Sejak beberapa hari ini, aku banyak berfikir dan banyak menyibukkan diri, bekerja di sekolah dan di rumah sehingga lewat malam. Kadang seorang dan adakalanya berteman. Apa yang pastinya aku banyak membaca untuk memahami.
Hari ini di kantin aku belajar ilmu yang menyedarkan aku tentang kekosongan jiwa. Istilah Syariat, Takrifat, Hakikat dan Makrifat...setiapnya mengangkat manusia ke tahap ruh yang lebih baik dari sebelumnya. Ilmu menyentuh ruh, memahami yang tidak jelas dan melihat yang tidak nampak.
Hari ini aku membaca sebaris ayat yang menyedarkan aku bahawa yang buruk itulah yang terbaik buat kita.."Tetap akan berkawan dengan kamu, tetapi kamu bukan calon seorang sahabat!"
Kemudian, sebaris ayat ini pula membuka minda aku bahawa tidak perlu membuat persepsi siapa mendahului atau siapa yang menguasai...
"Betulkah aku telah menjawab teka-teki itu dengan betul siang tadi. Atau, itu hanyalah helah isteri untuk menduga selera sang suami. Kadang-kadang masing-masing ada kepandaian masing-masing.... kan?"
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
7 comments:
Salam singgah! Sudah jumpa calon yang dicari? Terima kasih kerana ke blog saya.
pah....
saya nak jadi calun bolh....
he....
he.....
:: salam... begitulah bagai yang dikata orang... antara rakan, teman, kawan dan sahabat tu jauh berbeza maknanya... dan jauh juga perbezaannya...
Yang rapat dengan nabi kita digelar para sahabat. Tidak dipanggil kawan, teman dll.Gelaran sahabat ini mestilah ada ciri dan sifatnya tersendiri. Sama-samalah kita mencari.
Salam Jinggo
Alahai...awak kan tetap dihatiku....heheheh!
Salam Pakngah...
Sedang mencari persamaan di antara perbezaan-perbezaan yang tak banyak bezanya!!!
Pankngah pula macamana...masih mencari?
Salam Abu Muaz,
Mendapat sahabat sehebat sahabat nabi memang satu anugerah!
Pasti satu kelebihan jika kita menemuinya. Cuma mampukah kita sendiri menjadi sahabat sehebat itu juga?
Post a Comment