Friday, July 3, 2009

Boring nya bila ada masalah!

Semua orang berdepan dengan pelbagai rencam masalah. Ada yang tenggelam bersama masalah, ada yang akhirnya mengambil jalan tengah dengan tidak ambil kisah tentang masalah tersebut, ada juga yang cuba membaiki tetapi akhirnya ibarat tikus membaiki labu!

Apa yang aku jumpa dari bahan-bahan yang aku baca ialah, semua orang ada masalah, walaupun masalahnya berbeza-beza. Namun di mana kita meletakkan fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Fokus pada jalan penyelesaiannya bukan punca masalahnya walaupun punca mungkin boleh membantu tetapi akhirnya kita akan lebih terdorong untuk menyalahkan punca masalah dari melihat bagaimana masalah itu mampu diselesaikan.

Buat mereka yang sedang berhadapan dengan masalah!!

7 comments:

skydancer said...

pandangan yg lain drpd yg lain ni..

Sharifah Hassan said...

hehehehe...pandangan berbeza membuka ruang pemikiran yang berlainan!

Baru boleh nampak perkara yang tidak nampak!

Pak Ngah: said...

:: salam... ada pulak yang bosan jika tiada masalah, sbb dengan adanya masalahlah menjadikan kita semakin banyak menggunakan minda sedar bagi merungkai permasalahan, menjadikan kita semakin ligat mencari alternatif sebagai penyelesai masalah...

:: malah ada yang berpendirian bahawa semakin banyak masalah menjadikan dirinya berseronok sakan dalam menjalani kehidupan harian... cumanya janganlah sehingga masalah itu datang bertimpa2 dan bertalu2 yang memungkinkan dirinya "terkapai2" akibat hidup dan kehidupannya hanya untuk mnyelesaikan masalah semata2...

:: apa2pun ada juga sesuatu itu dianggap sebagai masalah bagi seseorang... tetapi bukan merupakan masalah bagi orang lain, walaupun "sesuatu" itu turut dihadapinya...

chekdenoor said...

Salam,

Masalah ... adalah warna-warna kehidupan.... masalah yang timbul dari masalah atau penyelesaian kepada masalah akan menambahkan satu lagi episod dalam skrip kehidupan..... hmm... barulah ada cabaran

Sharifah Hassan said...

Salam Pakngah..

Masalah ni macam kerabat gunung! Penat tapi berbaloi bila dapat menikmati permandangan indah yang tak terungkap dek kata-kata tapi kalau asyik dok naik turun bukit...uish! lelah gak...heheheh!

kalau ada masalah buat macam tak ada, bila tak ada masalah cari-carilah masalah!! hahahahahaa..Boleh gitu?

Sharifah Hassan said...

Salam Chekdeknoor,

Setuju!
Warna-warna memang berwarna-warni tetapi semua orang ada warna kegemarannya. Bukan semua warna orang suka kan?

skydancer said...

sebenarnya masalah juga jika tiada masalah..just my 2 cents.
p/s: fikir2kanlah ye dan selamat beramal :)