Thursday, July 23, 2009

Fokus Pada Masalah atau Fokus Pada Penyelesaian Masalah?

Kita ada secawan kopi. Apa yang pandang ialah cantiknya hiasan pada cawan dan piring itu. Tetapi apa yang kita tidak ketahui ialah rasa kopi yang dihirup. Dan walaupun kopinya "ceroi" dan kurang manis, kita tetap menghirup dengan penuh berhati-hati kerana takut terlepas cawan dan piring yang dipegang.

Dalam kehidupan, set piring dan cawan adalah assesori tambahan yang menyedapkan mata tetapi apa yang paling penting ialah kualiti kopi yang sedang dihirup. Kalau kopi itu berkualiti, bekas apa pun yang diguna tidak akan mengubah rasa hebat kopi itu.

Dalam seharian kita, selalunya kita akan berdepan dengan pelbagai masalah, macam-macam tetapi tetap masalah. Di mana kita letakkan fokus kita: semata-mata pada masalah itu dengan menyebut dan merintih atau semata-mata pada penyelesaian masalah dengan mencari kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dari terus berulang...

Tepuk hati tanya minda!

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... ada orang hanya melihat kepada masalah dan ada juga orang yang hanya melihat kepada penyelesaian masalah... tetapi ada juga orang melihat kepada sebab2 timbulnya masalah itu dan seterusnya mencari alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah...

:: apa2pun yang utama rasanya adalah komunikasi yang terhalang... itulah sebab utamanya... itulah puncanya...

Sharifah Hassan said...

Salam,

Isu komunikasi ni payah mau cakaplah! Ada yang bersedia menyediakan ruang dan ada pula yang asyik menutup ruang...

last-last..buat bodoh le gamaknya!

ntahlah pakngah....!