Wednesday, August 5, 2009

Happy Birthday

Hari Jadi lagi...hmmm yang nak disambut pun belum sambut...ada lagi?!

Pepagi bila aku menjengah ke ICTLab sibuk semua mengerumuni si Put (Pakar ICT). Rupa-rupanya dia tengah sibuk menconvertkan hari lahir Kristian kepada hari lahir Islam...kan lebih afdal!

Maka aku dilahirkan pada 19 Ramadan 1392 (19.9.1392 - Friday baby)...Alahai...insyaallah hidup aku diberkatiNYA sebab dilahirkan dibulan yang paling mulia disisiNYA...

Bulan dan Sikap anda dilahirkan mengikut kajian Dr. Fadzhilah Kamsah:

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran social
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jgn terlalu moody.


APRIL

sgt aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org
sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu


MEI

kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN

berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangaiidea @mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kawal tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi panda bercakap
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukansangat sempurna
sangat sensitif ygtidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik


OKTOBER

suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihatdari perspektifnya sendiri
tidak sukaterima pandangan orglain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandaibercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat


NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
taksuka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Tuesday, August 4, 2009

How difficult can you be?



Do not give up in life because there are
lot of difficulties.
Difficulties in your life do not come to destroy you;

But to help you realize your hidden potential.

Let difficulties know that you are difficult.


apa aku rasa..?!


hmmm... ada orang mengatakan aku tak berani menempuh dan merempuh kesusahan. Adakalanya memang benar sebab ada perkara yang terpaksa dielak untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih berserabut...

Adakalanya aku merasa seolah-olah aku adalah insan yang paling kuat untuk menempuh apa jua cabaran dan menempa kejayaan...

Adakalanya aku merasakan aku tiada kekuatan untuk merempuh lagi...itulah masanya aku hanya berehat!

Mahkota Untuk Ayah


“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.

Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.

“ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,”

Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.

“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung.


************ ********* ********* ********* *******

Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah.

Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk.

Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.

“ Nanti!” Kak Sarah menahannya.

“Apa lagi!” sergah Udin. Mukanya merona merah.

“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya.

Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingk an dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.

Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas.

Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban.

Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya.

Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya.

“ Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.

“ Sudah ayah,” Udin gugup. Matanya disapa sayu.

Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya.

Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin.

Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah.

Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah.

Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa.

Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia.

Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga.

“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.

“ Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya.

“ Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.

“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi...”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma.

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran.

Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya.

Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

aku rasalah...

Selalunya kita lebih mengutamakan kebolehan anak-anak untuk mengenal huruf rumi dan kita amat berbangga bila anak-anak boleh membaca buku seawal umur mereka. Ada pula yang sanggup berhabisan masa semata-mata untuk mengajar ABC kepada anak-anak berbanding berhempas pulas untuk memastikan anak-anak khatam Al-Quran seawal mungkin. Malahan kita mengenepikan hal anak-anak untuk mengenal jawi dan Al-Quran sehinggalah mereka mula bersekolah.

Itu belum lagi mengambil kira untuk anak-anak perempuan yang baligh ketika usia 12 atau 13 tahun. Akhirnya kemahiran membaca Al-Quran menjadi yang terakhir sedangkan itu yang utama.

Hal ini selalu digaduhkan kerana aku tidak mahu mengenalkan ABC kepada Sufi walaupun aku tahu dia mampu kerana aku lebih ingin dia mengenal Alif, Ba, Ta. Angan-angan aku seperti namanya kerana aku idamkan untuk mempunyai seorang "SUFI" dalam rumahku sendiri!

Salah kah?

Friday, July 31, 2009

Mencari Calon Sahabat 2




~ Aku suka lagu ni sebab ramai di antara kita masih mencari dan terus mencari walaupun kerapkali yang dicari dok terpacak di depan mata je!

Thursday, July 30, 2009

Mencari Calon Sahabat

Sejak beberapa hari ini, aku banyak berfikir dan banyak menyibukkan diri, bekerja di sekolah dan di rumah sehingga lewat malam. Kadang seorang dan adakalanya berteman. Apa yang pastinya aku banyak membaca untuk memahami.

