Tuesday, March 18, 2008

Hampeh...

Laptop HP aku dah selamat! Screen pecah! Dan ghega screennya lebih dari RM2400...Aku tinggal nak buat baca talkin jerrr...
So hari ni pergi survey "hubby" baru! Fussshhh...mahalnya nak masuk meminang...tak ada yang kurang dari RM2500 untuk sebuah laptop HP. Rasa macam nak korban gaji bulan ni je! Macam boleh...Hak..hak..hak..
Kadang-kadang betul juga bila difikirkan apa yang mak aku bising-bisingkan, dia selalu pesan, lepas pakai simpan, jangan tinggal bersepah tapi biasalah bila dah jadi baru nyesal! Apa pun dalam masa terdekat, tak ada laptop pun masih hidup cuma banyak kerja yang terbengkalai terutama semua kerja-kerja clerical yang tersimpan termasuklah claim pindah yang kena buat lain...Hwwwaaaaahh!
So alternatif yang diberikan oleh doktor laptop aku ialah, tak payah buat bedah siasat tapi buat cantum semula bahagian mana yang boleh dipakai dan jadikan desk top. Perghhh...komform Sufi lepas ni main game tak lah sampai rebut dengan mak nya...Selalunya memang berebut dengan dia sebab ada game yang dia suka main...mak nya pula sibuk nak "bertenet" cari bahan dan rujukan untuk hobi terbaru!
Bab komputer ni, aku selalunya serah pada yang pakar kerana kepakaran aku bukan pada nak format, atau nak instal atau nak uninstall atau nak tambah-tambah RAM!! Bagi aku sebuah komputer, kegunaannya ialah menggunakan ia untuk menyelesaikan masalah!! Bab cari masalah, itu kena bagi kat doktor komputer! So aku memang suka bila dapat tahu ramai pakar kat sekolah aku yang fulamak, terror bab baikpulih komputer, ada gak yang cuba mengajar, tapi akhirnya aku sedar bahawa minat aku bukan pada apa ada dalam komputer tapi apa yang boleh aku gunakan dengan sebuah komputer!
Sekarang ni aku dengan tidak sabar menunggu jadual baru aku, apa yang aku tahu aku akan ajar 2 kelas Form 1 dan 2 kelas Form 2 untuk English. Kemudian aku ajar 4 kelas PJK...best ajar PJK sebab banyak benda yang boleh dibuka minda untuk para pelajar kat sini.
Paling best ialah aku dapat ajar blog design untuk pelajar di sini. Tambahan pula aku dapat tahu mereka memang minat dengan komputer. Banyak kegunaan komputer dalam kelas kalau cikgu rajin explore. Masa aku di TCS, kekangan utama ialah nak share 9 komputer yang ada internet line dengan 41 orang pelajar tapi jadi gak projek aku...Kat sini ada DUA lab yang masing-masing 20 biji komputer yang berarus tinggi...Kompom lepas ni boleh buat webquest dengan pelajar.
Satu hal yang aku selalu proaktif ialah, tak ada pelajar yang lemah atau "bodoh" cuma ,mereka tidak tahu. Our job as a teacher is to let them know...that's all.
Hari ini aku lontarkan soalan : Kenapa saya ke sekolah. Beri 20 sebab.
Ramai pelajar yang terdiam kerana mereka sendiri "TIDAK TAHU". Aku gunakan pendekatan "Makan", kenapa kita makan, maka ramai pelajar yang menjawab sebab "lapar". Soalan aku seterusnya adakah kerana lapar saja ke? Ramai di antara mereka yang memberi jawapan loyar buruk yang memang aku sentiasa terima pakai supaya mereka berpeluang meluahkan isi fikiran mereka.
Akhirnya ramai yang faham bahawa sekolah ialah sebuah dunia kecil yang serupa dengan dunia sebenar. Keadaan yang dilalui oleh pelajar adalah sama dengan keadaan yang dilalui oleh orang dewasa di tempat kerja ataupun semasa melalui kehidupan harian mereka. Untungnya pelajar ialah mereka mempunyai guru untuk menunjukkan arah kepada mereka supaya tidak sesat. Malangnya ramai guru sendiri "sesat" dalam dunia mereka sendiri!
...dan aku mula melihat lajunya sebatang pen berjalan memenuhi 20 sebab kenapa saya ke sekolah!
20 sebab kenapa aku ke sekolah?
wahai pembaca blog yang setia..cuba anda sendiri menjawabnya...mesti kacang je!
~Alahai sementara nak sampai laptop baru, berebutlah aku di sekolah dengan bebudak form 6 di makmal komputer!

2 comments:

DeLinn said...

1. Sebab nak jumpa kawan2
2. Sebab nak jumpa cikgu cute
3. Sebab nak jumpa secret admire
4. Sebab nak cari ilmu (jatuh no. 4? hahahaaha)
5. Sebab sekolah tu wajib pegi. Kalau tak pegi, parents marah.

6 cukup lah. Malas pulak nak pk lagi. Tu pun jawapan langsung tak ilmiah ahahahah.

Teruk la saya ni :D

Sharifah Hassan said...

Salam De Linn...

Kebanyakan pelajar pun sampai kat no 6/7 je...maleh nak pikir! apasal jadi gitu ek?