tapi bukan mudah nak disediakan kerana cara disiangkan memerlukan teknik yang betul dan bersesuaian.
Ada satu kisah menarik yang dapat dijadikan renungan buat semua rakan maya ku...
Beberapa hari lepas, aku teringin nak makan ikan siakap bakar tetapi aku memang kalah dalam bab menyiang ikan...kalau menyiang tak tangan aku luka, pastinya ikan akan hancur!
Habis semua yang ada dalam rumah aku pujuk rayu dan goda untuk menyiang ikan itu dengan cara yang aku nak...apa yang payahnya ialah aku tahu bagaimana keadaan dan rupa ikan itu perlu disediakan tetapi si penyiang tidak diberikan gambaran yang jelas bagaimana ikan itu harus disiangkan.
Terkial-kial lah si penyiang yang datang nak membantu aku dan aku pula dalam keadaan, kau mesti ikut apa yang aku nak dengan cara yang aku nak. Akhirnya si penyiang yang mulanya datang dengan niat berkobar untuk menyiang meninggalkan aku terpingga-pingga sendiri. Apa tidaknya, cara letak papan, aku yang gayakan, pisau mana yang sesuai, aku yang tetapkan dan akhirnya dalam minda si penyiang, baik aku yang lakukan sendiri sebab aku je yang tahu apa yang aku nak.
Di mana kesilapannya?

4 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam...

:: begitulah yang selalu berlaku di sekolah... di rumah atau di mana2 organisasi... mungkin kedua2nya tersalah dan tersilap jangka... yang sorang tu suka mengarah je tapi tiada kemahiran melakukan sebagaimana yang diingininya sendiri... manakala yang sorang lagi tu... tidak diberikan sedikit pun kebebasan melakukan sesuatu... perlu melalui langkah2 tertentu tanpa kecuali... sedangkan dalam masa yang sama... mungkin dia punya kemahiran melaksanakan tugas itu... mengikut langkah2 yang sedikit berbeza... tapi bermatlamat yang sama...

:: agak2 je nii...

Sharifah Hassan said...

"Persepsi" bahawa aku pandai dan aku lebih tahu?

"Persepsi" bahawa aku bodoh dan diperbodohkan?

"Persepsi" bahawa aku pandai tapi selesa membodohkan diri?

"Persepsi" aku bodoh tapi tunjuk pandai?

Anonymous said...

Aku suka Pepsi.. boleh nyampuk ke?

Sharifah Hassan said...

salam anonymous...

Hahahaha...saya tak leh minum air berkarbonat...asyik burppp....