Thursday, May 29, 2008

Calling for All TMGS old girls

Attention: TMGS Taiping is now in such a dire state...need a makeover ASAP!


Terima kasih kak Radiah kerana menyedarkan saya untuk mula memberi setelah menerima...will see what I can do.

Kalau ada di antara pembaca di sini pernah menuntut di Treacher Methodist Girls' School Taiping, diharap dapat berhubung dengan Pengetua (Pn Noriza) untuk mendapatkan malumat tentang kedaifan bangunan yang bakal berusia 120 tahun tahun hadapan. So those class of 1989 (including me!), come on, lend a hand to make the school a safer place for our children. Banyak bangunan lama yang perlu diperbaiki.

Satu perkara yang ramai orang tidak tahu ialah peruntukan kerajaan TIDAK disediakan bagi pembaikan atau pemuliharaan bagi bangunan sekolah missionary seperti Sekolah Convent dan Treacher. Kerajaan hanya menyediakan peruntukan untuk pembelajaran dan pengajaran pelajar sahaja menyebabkan banyak sekolah missionary mempunyai bangunan yang daif dan mengalami kerosakan teruk kerana tiada peruntukan.

Dan sesiapa yang berminat untuk "sponsor" harap sangat dapat berhubung terus dengan pengetua TMGS Taiping.

sila ke sini untuk maklumat lanjut

Sambutan Hari Guru Negeri Perak

3 state debaters.. From the left: Me, Honey and Darling!
Waaah! Terasa macam ratu Kebaya pula! Tapi apa yang paling teruja buat kami bertiga ialah hadir sebagai penerima award/hadiah bagi kategori Johan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Perak. Terasa dihargai walaupun sekadar Naib Johan Zon Utara dengan Honey sebagai pembahas terbaik bagi Kategori Semi Final dan Jaginder sebagai pembahas untuk peringkat Final. Sayangnya kekalahan Perak diperingkat Zon hanyalah kerana 3 tajuk berbeza telah dibentangkan. Speaker Dewan membaca tajuk lama, manakala Penang sebagai pihak kerajaan telah membawa tajuk yang tertinggal satu perkataan dan Perak sebenarnya telah membuktikan kesilapan tajuk pihak kerajaan namun begitu peraturan bahas ialah jika berlaku percanggahan tajuk maka secara outomatiknya pihak kerajaan akan memenangi perbahasan tersebut. Tapi Penang kalah awal-awal lagi di peringkat kebangsaan...
Sambutan Hari Guru 2008 telah diadakan di Manjung. Sepatutnya Datuk Alimuddin yang datang merasmi tetapi diganti oleh Pengarah Bahagian Sekolah. Kuranglah sikit glamer majlis tersebut. Dan tahun ni nampak macam kurang sangat award yang diterima oleh sekolah. Banyak guru sendiri yang naik ke pentas bagi pencapaian peribadi.
Dan buat kali pertama aku melihat bagaimana tokoh guru diraikan. Mantan Pengarah Bahagian Sekolah yang bersara pada 2007 merupakan Tokoh Guru Perak yang mempunyai latar belakang cukup menarik untuk dijadikan sebagai role model guru-guru baru.
Sempat jugalah aku berkenalan dengan PPD LMS yang baru kali pertama bersua muka. Tahniah juga kepada HEM SMK Anderson yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan PPD Kinta Selatan, begitu juga dengan pegawai Bahasa di JPN yang dengar kata akan melanjutkan perkhidmatan dua tahun lagi.
Semoga award ini akan menjadi penggerak untuk aku bergerak maju dalam dunia pendidikan!

Saturday, May 24, 2008

Karnival Bahasa


Hari ni...aku ke Teluk Intan untuk menjadi hakim public speaking peringkat negeri Perak...Penat! Tapi yang syioknye..hehehehe sekarang ni jadi hakim dapat RM30!
Esok balik dari Teluk Intan terus ke Sungai Petani...Waaaarghh..projek kat rumah terbengkalai!
Selamat Bercuti..Yahoooo! Tapi ada paper yang belum siap mark....huhuhuhuhu!

