Sunday, May 11, 2008

Mengenal diri sendiri!



Hari ni aku mengemas almari yang berselerak dan..eh..eh..terjumpa lak IC lama yang masih aku simpan...

Suka gak bila melihat gambar lama bersama kisah yang terselit di sebaliknya..

IC umur 12 tahun: Zaman kanak-kanak

Hmmm...masa ni aku hero kampung! Sapa pun tak kenal Sharifah sebab tak ada rupa budak pompuan langsung. Hehheeh..rambut memang pendek dari aku darjah 2 sampai aku form 3. Masa tu aku membesar di antara abang dan adik lelaki aku menjadikan aku hilang rupa keperempuanan! Rasanya aku lebih terror main police sentry dari main masak-masak...Kalau main guli gundu pun kira penuh botol juga la guli yang aku kutip. Teringat main senapang pakai peluru bemban...heheheh tak kenal pokok bemban tu macamana so lantak habis pokok lengkuas dan pokok yang kira serupa warna dan batang!...Bila dah siap buat peluru, walamak main askar sampai habis bengkak badan kena tembak! Macamana IC ni masih dalam simpanan? Waaa..aku sanggup buat report polis mengatakan IC aku hilang. Sayangla tengok IC lama yang ntah berapa kali masuk washing machine dibunuh secara tak sengaja dek tuan yang tidak berhati perut! So aku simpan baik-baik sampailah ke hari ni...

IC umur 21 tahun: (tapi buat masa umur 23 tahun ~ kes nak nak mohon masuk U)

Masa ni aku dah pandai melawa dan baru belajar pakai tudung sebab mengajar di Terengganu! Masa gambar tu diambil, rasanya sebab nak isi borang kawin sama kut...Hahahha..bila tengok IC lama, tok naib tanya "budak ni bawah umur ke?" Kantoi..nak buat camna..tak ada yang tolong peringatkan!

Lepas tu rasanya pakai IC tu sampailah wallet aku hilang pada tahun 2006 dan akhirnya diposkan ke Tadika Al-Huda tempat anak-anak belajar sebab terselit resit bayaran tanpa wallet atau sekeping pun duit pun...biasalah orang buat upah pos kut!

IC umur 34 tahun: (gambar paling aku tak suka)

Disebabkan beg tangan aku hilang, terpaksalah aku buat report polis...Bila dah siap buat gambar, aku pun bergegas ke Jabatan Pendaftaran sebab masa tu rasa-rasanya tengah sibuk memohon untuk satu kursus. Cit, rupa-rupanya kerani kat situ tak bagi pakai gambar yang diproses di kedai. Kena tangkap on the spot juga...Alamak..dengan muka berpeluh dan tak bersedia, muka aku terpampang di MyCard yang aku rasa Card orang lain!!! Tak sampai seminggu, ustazah kat Tadika menghulurkan sampul tebal. Dalam tu segala macam kad aku ada. Yang sakit hatinya wallet kulit yang baru aku beli ntah berapa ghega (yang mengopakkan aku gak!) tak ada...Hanya kad-kad, lesen dan kertas-kertas yang tak ada nilai RM jerr..Hish..Panas betul aku masa tu (tengah hari rembang pulak)! Tapi yang bagusnya aku dapat gak tukar dari IC lama ke MyCard tanpa bayar apa-apa sebab masa tu promosi tukar IC MyCard.

Aku sebenarnya lebih selesa menggunakan lesen aku bila berurusan di kaunter dengan alasan tak bawa IC. heheheh!

Hingga ke hari ini belum ada lagi arahan suruh tukar IC!..

2 comments:

honey said...

kalau yer pun nak letak gambor i/c, label lah "specimen" ke, "contoh" ke... tak pasal orang lain amik, pastu, tak pasal jadi pendatang haram lak kak sherry nanti.....

Sharifah Hassan said...

haiyoo..itu pasal disengetkan 25%.kalau dibetulkan pun nampak macam tak betul.Hak..hak..hak..

How is Grik? Mesti boring ek..siannya!

So any news dari Nazeri?