Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang yang suka beribadah
disangka riak
Orang yang relax
disangka malas
Orang yang pakai baju baru
disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk
disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak
disangka pelahap
Orang yang makan sikit
disangka diet
Orang yang baik
disangka buruk
Orang yang buruk
disangka baik
Orang yang suka senyum
disangka mengejek
Orang yang masam
disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah
disangka mengumpat
Orang yang diam
disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan
disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria
disangka membela
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya
2 comments:
salam maulidurrasul...dh sihat alhamdulilah...
Salam kembali...hahahah..macam mana di sana? Di sini hujan sentiasa...
Post a Comment