Monday, May 19, 2008

Kebergantungan...

Kami bertiga selamat sampai di Aulong dalam jam 7 lebih. Alhamdulillah, perjalanan kami ke Selatan selesai dan tiada aral yang melintang.
Malangnya pula bagi rakan keluarga yang teramat rapat dengan keluargaku. Mak dan Sheda keluar makan tapi aku memilih untuk berehat sambil melayan Sufi tidur. Setiba sahaja mak, terus diberitahu, "Shipah, hang jangan terkejut...tadi Abah telefon, Abang Omar dah tak dak..."
Terkedu aku seketika kerana terbayangkan Kak Ton bersama 3 orang anak yang sedang membesar. Anak sulongnya pula akan menduduki SPM pada hujung tahun ni. Dan Kak Ton ialah suri rumah sepenuh masa yang sangat tinggi tahap kebergantungan pada Abang Omar dalam banyak hal.
"Dia kena serangan sakit jantung, esok kita siap awal sebab kena ambik Abah di Parit Buntar dan terus ke Alor Star.." Mak aku terus berceloteh..
"Macamana la Kak Ton tu nak hidup, mana ada duit..tak kerja..." sambungnya lagi.
Memang satu simptom yang aku perhatikan Abang Omar ni memang kuat merokok. Dan selalu juga aku dengar ketawanya yang besar dan kosong...
Abang Omar ialah seorang lelaki yang periang dan sangat rajin berniaga MLM dengan harapan untuk mengubah nasib keluarganya. Dalam masa yang sama dia bertugas sebagai chief detective dengan Keretapi Tanah Melayu. Abah dan dia berkawan sejak aku kecil lagi dan mereka berdua sangat rapat sehingga apa jua masalah aku turut dikongsi bersamanya.
Kalau aku katakan bahawa aku mengenali Abang Omar sekadar hanya sebagai rakan keluarga memang bohong sebab aku juga memerhati keadaan perkahwinan yang dia lalui. Mempunyai seorang isteri yang amat bergantung tanpa sumber pendapatan lain menyebabkan dia selalu sunyi. Selalunya bila kami berdua dapat peluang bersembang, banyak isu kehidupan yang dibincangkan menyebabkan aku mula faham kenapa Abah beristeri lebih dari satu tetapi kenapa tidak dia. Kebergantungan Kak Ton pada dia menyebabkan dia tidak sampai hati untuk menambah cawangan walaupun aku sedar keadaan yang dia lalui seringkali menyebabkan dia keluar dari rumah dan melibatkan diri dengan macam-macam bisnes MLM tanpa mengenal siang atau malam.
Pernah selepas aku keguguran pada tahun 2004, dialah orang kedua yang sampai di rumah selepas mak dan Abah...sibuk dia mempromosi ubat terbaru untuk bisness melalui internet. Bila ditanya, ke mana selepas Ipoh, jawabnya akan terus ke Alor Setar, balik rumah. Tak dapat aku bayangkan keletihan dan kepenatan yang ditanggungnya...
Aku hanya memandang terus ke matanya dan menggambarkan betapa aku memahami keadaan yang sedang ditempuhnya...
Maka hari ini, perjalanannya menempuh kesunyian dalam keriuhan, kehilangan dalam pertemuan...berakhir!
Innalillah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan bersama mereka yang bertaqwa...

Sunday, May 18, 2008

Johor Bahru

Kami bertolak dari Melaka around 11.30 pagi menuju ke Muar. Planning untuk ke JB ikut jalan lama...

Aku ada tabiat buruk..suka main phone sambil drive..dalam aku nak tukar phone sebab abis bateri, tiba-tiba je nak jadikan cerita simcard digi aku jatuh celah seat kereta. Jenuh kat 20 minit aku mengagau tepi jalan raya cari simcard tu. Akhirnya aku just sambung drive dengan harapan bila kereta terhentak, barulah aku nampak kat mana dia menyorok.

