Cerita yang aku nak cerita ni simple je...mungkin lebih kepada pemerhatian aku selama ini je.
Tukang gunting rambut biasanya sangat pakar dalam mengguntingkan rambut para pelanggannya. Sebut sahaja apa jenis style yang dikehendaki, pasti kita akan dapat mengikut kehendak hati kita. Tambah pula kalau tukang rambut tu ialah seorang yang terror mengurut dan menepuk belakang...Waaargh...Leganya! kadang-kadang tu sanggup kita beratur panjang semata-mata kerana servisnya yang tip top. Bukan itu sahaja, walaupun kedai gunting tu mungkin bukan pada laluan biasa kita pun, sanggup kona lebih sikit asalkan kehendak kita dipuaskan!
Pernahkah kita terfikir, bagaimana pula dengan style dan kehendak si tukang rambut itu sendiri? Apa pula yang style yang dia inginkan dan adakah kehendak dia dipenuhi? Servis siapa pula yang digunakan? Tambah pula bila dia sudah biasa menggunting rambut pelanggan dan memenuhi kehendak mereka, pasti sekali dia ingin kehendaknya dipenuhi dengan cara dia memenuhi kehendak pelanggannya.
My Comment:
Dalam kehidupan kita tidak pernah terlepas dari melalui keadaan seperti si tukang gunting rambut itu...Kita pandai memenuhi kehendak orang sekeliling, memberi apa yang mereka inginkan dari kita dengan sepenuh hati... sama ada dalam kerjaya, bersama rakan taulan, adik beradik, yang tersayang ataupun kenalan...
Bagaimana pula bagi kita yang sentiasa mengharapkan servis? Ada pula bila kedai rambut tu tutup, kita marah-marah dan kecewa hanya kerana hari tu rambut kita tak dapat digunting.
Aku rasa ramai di antara kita masih kena belajar memberi dan menerima.
Dalam erti kata lain, ramai di antara kita masih mengharapkan agar tuntutan kita sahaja dipenuhi tanpa memikirkan bagaimana kita dapat memenuhi tuntutan orang lain. Memang tidak salah untuk kita mementingkan diri sendiri tetapi jika kita sahaja yang menerima bagaimana?
Artikel ini ditulis kerana statement sahabat baik aku yang ditemui semasa Pertandingan Bahas baru-baru ini.
Katanya: "I am her best friend but she is not my best friend.."
No comments:
Post a Comment