Friday, March 21, 2008

Yang Santai...

Hari ini aku melakukan sesuatu yang telah lama ingin aku lakukan...Pakai braces atau pendakap gigi!! Dah besar gajah baru dapat susun balik gigi yang tak cun! hahahah...yang hampeh nya ialah pukul 1 pm aku ada sessi dengan kumpulan Amanah Ikhtiar di Kampung. Nasib baik tempat mesyuarat mereka hanya di surau sebelah rumah...Dengan gigi beku, aku cuba juga bersuara dan bercerita...
"Kakak, Makcik, saya ni sebenarnya nak bagi tau tentang Persatuan Peladang dan kegunaan Jabatan Pertanian kepada semua. Dan bagaimana kita boleh tubuhkan KPW iaitu Kumpulan Pengembangan Wanita..."
"Kalau kak nak belajar buat sos boleh?..."Boleh!"
"Kalau kak nak buat Tauhu, boleh?"..."Boleh"...
Wah...seronok rupanya bila aku berjaya membuka minda makcik-makcik dan kakak-kakak di kampung aku!
Akhirnya sessi yang dijangka berlangsung hanya 20 minit melarat kepada hampir satu jam lebih..nyaris aku tak terlewat ke sekolah hari ni...
Sebenarnya banyak peluang yang terbuka kepada masyarakat kita kerana kerajaan yang ada bukan sahaja untuk memimpin tetapi juga berusaha membangunkan kita SEMUA! Peluang yang ada seringkali dikaut oleh orang lain dan kita selalu suka menyalahkan sesiapa sahaja tetapi bukan diri sendiri bila kita terlepas peluang...
Banyak kursus secara percuma ditawarkan oleh Jabatan Pertanian dan juga Persatuan Peladang. Begitu juga banyak dana dan bantuan modal yang disediakan untuk mereka yang berminat untuk memulakan pertanian atau perniagaan...Bila lagi?
Okay..selamat berhujung minggu...Esok, Sabtu aku akan ke Kampar..tengok rumah baru adik aku...ciss rupa-rupanya rumah PPRT pun dah jadi rumah sewa..RM 200 pula tu...
Hari Ahad, aku akan terlibat sebagai tenaga pengajar/ Fasi untuk Kursus Asas Cenndawan Tiram kelabu di Taiping bersama Bekas Pegawai Mardi, En Arif, seorang penyelidik dalam bidang cendawan selama 25 tahun....itulah hobi baru aku sekarang!
Caiyook!

4 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... SYABAS & TAHNIAH...

Sharifah Hassan said...

Salam kembali,

Apa rancangan PakNgah bila pencen nanti? Mesti banyak yang tersimpan dan dilipat rapi menanti masa dibuka satu-persatu...kalau rasa sesuai, ingin saya join sekali!!

Seronok bila melakukan sesuatu di luar jangkaan dan memberi kepuasan yang tak terucap dengan kata-kata!

Pak Ngah: said...

:: salam... rancangan tu satu cerita... sampai ke tidak kepada umur pencen tu satu cerita lain pulak... KAHKAHKAH...

Sharifah Hassan said...

Salam,
Yang penting ber rancangan dari hanya rancang je!
Bab sampai ke umur pencen, tak salah kalau rancangan tu dilebihkan sedikit sehingga lepas pencen!! Hak..hak...hak...