Hari ini di kantin aku belajar ilmu yang menyedarkan aku tentang kekosongan jiwa. Istilah Syariat, Takrifat, Hakikat dan Makrifat...setiapnya mengangkat manusia ke tahap ruh yang lebih baik dari sebelumnya. Ilmu menyentuh ruh, memahami yang tidak jelas dan melihat yang tidak nampak.

Hari ini aku membaca sebaris ayat yang menyedarkan aku bahawa yang buruk itulah yang terbaik buat kita.."Tetap akan berkawan dengan kamu, tetapi kamu bukan calon seorang sahabat!"

Kemudian, sebaris ayat ini pula membuka minda aku bahawa tidak perlu membuat persepsi siapa mendahului atau siapa yang menguasai...

"Betulkah aku telah menjawab teka-teki itu dengan betul siang tadi. Atau, itu hanyalah helah isteri untuk menduga selera sang suami. Kadang-kadang masing-masing ada kepandaian masing-masing.... kan?"

H1N1

Ouch...H1N1 menular ke Tg Malim. Nampak gaya kena kuarantin le untuk seminggu ini. Mengikut perkhabaran yang diterima, pelajar UPSI diberikan cuti sehingga 9 Ogos di mana cuti semester diawalkan dan semua staff dan pensyarah bercuti sehingga 5 Ogos.

Yabedabedu!

Tapi penatnya sebab sekarang ni di sekolah dah mula ada langkah berjaga-jaga tambahan pula hari seramai 8 pelajar ke poliklinik dan dua dihantar ke wad kecemasan di Hospital (buat masa ni semuanya bukan lagi kes H1N1). Kena pulak aku yang bertugas...Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Bidor juga telah ditutup selama 7 hari akibat 5 pelajarnya telah disahkan positif H1N1.

Langkah pencegahan H1N1:

H1N1 atau nama lainnya selesema babi seakan menjadi ketakutan baharu kepada seluruh rakyat Malaysia dan amnya dunia. Namun, tentu kita mahu juga mengetahui beberapa langkah yang perlu diambil untuk menghindari diri dari dijangkiti. Selain mengelak daripada mengunjungi negara-negara yang berisiko juga langkah-langkah di bawah mungkin boleh membantu;

• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkankemungkinan jangkitan.
• Jika berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada ditempat awam yang sesak.
• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.


Hari lori kawalan vektor dah dua kali round Taman Pelangi dan JalanKetoyong...Ini mesti dah ada kes!

Ilmu

Ini sesuatu yang aku pelajari sepanjang aku memerhati...

Bahasa adalah senjata utama dalam mengungguli ilmu. Apabila kita berbicara tentang penjajahan, selalunya kita terlepas pandang pada bahasa. Aku juga...

Lihat bagaimana rakyat Jepun membangunkan negaranya selepas Perang Dunia Kedua. Melalui bahasa. Bagaimana ini berlaku? Mereka berjaya menjajah Barat dengan mengalahkan kuasa besar ini melalui bahasa.

Senario ini jika diperhatikan juga berlaku dengan Korea Utara yang mengalahkan Barat dengan ciptaan kuasa nuklearnya. Semuanya berlaku dengan bahasa.

Bahasa adalah senjata yang paling kuat untuk menjajah bangsa. Perhatikan bagaimana Jepun dan Korea Utara membangun dengan menguasai ilmu barat melalui penguasaan bahasa. Mereka menguasai Bahasa Inggeris dan mempelajari kecanggihan pembangunan teknologi Barat dan kemudiannya mengunci teknologi itu dalam bahasa mereka sendiri. Sekiranya ada orang lain yang ingin mengetahui kehebatan teknologi itu, maka bahasa adalah kuncinya. Malah India turut mengambil langkah yang sama. Mumbai kini membangun sebagai hub untuk Bahasa Inggeris dan kemudiannya mereka yang mahir berbahasa Inggeris akan dihantar ke pelusuk dunia untuk mendalami ilmu teknologi terkini dan dibawa balik ke negara mereka lalu dialihbahasakan ke bahasa ibunda mereka. Teknik inilah yang dilakukan oleh Jepun, Korea Utara dan China.

