Saturday, May 17, 2008

Terlajak


Salam dari Melaka!


Memandang cuti hujung minggu agak panjang dan aku baru je selesai projek kat sekolah...terasa nafas lega sikit cuma tinggal nak mark paper je maka akhirnya rancangan yang telah diagenda terus dilangsungkan!!


Ketika entri ini dimasukkan, aku berada di Melaka! Saja nak habiskan touring bahagian selatan pulak. Asalnya nak ke Perlis, nak tengok pesta pelam tapi macam dah terlalu selalu sangat ke Utara maka akhirnya ke Melaka, lajak ke Johor Baharu. Terdetik gak hati nak ke Singapore tapi macam nak simpan untuk cuti sebelum puasa kut! Tambah pula Sufi dan mak tak buat pasport antarabangsa.


Kami hanya book budget hotel sebab yang penting ialah melawat dan menghabiskan touring. Kalau nak tidur, baik balik rumah ek!


Sebenarnya kesian gak kat mak aku, dah lama nak berjalan ke Melaka tapi tak ada driver! So aku lantik je diri sendiri jadi drebar peribadi!~Hadiah Hari Ibu!


Malam ni cover Medan Ikan Bakar Pernu, Restoren Terapung Umbai, Banda Hilir, naik Eye of Malacca.


Esok cadang nak naik bas round Melaka....round-round Melaka dan tempat yang menarik then shoot straight ke Johor Baharu ikut jalan lama kut. Saja nak try! Nak tengok apa yang menarik...


Mungkin ke Tg Pengelih jumpa kawan lama...


6 comments:

honey said...

hah?! kat melaka?! wah!!! best!!!! nak ikut!!!!!! hehe

have fun, kak sherry!

arsaili said...

salam hari guru moga di rahmati selalu

Sharifah Hassan said...

Salam untuk yang diperantauan...

rasa macam hari-hari di panggil guru..hehehehe...Bercuti sebagai ganjaran berpenat lelah!!! Orang tak nak belaja..kita belanja diri sendiri je!

Sharifah Hassan said...

hi honey...

Alahai...ke Melaka tanpa dirancang. Plan asal nak ke Perlis..heheheh..plan kita yang buat ek..bila-bila boleh ubah!!!

Pak Ngah: said...

:: salam... selamat hari guru...

:: begitulah anak mithali merangkap ibu mithali... emmm... selamat ronda2... pusing2...

Sharifah Hassan said...

salam kembali...

Selamat Hari Guru buat PakNgah juga...

Hadiah ni seronok diberi bagi yang menghargainya..mak kasi kat anak (pakai ketanya)..anak jadi drebar sambil dapat makan angin...

heheheh!

Kat JB dah nih!