Akhirnya bila sampai di Kluang, aku cari sebuah bengkel kereta rakan blogger aku! Jitu Auto Service Centre. Aku minta pomennya buka and cari...Aku tau mereka memang terkejut tengok minah ni! Adaka simcard pun boleh jatuh terselit. So akhirnya mereka buka cover gearbox.

"Akak, simcard digi ek?" Tanya pomen tu..

"A'a"..jawab aku yang tengah buat muka seposen jerrr...

Lepas settle masalah tu, aku pun masuk kereta untuk makan, lepas tu teringat....lorrr...lupa ucap trimas!

Sambil tu sempat gak aku bertanya...

"sapa anak Kak Yah..?"

Tiba-tiba terjengul muka dari kereta " sayalah..." jawab Pejon!

Confirm lepas tu dia terus telefon mak dia kat Pantai!

Aku sekeluarga pula terus ke kedai makan dengan tokey kedai tu. Lepas tokey tu mengayat mak aku maka akhirnya kami pun ke rumahnya di Kluang untuk beramah mesra dengan anak isterinya pula. Sempatlah aku tengok pintu pagarnya yang ada laser tu...tercengang mak aku jap bila diberitahu kehebatan pintu pagar berlasernya!

Hampir sejam, kami bertandang, akhirnya aku pun meneruskan perjalanan ke JB mengikut highway. Lepas keluar tol, kami terus menuju ke Pantai Lido. Aku pula confused kat situ..Pantai Lido dan Danga Bay tu sama ke?

Lepas pising-pusing, kami pun menuju ke Pusat Bandar/Woodlands untuk cari hotel. Kami tidur hotel budget je! Yang penting rehat. Tapi sebenarnya JB bukanlah pusat pelancongan menyebabkan agak sukar kami mendapatkan hotel yang selamat. Akhirnya aku buat keputusan untuk menyewa hotel bersebelahan dengan pondok polis yang beroperasi 24 jam.

Disebabkan keletihan, sufi tidur pukul 8.30, diikuti mak aku. Aku masih lagi berchatting dengan member aku sambil melayan beberapa panggilan telefon.

Malam aku selamat jam 12am...

Hari ni pukul 6 pagi dah terpacak tapi masih lagi merancang ke mana nak tuju. Apa pun pasti sekali akan buat satu pusingan di JB, kemudia menuju ke Nilai 3 dan akhirnya masuk Kuala Lumpur. Mungkin aku bawa mak aku ke jalan TAR...

Harap perjalanan kami selamat sekeluarga! Doakan ya...

Maka perjalanan selanjutnya mungkin ke Perth...sebab dapat seat free dari AirAsia dengan Anita! Bestnya...

Saturday, May 17, 2008

Terlajak


Salam dari Melaka!


Memandang cuti hujung minggu agak panjang dan aku baru je selesai projek kat sekolah...terasa nafas lega sikit cuma tinggal nak mark paper je maka akhirnya rancangan yang telah diagenda terus dilangsungkan!!


Ketika entri ini dimasukkan, aku berada di Melaka! Saja nak habiskan touring bahagian selatan pulak. Asalnya nak ke Perlis, nak tengok pesta pelam tapi macam dah terlalu selalu sangat ke Utara maka akhirnya ke Melaka, lajak ke Johor Baharu. Terdetik gak hati nak ke Singapore tapi macam nak simpan untuk cuti sebelum puasa kut! Tambah pula Sufi dan mak tak buat pasport antarabangsa.


Kami hanya book budget hotel sebab yang penting ialah melawat dan menghabiskan touring. Kalau nak tidur, baik balik rumah ek!


Sebenarnya kesian gak kat mak aku, dah lama nak berjalan ke Melaka tapi tak ada driver! So aku lantik je diri sendiri jadi drebar peribadi!~Hadiah Hari Ibu!


