Friday, February 22, 2008

Thanks PakTeh!

Kadang-kadang inspirasi ni datang dengan tidak dijangka...

Bila aku boring, biasanya aku melanggut TV je, kalau dak, aku melayan si Sufi dengan macam-macam karenah budak umur dua tahun...sambil-sambil membaca blog orang...kalau rajin aku tinggalkan komen, kalau tidak aku sekadar baca komen orang je.

So just now, aku masuk blog PakNgah, baca pasal ulat sago yang montel-montel untuk dijadikan kudapan, kemudian aku ke blog PakTeh, kat sini, aku lama sikit sebab tertarik dengan isu "checkmate" dan tiba-tiba datanglah inspirasi!

Beberapa hari ni aku sedang berperang dengan masalah besar (bagi aku sangatlah besar) tapi bagi orang di sekeliling, masalah tu macam nothing je. Itu yang aku jadi mandom sangat ni.

Aku sekarang rasanya dalam proses "transformasi" dari ulat sago nak jadi kumbang badak kut! (pinjam komen blogger di blog PakNgah) sebab dari guru English kena jadi guru Bahasa Melayu. Turnover 360 degree!

Masalahnya bukan mudah nak memudahkan sesuatu yang biasanya dipandang mudah oleh ramai pihak. Mengajar BM memang dianggap mudah bagi kebanyakan guru yang tidak mengajarnya...termasuk aku la! Tetapi bila aku dicampak ke kancah dunia baru, terkial-kial aku dibuatnya. Akhirnya dicelah-celah Bahasa Melayu aku yang memang bahasa buku...terselit juga Englishnya! Nak buat camna...

Kekangan utama aku ialah bila mengajar dengan minda kosong kerana walaupun ramai yang berkata pendekatan/approach pengajaran bahasa biasanya hampir sama tetapi perjalanan proses transformasi tu yang menyebabkan aku asyik tersadung je. Semalam, contohnya...dalam buku sastera "Seuntai Kata untuk Dirasa" ada pantun perpisahan 7 rangkap di mana setiap rangkapnya ada 4 baris tapi dalam nota yang aku baca, ia dikenali sebagai pantun 8 kerat...
CONFUSING la...Penyelesaian aku...sms dan tanya je member yang ngajor BM dan betulkan nota aku tu sambil bagi tau kat pelajar kalau saya salah, salah lah awak semua!

Salut la pada cikgu-cikgu yang mengajar BM...Rupa-rupanya bukan mudah nak mengajar bahasa ibunda. Kadang-kadang rasa lebih mudah mengajar English sebab menurut rakan aku, pelajar tidak ada bandingan bila belajar English tetapi dalam Bahasa Melayu, akan sentiasa ada bandingan antara bahasa pasar dan bahasa persuratan. Bukan mudah nak perbetulkan anak murid bila keadaan itu sudah sebati dalam jiwa mereka.

Positive mind aku berkata...ini adalah satu proses "overhaul" yang perlu dilalui oleh sesiapa sahaja yang sedang menjalani kehidupan baru. Kena bawa kereta tu slow-slow sebab enjin baru!!! Maka aku juga begitu, kena slow dan sabar dalam proses ini. Ini kerana bukan mudah untuk mengubah budaya yang sudah sebati dengan diri kita dan mengubahsuaigunakan budaya baru dalam budaya kita yang sedia ada itu...

2 comments:

Dinesha said...

teacher dinesha here....ur blog is so cool....teacher can u plz tell me hw to link the blog................

taipingite said...

ask Vaish! She knows...