Hakikat ini sememangnya disedari oleh bijak pandai di Malaysia tetapi konsep dan pemahaman tidak diterapkan terlebih dahulu sebelum mengimplementasikan apa-apa dasar/program. Maka rakyat ibarat berjalan tutup mata. Sayangnya!

Kita tunggu dan lihat dasar MBM dan MBI! Banyak mana pula duit rakyat akan dihabiskan dan banyak mana pula generasi muda ditikusputihkan...



Tuesday, July 28, 2009

Mencipta Keperluan


Dalam banyak-banyak pepatah, ada satu pepatah yang seringkali aku sebut anak-anak aku!

"Kera Sumbang"...

Ada di antara kita membesar dengan terasa bahawa kita tidak memerlukan sesiapa dan kita tidak mengharapkan sesiapapun! Dalam ertikata lain, tak pandai berkongsi. Tak kisahlah berkongsi bantal, atau berkongsi masalah atau berkongsi "wang"! atau berkongsi kereta...apa sahaja!

Isu ini aku hadapi ketika Aisyah berumur 5 sehingga 8 tahun. Dalam tempoh itu, melayan karenahnya yang tidak mahu berkongsi merupakan satu perjalanan yang amat menyedarkan aku bahawa betapa pentingnya kita membentuk keperluan dalam keluarga atau sesiapa sahaja di sekeliling kita. Semua di antara kita mempunyai ego dan sikap pemilih yang tinggi....semua nak bagus dan semua mesti yang terbaik... Kadang-kadang kita meletakkan sikap hanya ingin menerima apa sahaja tetapi tidak bersedia memberi.

Pernah sekali aku hilang sabar dengan Aisyah dan akhirnya aku mencipta sebuah dunia seekor kera yang hidup di hujung pucuk sebatang pokok kelapa yang jauh dari orang lain. Dibayangkan kepadanya pada suatu hari datang hujan dan ribut yang sangat kencang tetapi si kera yang sumbang ini tak tahu bagaimana untuk meninggalkan pucuk pokok kelapa yang tinggi...Akhirnya dia tinggal seorang diri ketakutan kerana walaupun dia adalah kera yang pertama nampak kehadiran hujan dan ribut tapi sayangnya dia lah juga kera yang pertama bakal dilanda ketakutan dan kesejukan dek hujan lebat.

Persoalan yang aku timbulkan untuk Aisyah ialah kenapa kera tu tak nak meninggalkan pokok kelapa yang tiggi melayut tu...Jawapan yang datang dari Aisyah ialah "supaya dia tidak perlu berkongsi apa-apa dengan sesiapa pun!"

Persoalan kedua yang aku timbulkan, bukankah beruntung bila dia ada teman untuk berkongsi ketakutan itu dan kalau dia turun ke bawah, pokok yang rendang pasti tak akan bergoyang hebat seperti pokok kelapa yang sebatang. Jawapan Aisyah...kalau dia duduk di pokok yang rendang nanti semua orang akan bersempit-sempit dengannya sampai dia tak ada tempat untuk duduk...akhirnya dia akan balik ke pokok kelapa juga....Jadi baik dia tak payah turun dan tinggal je di pokok kelapa tu!!! (Ketika ini usianya ialah 7 tahun!)

Apa yang ingin aku kongsikan ialah...masih ramai di antara kita selesa menjadi kera sumbang yang akhirnya keseorangan hanya kerana takut meninggalkan ketakutan yang membayangi dirinya dan hanya mampu mengharap untuk terus menerima tanpa berani untuk memberi.