Malam ni cover Medan Ikan Bakar Pernu, Restoren Terapung Umbai, Banda Hilir, naik Eye of Malacca.


Esok cadang nak naik bas round Melaka....round-round Melaka dan tempat yang menarik then shoot straight ke Johor Baharu ikut jalan lama kut. Saja nak try! Nak tengok apa yang menarik...


Mungkin ke Tg Pengelih jumpa kawan lama...


Tuesday, May 13, 2008

Salam, Dr.


Saya masukkan maklumat di blog saya di ruangan ini.Saya tertarik untuk mengulas artikel Warna Hari Resonan yang ditulis oleh Dr. Ariffaizal. Bidang yang saya ambil semasa di universiti dahulu adalah bidang psikologi dan saya meneruskan kerjaya yang berkaitan dengan bidang tersebut.Saya biasa mengikuti kursus motivasi, kecemerlangan diri, personaliti diri dan seumpamanya, malah Teori berkenaan warna banyak diperkatakan di mana-mana sahaja oleh pakar psikologi.Tetapi, saya masih kurang berpuashati dengan penerangan sesetengah pakar psikologi berkenaan warna, saya masih tidak nampak relevan warna dengan kehidupan seharian sehinggalah saya mengenali Colour Vibration Therapy (CVT). Pada pendapat saya, CVT berjaya menerangkan dari segi saintifik berkenaan warna di mana perkara ini tidak diterangkan oleh pihak lain.CVT berjaya menghuraikan hubungkait manusia, alam dan warna. Warna pelangi sebenarnya ada di dalam diri kita kerana Allah (S.W.T) hendak menunjukkan kepada manusia bahawa kita merupakan sebahagian dari alam. Oleh itu, sebagai manusia,lebih-lebih lagi setelah dilantik sebagai khalifah, kita tidak seharusnya mengkhianati alam/bumi, di mana banyak kerosakan dilakukan dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa kurangnya kesedaran terhadap penciptaan kita: Kita adalah alam dan alam adalah kita. Kita digalakkan mengenakan pakaian yang berbeza warna setiap hari berdasarkan kajian CVT iaitu :


Isnin : Putih

Selasa : Pink / Purple

Rabu : Biru

Khamis : Kuning / Oren

Jumaat : Hijau

Sabtu : Merah / Maroon

Ahad : Hitam


Kenapa penggunaan warna yang ekstrim tidak digalakkan, contohnya, seseorang terlalu menyukai warna hitam, akan mengenakan pakaian berwarna hitam setiap hari, hitam adalah warna penyerap, oleh itu, segalanya akan diserap samada baik atau buruk, positif atau negatif, tengok sahaja remaja "Black Metal", mereka menyerap segala yang ada di alam, sehingga hilang perasaan dan rasional dalam menimbangkan baik buruk sesuatu perkara.Dalam Islam sendiri, sesuatu hendaklah dilakukan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan, saya kaitkan dengan CVT, kenapa kita tidak digalakkan untuk terlebih menyukai sesuatu warna kerana kemungkinan warna tersebut adalah warna yang kita alah.(Warna kelemahan kita sendiri.)


Di sini saya sertakan tip warna yang dikongsi oleh pelopor CVT; Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Waha sewaktu mengikuti kursus yang disampaikan oleh beliau sendiri dan dipetik dari beberapa artikel beliau.


•Rumah :


bilik tidur, dicadangkan warna violet;

ruang tamu-putih / hijau,

dapur-biru


•Restoran : warna kuning / oren bersesuaian kerana membangkitkan selera makan


•Pembelajaran : Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru.


•Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalamus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan.


•Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat.


•Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak.


•Warna ungu pula mampu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar.


•Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu merangsang minat pelajar.


Pembaca yang budiman, diharap maklumat yang berguna ini dapat dikongsi bersama, insyaallah.
Rujukan dari Rawatan Kesihatan

Sunday, May 11, 2008

BELIEVE

Salam Acax,

Life is too short to be pondered upon all the trivial trial that we have to go through...

