Dalam banyak-banyak pepatah, ada satu pepatah yang seringkali aku sebut anak-anak aku!
Ada di antara kita membesar dengan terasa bahawa kita tidak memerlukan sesiapa dan kita tidak mengharapkan sesiapapun! Dalam ertikata lain, tak pandai berkongsi. Tak kisahlah berkongsi bantal, atau berkongsi masalah atau berkongsi "wang"! atau berkongsi kereta...apa sahaja!
Isu ini aku hadapi ketika Aisyah berumur 5 sehingga 8 tahun. Dalam tempoh itu, melayan karenahnya yang tidak mahu berkongsi merupakan satu perjalanan yang amat menyedarkan aku bahawa betapa pentingnya kita membentuk keperluan dalam keluarga atau sesiapa sahaja di sekeliling kita. Semua di antara kita mempunyai ego dan sikap pemilih yang tinggi....semua nak bagus dan semua mesti yang terbaik... Kadang-kadang kita meletakkan sikap hanya ingin menerima apa sahaja tetapi tidak bersedia memberi.
Pernah sekali aku hilang sabar dengan Aisyah dan akhirnya aku mencipta sebuah dunia seekor kera yang hidup di hujung pucuk sebatang pokok kelapa yang jauh dari orang lain. Dibayangkan kepadanya pada suatu hari datang hujan dan ribut yang sangat kencang tetapi si kera yang sumbang ini tak tahu bagaimana untuk meninggalkan pucuk pokok kelapa yang tinggi...Akhirnya dia tinggal seorang diri ketakutan kerana walaupun dia adalah kera yang pertama nampak kehadiran hujan dan ribut tapi sayangnya dia lah juga kera yang pertama bakal dilanda ketakutan dan kesejukan dek hujan lebat.
Persoalan yang aku timbulkan untuk Aisyah ialah kenapa kera tu tak nak meninggalkan pokok kelapa yang tiggi melayut tu...Jawapan yang datang dari Aisyah ialah "supaya dia tidak perlu berkongsi apa-apa dengan sesiapa pun!"
Persoalan kedua yang aku timbulkan, bukankah beruntung bila dia ada teman untuk berkongsi ketakutan itu dan kalau dia turun ke bawah, pokok yang rendang pasti tak akan bergoyang hebat seperti pokok kelapa yang sebatang. Jawapan Aisyah...kalau dia duduk di pokok yang rendang nanti semua orang akan bersempit-sempit dengannya sampai dia tak ada tempat untuk duduk...akhirnya dia akan balik ke pokok kelapa juga....Jadi baik dia tak payah turun dan tinggal je di pokok kelapa tu!!! (Ketika ini usianya ialah 7 tahun!)
Apa yang ingin aku kongsikan ialah...masih ramai di antara kita selesa menjadi kera sumbang yang akhirnya keseorangan hanya kerana takut meninggalkan ketakutan yang membayangi dirinya dan hanya mampu mengharap untuk terus menerima tanpa berani untuk memberi.
"Kera Sumbang"...

No comments:
Post a Comment