Monday, May 19, 2008

Kebergantungan...

Kami bertiga selamat sampai di Aulong dalam jam 7 lebih. Alhamdulillah, perjalanan kami ke Selatan selesai dan tiada aral yang melintang.
Malangnya pula bagi rakan keluarga yang teramat rapat dengan keluargaku. Mak dan Sheda keluar makan tapi aku memilih untuk berehat sambil melayan Sufi tidur. Setiba sahaja mak, terus diberitahu, "Shipah, hang jangan terkejut...tadi Abah telefon, Abang Omar dah tak dak..."
Terkedu aku seketika kerana terbayangkan Kak Ton bersama 3 orang anak yang sedang membesar. Anak sulongnya pula akan menduduki SPM pada hujung tahun ni. Dan Kak Ton ialah suri rumah sepenuh masa yang sangat tinggi tahap kebergantungan pada Abang Omar dalam banyak hal.
"Dia kena serangan sakit jantung, esok kita siap awal sebab kena ambik Abah di Parit Buntar dan terus ke Alor Star.." Mak aku terus berceloteh..
"Macamana la Kak Ton tu nak hidup, mana ada duit..tak kerja..." sambungnya lagi.
Memang satu simptom yang aku perhatikan Abang Omar ni memang kuat merokok. Dan selalu juga aku dengar ketawanya yang besar dan kosong...
Abang Omar ialah seorang lelaki yang periang dan sangat rajin berniaga MLM dengan harapan untuk mengubah nasib keluarganya. Dalam masa yang sama dia bertugas sebagai chief detective dengan Keretapi Tanah Melayu. Abah dan dia berkawan sejak aku kecil lagi dan mereka berdua sangat rapat sehingga apa jua masalah aku turut dikongsi bersamanya.
Kalau aku katakan bahawa aku mengenali Abang Omar sekadar hanya sebagai rakan keluarga memang bohong sebab aku juga memerhati keadaan perkahwinan yang dia lalui. Mempunyai seorang isteri yang amat bergantung tanpa sumber pendapatan lain menyebabkan dia selalu sunyi. Selalunya bila kami berdua dapat peluang bersembang, banyak isu kehidupan yang dibincangkan menyebabkan aku mula faham kenapa Abah beristeri lebih dari satu tetapi kenapa tidak dia. Kebergantungan Kak Ton pada dia menyebabkan dia tidak sampai hati untuk menambah cawangan walaupun aku sedar keadaan yang dia lalui seringkali menyebabkan dia keluar dari rumah dan melibatkan diri dengan macam-macam bisnes MLM tanpa mengenal siang atau malam.
Pernah selepas aku keguguran pada tahun 2004, dialah orang kedua yang sampai di rumah selepas mak dan Abah...sibuk dia mempromosi ubat terbaru untuk bisness melalui internet. Bila ditanya, ke mana selepas Ipoh, jawabnya akan terus ke Alor Setar, balik rumah. Tak dapat aku bayangkan keletihan dan kepenatan yang ditanggungnya...
Aku hanya memandang terus ke matanya dan menggambarkan betapa aku memahami keadaan yang sedang ditempuhnya...
Maka hari ini, perjalanannya menempuh kesunyian dalam keriuhan, kehilangan dalam pertemuan...berakhir!
Innalillah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan bersama mereka yang bertaqwa...

4 comments:

Anonymous said...

glad to hear ur safe at home.

Pak Ngah: said...

:: salam... kegembiraan menjelajah selalunya mampu mengimbangi keletihan yang diterima...

:: apa2pun takziah kepada keluarga berkenaan... kita sekadar "meminjam"... sampai masa perlu dipulangkan kepada tuan punya...

Sharifah Hassan said...

hi honey..

jom pi dating, kita gi tengok wayang sambil pekena lambchop, i know of a good place to hang out...call me! kita gi sebelum u pegi phuket!

Sharifah Hassan said...

Salam pakngah,

Sedih sangat bila melihat si isteri yang terjelepok di sudut dinding dengan perasaan kehilangan dan pandangan yang kosong sayu meratapi permergian insan yang sangat diperlukan...

Yang pergi memang tetap pergi tetapi yang tinggal, untuk bangun mengorak langkah pastinya akan melalui laluan yang sangat sukar...

Harapan hanyalah semoga kekuatan datang dari Allah untuk beliau meneruskan kehidupan...