Don't be defeated by a minicule of god's greatest measurement upon our strength in HIS faith...

Always believe.

LIVE LIFE TO THE FULLEST

p/s: Apalah sangat dengan ujian Allah kerana yang paling penting ialah segala ujian itu membina ketabahan kita untuk terus melangkah ke hadapan...

dari:

Madam Sharifah Hassan (walamak...tua nya rasa!!)

Last sekali!

Hahaha..aku sedang belajar guna "paint" sebab lapstop aku ni tak boleh simpan banyak benda. Menitik-nitik spray paint aku...Alahai..kalau pakai photoshop pun mengodek sana sini sendiri sebab tak tahu banyak arahan yang berseni dan berselirat tu!
Oleh kerana aku bertukar dari SMK Tarcisian Convent ke SMK Simpang maka aku belum tahu keputusan untuk PTK aku..nasib baik la masa aku melawat blog cikgu lain terjumpa link ke MPM. Dapatlah aku meredakan gelodak jiwa aku nih! Sebenarnya dah tahu aku tak dapat naik gaji kerana dimaklumkan hanya 3 orang guru sahaja yang dapat naik dari P1 ke P2.
Bersyukur tetap bersyukur sebab dapat melepasi tahap untuk naik pangkat..heheheh bila boleh mohon DG 44 pun tak tahu sebab tahun ni baru masuk 8 tahun. Kadang-kadang rasa rugi gak bila memikirkan kata-kata Ust Mat, guru besar aku dulu. Beria-ria dia tak bagi aku ke Universiti. Katanya nanti aku rugi. Cish..masin gak mulut dia...hahahah! Kalau aku stay dalam DG 29, mungkin gaji aku lebih tinggi dari sekarang. Tapi rasanya sekarang pun dah tinggi sebab dah masuk P2 dan baru je dapat satu kenaikan tambahan dan bulan 7 nanti naik lagi satu kenaikan. Kena belajar bersyukur nih!

Mengenal diri sendiri!



Hari ni aku mengemas almari yang berselerak dan..eh..eh..terjumpa lak IC lama yang masih aku simpan...

Suka gak bila melihat gambar lama bersama kisah yang terselit di sebaliknya..

IC umur 12 tahun: Zaman kanak-kanak

Hmmm...masa ni aku hero kampung! Sapa pun tak kenal Sharifah sebab tak ada rupa budak pompuan langsung. Hehheeh..rambut memang pendek dari aku darjah 2 sampai aku form 3. Masa tu aku membesar di antara abang dan adik lelaki aku menjadikan aku hilang rupa keperempuanan! Rasanya aku lebih terror main police sentry dari main masak-masak...Kalau main guli gundu pun kira penuh botol juga la guli yang aku kutip. Teringat main senapang pakai peluru bemban...heheheh tak kenal pokok bemban tu macamana so lantak habis pokok lengkuas dan pokok yang kira serupa warna dan batang!...Bila dah siap buat peluru, walamak main askar sampai habis bengkak badan kena tembak! Macamana IC ni masih dalam simpanan? Waaa..aku sanggup buat report polis mengatakan IC aku hilang. Sayangla tengok IC lama yang ntah berapa kali masuk washing machine dibunuh secara tak sengaja dek tuan yang tidak berhati perut! So aku simpan baik-baik sampailah ke hari ni...

IC umur 21 tahun: (tapi buat masa umur 23 tahun ~ kes nak nak mohon masuk U)

Masa ni aku dah pandai melawa dan baru belajar pakai tudung sebab mengajar di Terengganu! Masa gambar tu diambil, rasanya sebab nak isi borang kawin sama kut...Hahahha..bila tengok IC lama, tok naib tanya "budak ni bawah umur ke?" Kantoi..nak buat camna..tak ada yang tolong peringatkan!

