Tuesday, March 25, 2008

Hak Anda

Pada hari Ahad lepas, dalam pukul 7.30 pm, ntv7 siarkan sebuah rancangan bertajuk "Hak Anda". Aku rasa rancangan itu bagus untuk ditontoni oleh masyarakat kita kerana ia memaparkan hak-hak kita yang perlu diketahui. Tajuk minggu lepas sangat menarik iaitu hak ibu tunggal dan hak dalam penceraian. Aku sendiri terkejut bila rating penceraian yang begitu mendadak di Malaysia, berakhir tahun 2007, seramai 20 131 pasangan telah memfailkan penceraian ( keluarga Islam) ~ Merujuk Informasi Hal Ehwal Islam.
Dan aku mula menyedari bahawa ramai pasangan Islam yang tidak mengambil berat soal-soal membina keintiman dalam hubungan suami isteri. Aku sendiri hairan kenapa layanan semasa jadi girlfriend lain berbanding bila dah jadi isteri. Begitu juga semasa menjadi boyfriend dan bila dah jadi suami. Kenapa keakraban dan keintiman yang wujud semasa bercinta tidak dibawa bersama dalam bahtera perkahwinan. Salahkan jika si isteri dilayan macam melayan girlfriend? Atau salahkan jika suami itu diibaratkan seperti boyfriend.
Hairan aku bila memerhatikan pasangan yang ada diluar sana, masa belum bernikah, berkepit dan melekat lebih dari belangkas. Bila dah kawin, nak sentuh bahu pun malu....Apa daaa?

2 comments:

Anonymous said...

Sesuatu yang memang menyedihkan, namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Pasangan melayu seolah-olah 'taboo' untuk mempamerkan sentuhan-sentuhan kemesraan selepas perkahwinan, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Persoalannya, mengapa kita 'mengharamkan' sesuatu yang halal, bila mana yang haram itu rela 'dihalalkan' ketika belum berkahwin ? Fikir-fikirkan....

Sharifah Hassan said...

Salam Ano..

"Malu tak bertempat" sehingga menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan.

Dan ia diterima pakai pula...Aneh!