Saturday, January 24, 2009

Untuk Anak-anak Muridku..

Aku bukanlah seorang guru yang hebat cuma aku beruntung kerana sering mendapat anak-anak murid yang hebat. Kadang-kadang aku menjadi takut kalau aku gagal menjadi guru yang baik. Dan aku paling takut jika aku gagal memberi yang terbaik untuk mereka. Dan setiap kali aku menerima sms atau perkhabaran tentang kejayaan cemerlang dalam akademik mereka menjadikan aku semakin risau membawa peranan aku sebagai guru dan ibu.
Apa ada dalam minda aku sekarang ialah juga persoalan bagaimana untuk menjadi ibu yang hebat untuk anak-anak aku. Melihat mereka cara membesar menjadikan aku sangat takut memikir apa akan jadi pada mereka bila mereka dewasa kelak. Adakah mereka akan berjaya membina kehidupan yang lebih baik? Adakah kejayaan mereka masih diukur dengan berapa banyak A yang dikumpul? Atau di mana mereka menyambung pelajaran mereka? Atau berapa gaji yang diperolehi dalam pekerjaan mereka?
Melihat senario kehidupan hari ini, wang bukan lagi alat pengukur kejayaan seseorang. Kita sudah mula beralih pada kekuatan humanistic dan daya survival yang ada dalam diri kita. Mampukah aku memberi ruang untuk kekuatan itu dijanakan dan diguna bersesuaian pada masa dan tempatnya? Bantulah aku...

6 comments:

DeLinn said...

sharifah,

keep on writing on good teaching techniques. I am in the process of learning efficient teaching techniques,

so I rajin gak mengusha blog u nih sebab i tau u cikgu yang bagus dan have passion with the students! hehehe

Anonymous said...

Teruskan usaha cikgu utk mendidik anak bangsa...selagi banyak cabaran, selagi itu cikgu akan bertahan...keep it up..I know ur situation..I been in education few years ago..

Sharifah Hassan said...

Salam De Linn..

nak kata banyak sangat technic hebat tu tidaknya...Selalunya trial and error je!

Sharifah Hassan said...

Salam Share Info,

InsyaAllah! Selalunya saya merujuk pada yang pakar...dunia perguruan sekarang semakin hebat...!

ama said...

Terjumpa blog u. Rasa macam saya rasa jugalah. Betulkah aku ni guru yang baik... insyaallah kalau ikhlas mengajar Allah permudahkan segalanya

Zatty Badrol said...

cikgu, cikgu antara cikgu paling supporting habis.
If possible visit la TCS.
rindu lar :D