Lepas tu rasanya pakai IC tu sampailah wallet aku hilang pada tahun 2006 dan akhirnya diposkan ke Tadika Al-Huda tempat anak-anak belajar sebab terselit resit bayaran tanpa wallet atau sekeping pun duit pun...biasalah orang buat upah pos kut!

IC umur 34 tahun: (gambar paling aku tak suka)

Disebabkan beg tangan aku hilang, terpaksalah aku buat report polis...Bila dah siap buat gambar, aku pun bergegas ke Jabatan Pendaftaran sebab masa tu rasa-rasanya tengah sibuk memohon untuk satu kursus. Cit, rupa-rupanya kerani kat situ tak bagi pakai gambar yang diproses di kedai. Kena tangkap on the spot juga...Alamak..dengan muka berpeluh dan tak bersedia, muka aku terpampang di MyCard yang aku rasa Card orang lain!!! Tak sampai seminggu, ustazah kat Tadika menghulurkan sampul tebal. Dalam tu segala macam kad aku ada. Yang sakit hatinya wallet kulit yang baru aku beli ntah berapa ghega (yang mengopakkan aku gak!) tak ada...Hanya kad-kad, lesen dan kertas-kertas yang tak ada nilai RM jerr..Hish..Panas betul aku masa tu (tengah hari rembang pulak)! Tapi yang bagusnya aku dapat gak tukar dari IC lama ke MyCard tanpa bayar apa-apa sebab masa tu promosi tukar IC MyCard.

Aku sebenarnya lebih selesa menggunakan lesen aku bila berurusan di kaunter dengan alasan tak bawa IC. heheheh!

Hingga ke hari ini belum ada lagi arahan suruh tukar IC!..

Selamat Hari Ibu



"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be.

Put them all together, they
spell "MOTHER,"


A word that means the world to me.

Howard Johnson (c. 1915)
Semalam cadangnya nak bawa mak aku ke Butterworth makan lambchop kat Lotus Restaurant, then tengok wayang...alih-alih tak jadi sebab sama-sama letih! Dia pun tak berapa sihat dek selsema. Aku pula tengah penat gaban 6 hari bekerja tak rehat! So last sekali ke Tesco je...Aku ajak je ke Secret Recipe, restaurant kegemaran aku..sebab aku suka makan raspberry cheesecake kat situ...
Terima kasih kat Abu Raihan..pagi-pagi lagi dah antar sms untuk hari ibu kat aku..I love you too..hehehe


Friday, May 9, 2008

Kisah Seorang tukang Gunting

Cerita yang aku nak cerita ni simple je...mungkin lebih kepada pemerhatian aku selama ini je.
Tukang gunting rambut biasanya sangat pakar dalam mengguntingkan rambut para pelanggannya. Sebut sahaja apa jenis style yang dikehendaki, pasti kita akan dapat mengikut kehendak hati kita. Tambah pula kalau tukang rambut tu ialah seorang yang terror mengurut dan menepuk belakang...Waaargh...Leganya! kadang-kadang tu sanggup kita beratur panjang semata-mata kerana servisnya yang tip top. Bukan itu sahaja, walaupun kedai gunting tu mungkin bukan pada laluan biasa kita pun, sanggup kona lebih sikit asalkan kehendak kita dipuaskan!
Pernahkah kita terfikir, bagaimana pula dengan style dan kehendak si tukang rambut itu sendiri? Apa pula yang style yang dia inginkan dan adakah kehendak dia dipenuhi? Servis siapa pula yang digunakan? Tambah pula bila dia sudah biasa menggunting rambut pelanggan dan memenuhi kehendak mereka, pasti sekali dia ingin kehendaknya dipenuhi dengan cara dia memenuhi kehendak pelanggannya.
My Comment:
Dalam kehidupan kita tidak pernah terlepas dari melalui keadaan seperti si tukang gunting rambut itu...Kita pandai memenuhi kehendak orang sekeliling, memberi apa yang mereka inginkan dari kita dengan sepenuh hati... sama ada dalam kerjaya, bersama rakan taulan, adik beradik, yang tersayang ataupun kenalan...
Bagaimana pula bagi kita yang sentiasa mengharapkan servis? Ada pula bila kedai rambut tu tutup, kita marah-marah dan kecewa hanya kerana hari tu rambut kita tak dapat digunting.
Aku rasa ramai di antara kita masih kena belajar memberi dan menerima.
Dalam erti kata lain, ramai di antara kita masih mengharapkan agar tuntutan kita sahaja dipenuhi tanpa memikirkan bagaimana kita dapat memenuhi tuntutan orang lain. Memang tidak salah untuk kita mementingkan diri sendiri tetapi jika kita sahaja yang menerima bagaimana?
Artikel ini ditulis kerana statement sahabat baik aku yang ditemui semasa Pertandingan Bahas baru-baru ini.
Katanya: "I am her best friend but she is not my best friend.."

