Monday, May 5, 2008

HAKIKAT sebuah PERKAHWINAN

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.Hakikat yang seperti apakah yangpaling membahagiakan? Cuba kitalihat…dan manakah pilihan kita?

1- Jika hakikat pernikahan adalahkerana nafsu, maka pasangan rajinbertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalahkerana HARTA, maka pasangan bakalbubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalahkerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalahkerana ZURIAT, maka pasangan akancari alasan untuk pergi jika pasangan tidakdapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akanlari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalahkerana CINTA, hati manusia itu tidaktetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia.Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalahkerana IBADAH kepadaALLAH,sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERIHIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAHmencintai hambaNYA melebihi seorangibu mencintai bayinya. Maka takada alasan apapun didunia yang dapatmeretakkan rumah tangga kecuali jikapasangan mendurhakai ALLAH.

~Aisya Syahirah.
Semalam semasa makan malam bersama Kak Yah, Abg Mansor, AbgNdak dan Kak Imah di kedai makan mak aku di Taiping, kami bercerita tentang perangai orang lelaki, dan mak aku memberi komen, lelaki seperti "time-bomb", sukar untuk menjangka apa yang bakal dilakukan oleh seorang lelaki dengan kehidupannya...Menurut mak aku,
~ada lelaki yang mungkin nampak alim tapi keluarga tak tentu hala.
~ada lelaki yang nampak loklaq tapi keluarga cukup makan
~ada lelaki yang kaki mabuk, kaki perempuan dan berjudi tapi anak-anak menjadi
Sebab selesai makan, tiba-tiba AbangNdak bertanya pada mak aku.."Apa yang makcik maksudkan dengan "time-bomb" tu?", kami semua terkedu sekejap bila tiba-tiba ditanya kembali soalan itu...

Rasa-rasa apa yang dimaksudkan dengan kata-kata mak aku tu?

No comments: