Walamak..dua tiga hari ni aku mandom bebenornya. Kerja kat sekolah kira banyak macam biasa...Tak sibuk, menyibuk! Dah buat menyibuk...buat-buat sibuk! Tapi don't worry, lesson note aku siap...sentiasa up to date pasal hari Senin aku free banyak dan selalu pun dapat relief satu je. Maka hari Senin le aku belasah siapkan lesson note untuk seminggu. Senang gitu..dah tahu kerja aku untuk seminggu...Must be professional la!
Hari Rabu aku dah mengasah otak karat aku buat kan skrip untuk first time debaters untuk lawan hari Senin (5/5 nih). Tang tu yang aku karat sikit sebab nak turunkan level pemiliran aku dalam BI ke tahap gear 1. Mak atuk...barulah aku tahu bagaimana aku menakutkan budak kat sekolah dengan bahasa "soh-seh" aku yang rerupanya mengkagumkan tapi menakutkan! Hahahaha...Tapi dapat jugalah dalam karat-karat aku menyiapkan 6 skrip untuk opposition dan government.Tajuknya mudah je"Tuition helps students to do well in examinations"...Kalau dapat Government, sedap ni...
Dalam tu kepala aku masih lagi macam malas nak faxkan surat yang dah berminggu aku karang ke JPN pasal nak nak tahu gak macamana Perak kalah kat Penang waktu debat dulu...huhuhu sorry le Honey! Esok..janji...promise!
Kebetulan hari Khamis cuti (nasib baik cuti), bodyguard belanja tengok Ironman...waaaahhh...best gilerrr..Sufi sanggup bersengkang mata sampai pukul 3 pagi tengok midnight! Rasanya tokey wayang tu dah cam muka kami berempat! Boleh kata saban minggu release tension kat situ...kebetulan ada restoran kat sebelah panggung wayang tu, so sementara nunggu wayang, sempat aku membalun lambchop...saja nak menerai kut sedap ke idak..Memang sedap.Comfirm lepas ni makan lagi kat situ!
Cerita habis pukul 2.30 pagi, aku pula kena drive balik Taiping dari Bagan...Mengantuk jangan katalah...Sampai rumah pukul 4 pagi. Landing straight, nak bukak mata pukul 6 punyalah payah...tapi teringatkan mak nak ke kenduri Mak Anjang di Bukit Selambau, Sg Petani...ku gagah kan juga lah mata! Sedar-sedar sambung tidur kat kerusi di dapur sampai pukul 9am. Itu pun terjaga pasal Sufi melalak ingatkan mamanya dah hilang...
Alahai..aku tak dapat nak postkan gambar, masalah teknikal dengan laptop, tak dapat transfer gambar dari camera!
Kononnya nak menghilangkan bigau aku..hari Selasa tu aku keluar dengan mak aku ke kedai "Lelong, tutup Perniagaan" ~ memang nama kedainya gitu! Saja nak pekena pelanggan je. Tapi memanglah kainnya murah! Aku beli kain putih 2 meter. Budak kedai tu tanya nak buat apa..aku jawab nak buat kain kapan! Masa aku tunjuk kain tu kat Sheda, dia tanya gak..heheheh..slumber rock...kain kapan...kut-kut la!
Apapun projek kain putih aku hampir siap hari ni!
1 comment:
hah? tak anto lagi? adeh!
Post a Comment