Monday, May 5, 2008

Naughty ka?
















Tengok gambar-gambar ni...naughty kan!
Cun juga pengganti kembara ni. Dengar kata SUV ni menggunakan spec enjin yang sama dengan Toyota Rush yang dijual di Indonesia. Tetapi harganya lebih mahal kerana dibuat sepenuhnya di Jepun. Setakat yang diketahui, enjinnya ialah 1.5 liter. Booking mula 10 May.

Sebaik-baik teman...

“Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda”
Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.Hati besar akan berkata, “Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat.”
Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. “Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?”
Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ. Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.
Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda. Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.
Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur. Hati besar biasanya penuh dengan ego. Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.
Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda, tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.
Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.
Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.
Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian. Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.
Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.
Sumber: Alfiqrah

HAKIKAT sebuah PERKAHWINAN

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.Hakikat yang seperti apakah yangpaling membahagiakan? Cuba kitalihat…dan manakah pilihan kita?

1- Jika hakikat pernikahan adalahkerana nafsu, maka pasangan rajinbertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalahkerana HARTA, maka pasangan bakalbubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalahkerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalahkerana ZURIAT, maka pasangan akancari alasan untuk pergi jika pasangan tidakdapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akanlari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalahkerana CINTA, hati manusia itu tidaktetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia.Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalahkerana IBADAH kepadaALLAH,sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERIHIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAHmencintai hambaNYA melebihi seorangibu mencintai bayinya. Maka takada alasan apapun didunia yang dapatmeretakkan rumah tangga kecuali jikapasangan mendurhakai ALLAH.

~Aisya Syahirah.
Semalam semasa makan malam bersama Kak Yah, Abg Mansor, AbgNdak dan Kak Imah di kedai makan mak aku di Taiping, kami bercerita tentang perangai orang lelaki, dan mak aku memberi komen, lelaki seperti "time-bomb", sukar untuk menjangka apa yang bakal dilakukan oleh seorang lelaki dengan kehidupannya...Menurut mak aku,
~ada lelaki yang mungkin nampak alim tapi keluarga tak tentu hala.
~ada lelaki yang nampak loklaq tapi keluarga cukup makan
~ada lelaki yang kaki mabuk, kaki perempuan dan berjudi tapi anak-anak menjadi
Sebab selesai makan, tiba-tiba AbangNdak bertanya pada mak aku.."Apa yang makcik maksudkan dengan "time-bomb" tu?", kami semua terkedu sekejap bila tiba-tiba ditanya kembali soalan itu...

Rasa-rasa apa yang dimaksudkan dengan kata-kata mak aku tu?

Saturday, May 3, 2008

Andai kutahu

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan akuMengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
`ungu;
.......
sejak akhir-akhir ni aku sering kali terjaga malam dan masih adakah esok untuk aku?
harap sangat projek kain putih aku siap, paling sayu bila aku terpandang wajah Sufi tatkala dia sedang lena..putih dan suci wajahnya. Seringkali juga aku terfikir, adakah mampu aku menjadikan dia insan yang benar-benar terisi jiwanya?
ajal adalah keadaan yang di luar jangkaan...Kalau lah aku tahu!
harapan tidak seperti kenyataan...memang benar!
kenyataan seringkali menghampakan harapan...bukan kehendak kita!
yang aku tahu ialah...hari ni aku dah serahkan kereta aku, dah letakkan pewaris pada surat penama, sudah buat pengisytiharan harta dan aku dapat memandang wajah-wajah insan yang paling aku sayang!
Syahdu nya bila dengar lagu ni....keinsafan meresap masuk menyentuh jauh ke dalam lubuk jiwa
......

Bila Aku Bigau!

Walamak..dua tiga hari ni aku mandom bebenornya. Kerja kat sekolah kira banyak macam biasa...Tak sibuk, menyibuk! Dah buat menyibuk...buat-buat sibuk! Tapi don't worry, lesson note aku siap...sentiasa up to date pasal hari Senin aku free banyak dan selalu pun dapat relief satu je. Maka hari Senin le aku belasah siapkan lesson note untuk seminggu. Senang gitu..dah tahu kerja aku untuk seminggu...Must be professional la!
Hari Rabu aku dah mengasah otak karat aku buat kan skrip untuk first time debaters untuk lawan hari Senin (5/5 nih). Tang tu yang aku karat sikit sebab nak turunkan level pemiliran aku dalam BI ke tahap gear 1. Mak atuk...barulah aku tahu bagaimana aku menakutkan budak kat sekolah dengan bahasa "soh-seh" aku yang rerupanya mengkagumkan tapi menakutkan! Hahahaha...Tapi dapat jugalah dalam karat-karat aku menyiapkan 6 skrip untuk opposition dan government.Tajuknya mudah je"Tuition helps students to do well in examinations"...Kalau dapat Government, sedap ni...
Dalam tu kepala aku masih lagi macam malas nak faxkan surat yang dah berminggu aku karang ke JPN pasal nak nak tahu gak macamana Perak kalah kat Penang waktu debat dulu...huhuhu sorry le Honey! Esok..janji...promise!
Kebetulan hari Khamis cuti (nasib baik cuti), bodyguard belanja tengok Ironman...waaaahhh...best gilerrr..Sufi sanggup bersengkang mata sampai pukul 3 pagi tengok midnight! Rasanya tokey wayang tu dah cam muka kami berempat! Boleh kata saban minggu release tension kat situ...kebetulan ada restoran kat sebelah panggung wayang tu, so sementara nunggu wayang, sempat aku membalun lambchop...saja nak menerai kut sedap ke idak..Memang sedap.Comfirm lepas ni makan lagi kat situ!
Cerita habis pukul 2.30 pagi, aku pula kena drive balik Taiping dari Bagan...Mengantuk jangan katalah...Sampai rumah pukul 4 pagi. Landing straight, nak bukak mata pukul 6 punyalah payah...tapi teringatkan mak nak ke kenduri Mak Anjang di Bukit Selambau, Sg Petani...ku gagah kan juga lah mata! Sedar-sedar sambung tidur kat kerusi di dapur sampai pukul 9am. Itu pun terjaga pasal Sufi melalak ingatkan mamanya dah hilang...
Alahai..aku tak dapat nak postkan gambar, masalah teknikal dengan laptop, tak dapat transfer gambar dari camera!

Kononnya nak menghilangkan bigau aku..hari Selasa tu aku keluar dengan mak aku ke kedai "Lelong, tutup Perniagaan" ~ memang nama kedainya gitu! Saja nak pekena pelanggan je. Tapi memanglah kainnya murah! Aku beli kain putih 2 meter. Budak kedai tu tanya nak buat apa..aku jawab nak buat kain kapan! Masa aku tunjuk kain tu kat Sheda, dia tanya gak..heheheh..slumber rock...kain kapan...kut-kut la!
Apapun projek kain putih aku hampir siap hari ni!