Thursday, May 29, 2008

Sambutan Hari Guru Negeri Perak

3 state debaters.. From the left: Me, Honey and Darling!
Waaah! Terasa macam ratu Kebaya pula! Tapi apa yang paling teruja buat kami bertiga ialah hadir sebagai penerima award/hadiah bagi kategori Johan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Perak. Terasa dihargai walaupun sekadar Naib Johan Zon Utara dengan Honey sebagai pembahas terbaik bagi Kategori Semi Final dan Jaginder sebagai pembahas untuk peringkat Final. Sayangnya kekalahan Perak diperingkat Zon hanyalah kerana 3 tajuk berbeza telah dibentangkan. Speaker Dewan membaca tajuk lama, manakala Penang sebagai pihak kerajaan telah membawa tajuk yang tertinggal satu perkataan dan Perak sebenarnya telah membuktikan kesilapan tajuk pihak kerajaan namun begitu peraturan bahas ialah jika berlaku percanggahan tajuk maka secara outomatiknya pihak kerajaan akan memenangi perbahasan tersebut. Tapi Penang kalah awal-awal lagi di peringkat kebangsaan...
Sambutan Hari Guru 2008 telah diadakan di Manjung. Sepatutnya Datuk Alimuddin yang datang merasmi tetapi diganti oleh Pengarah Bahagian Sekolah. Kuranglah sikit glamer majlis tersebut. Dan tahun ni nampak macam kurang sangat award yang diterima oleh sekolah. Banyak guru sendiri yang naik ke pentas bagi pencapaian peribadi.
Dan buat kali pertama aku melihat bagaimana tokoh guru diraikan. Mantan Pengarah Bahagian Sekolah yang bersara pada 2007 merupakan Tokoh Guru Perak yang mempunyai latar belakang cukup menarik untuk dijadikan sebagai role model guru-guru baru.
Sempat jugalah aku berkenalan dengan PPD LMS yang baru kali pertama bersua muka. Tahniah juga kepada HEM SMK Anderson yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan PPD Kinta Selatan, begitu juga dengan pegawai Bahasa di JPN yang dengar kata akan melanjutkan perkhidmatan dua tahun lagi.
Semoga award ini akan menjadi penggerak untuk aku bergerak maju dalam dunia pendidikan!

8 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... tahniah atas pencapaian..

Pak Ngah: said...
This comment has been removed by the author.
Pak Ngah: said...
This comment has been removed by the author.
honey said...

ratu kebaya yer....? ;-)

aeiynn said...

cikgu..Happy Teacher's Day!!

Sharifah Hassan said...

salam

Pakngah..

Terima kasih..apalah sangat pencapaian ikan bilis dalam mulut ikan paus!!

Pak Ngah: said...

:: salam kembali... bukankah hanya orang terhebat saja yang berpeluang dan mampu mewakili negeri... ?

:: bukan calang2 orang yang mampu mewakili daerah dll untuk ke peringkat negeri...JOHAN NEGERI tuuu... dan sekurang2nya markah di dalam LNPT 2008 pastinya meningkat... ini belum diambilkira penglibatan aktif di peringkat sekolah... daerah... dan zon tuuu... belum lagi termasuk kerja2 amal/kebajikan dll jawatan yang disandang di semua peringkat... hingga ke antarabangsa... pastinya 99.99 % bakal diperolehi... syabas dan tahniah... !!!

Sharifah Hassan said...

Salam,

Hanya terpandang 00.01% hak! Yang lain tu masih ditangan ikan paus beb!

Rasanya dalam tempoh 15 tahun berkhidmat, belum pernah merasa lagi anugerah cemerlang! Menarik kan bila pengiktirafan datang dalam bentuk di luar jangkaan...Maka tidaklah terlalu mengharap!