Saturday, July 25, 2009

Isu Guru Saluran Kedua

Hari ini dalam kelas Seminar Isu Dalam Pendidikan merungkai masalah guru yang mengambil ijazah melalui saluran kedua (separuh gaji dan tanggung sendiri) menggunakan STPM. Aku adalah salah seorang dari yang ramai-ramai dimangsakan. Ramai yang terlepas pandang kerana ketika itu ramai yang hanya memikirkan ijzah yang bakal dipegang berbanding dengan kehilangan emolumen. Hmmm...aku kena buat kira-kira nampaknya!

Thursday, July 23, 2009

Fokus Pada Masalah atau Fokus Pada Penyelesaian Masalah?

Kita ada secawan kopi. Apa yang pandang ialah cantiknya hiasan pada cawan dan piring itu. Tetapi apa yang kita tidak ketahui ialah rasa kopi yang dihirup. Dan walaupun kopinya "ceroi" dan kurang manis, kita tetap menghirup dengan penuh berhati-hati kerana takut terlepas cawan dan piring yang dipegang.

Dalam kehidupan, set piring dan cawan adalah assesori tambahan yang menyedapkan mata tetapi apa yang paling penting ialah kualiti kopi yang sedang dihirup. Kalau kopi itu berkualiti, bekas apa pun yang diguna tidak akan mengubah rasa hebat kopi itu.

Dalam seharian kita, selalunya kita akan berdepan dengan pelbagai masalah, macam-macam tetapi tetap masalah. Di mana kita letakkan fokus kita: semata-mata pada masalah itu dengan menyebut dan merintih atau semata-mata pada penyelesaian masalah dengan mencari kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dari terus berulang...

Tepuk hati tanya minda!

Wednesday, July 22, 2009

Minggu Menyebok!

Hari ini bermula Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan ke 16. Seperti biasa semua gist tentang seminar ini berada di sini dan di sini (2007 dan 2008)

Pengalaman yang aku kutip di sini adalah...

1: Apakah persediaan yang perlu ada sebelum membentangkan kertas kerja di seminar
2: Networking! Setakat ni ada beberapa prominent figure yang telah didekati di IAB untuk mencari maklumat tentang teknik-teknik memulakan penulisan ilmiah.
3. Pergh....layanan sebagai peserta Seminar Nasional memang ada umphh tersendiri!!

Tetapi...Genting Highlands dan Bukit Tinggi macam dah melambai-lambai....CHOGM!!!

Saturday, July 18, 2009

Paksi Kehidupan


Ini satu isu yang sangat serius yang dipandang berat tetapi diambil ringan. Menetapkan paksi kehidupan. Fahamkah kita apa itu "paksi kehidupan"?

Apakah yang menjadi fundamental kita dalam menentukan arah kehidupan?

Kenapa kita berkahwin dan beranak pinak?

Kenapa kita mencari wang siang malam pagi dan petang?

Kenapa?

Dalam dunia yang sering berubah-ubah dan kita seiring dengan perubahan itu, kita mencari sesuatu yang tidak pernah berubah walau ditelan dan diluah kembali zaman. Sampai ke penghujungkah pencarian kita? Bersabarkah kita dengan hasil dihujung perjalanan itu? Apakah yangtelah kita kutip dan kumpul sepanjang perjalanan itu? Apakah yang menjadi liabiliti dan apa pula yang menjadi aset? Dan apa yang menjadi kompas pencarian itu?

Tahukah kita apa yang kita cari selama ini?

Ahaks!

Cun kan?! Nokia 3120 classic ...tambah pula dapat free! (alkisahnya aku switch communication servis provider dari D... ke C....dan aku dapat phone ni percuma dgn syarat aku stay dengan servis yang sama selama setahun. No hal lah!) Alhamdulillah, rasanya minggu-minggu suram aku dah kembali ceria...


Ini pula kehendak yang menjadi keperluan. Akhirnya aku melabur 'sarang burung' aku untuk memiliki Asus x83V walaupun pada mulanya hati aku terpaut pada HP DV4 yang tidak kurang hebatnya. Setelah mengambil pandangan yang pakar, Asus x83V menjadi pilihan muktamad. Specnya memang hebat tapi aku masih lagi terkial-kial menggunakan aplikasi Vista kerana dah masuk comfort zone dengan Window XP! Well...gagau jelah di celah-celah ingatan apa yang telah diajar oleh Obinna! Apapun masih boleh berYM dengannya walaupun terpisah separuh dunia dengan dimensi masa yang berbeza!

Dan aku melengkapkan keperluan aku dengan streamyx 512 kpbs. Sebelum ni aku hanya bergantung dengan servis broadband yang menguji kesabaran aku dan laptop yang sangat tinggi sentimental valuenya.

Bila dah masuk semester dua pengajian di UPSI, rasanya dah tiba masa untuk bergerak dengan full force! Apa yang dirancang semester lepas semakin direalisasikan di semester ini. Menyusun atur setiap perancangan agar selari dengan pre-defined goal.


Begitu juga dengan perjalanan Anisa yang dah dapat greenlight pada 24 November ini, dua hari selepas birthdaynya. Harap semuanya berjalan lancar! So selepas ini mental dan rohani Sufi pula akan dipasak dan diasak... Mampukah aku? Insyaallah dengan mereka yang hebat-hebat di sekeliling aku ketika ini, pastinya aura mereka terlampias ke aku juga kan!!! Numpang tui, kata rakan gaduh aku!






HOORAY!!

Wednesday, July 15, 2009

Erti Ketenangan

Suatu ketika si ibu melakukan perjalanan dengan menumpang perahu layar dari
daratan tempat kediamannya menyeberangi lautan menuju suatu daerah dimana
anaknya sedang menuntut ilmu. Ditengah perjalanan, perahu tiba-tiba datang
badai dan ombak yang sangat ganas menghempaskan perahu, sehingga perahu
layar tersebut berjalan tak tentu arah terbawa ombak. Melihat kejadian
tersebut, semua penumpang kecuali ibu ini, berteriak-teriak histeris karena
ketakutan, ada yang mencari pelampung, ada yang saling berpelukan dengan
anggota keluarga dan teman seperjalanan dan ada juga yang sudah meloncat ke
air untuk berusaha berenang mencari pantai dilautan yang tidak kelihatan
tepiannya. Sang nakhoda tetap berusaha mengendalikan perahu layar tersebut
semampunya dengan harapan jangan sampai perahu itu terbalik dan tenggelam.

Dalam keadaan yang sudah kacau balau tersebut, si ibu tetap duduk dengan
tenang sambil sesekali menengadahkan wajah dan tangannya ke atas dengan
bibir komat-kamit. Seorang awak kapal ternyata memperhatikan si ibu tua itu
dan kemudian ia mendekati seraya berkata :” Ibu… apa yang sedang engkau
lakukan, mengapa ibu diam saja dan tidak berusaha untuk menyelamatkan diri
..”? Lalu sang ibu memndang awak kapal itu dengan senyum yang sangat ikhlas
dan tenang, lalu dia berkata :” apakah yang dapat aku lakukan disaat
seperti ini..”? Awak kapal menjawab :” pergilah cari pelampung atau
masuklah ke sekoci bersama dengan penumpang yang lain” Si ibu kembali
bertanya..” apakah dengan kondisiku yang sedemikian ini akan mampu berebut
pelampung atau mampu bertahan untuk saling mendorong di dalam sekoci yang
sekecil itu..? apakah kapal ini tidak lebih besar dari sekoci itu untuk
tempat berteduk dan berlindung..”? lalu sang awak kapal menjawab :” ibu,
kapal ini akan tenggelam karena sudah terlalu banyak air laut yang masuk”
Kemudian si ibu menjawab :” aku sangat berbahagia untuk tetap tinggal di
kapal ini, karena sekoci dan pelampung itu tidak akan pernah sampai ke
daratan yang akan kita tuju, karena mereka tidak akan kuasa menentukan
arahnya, sementara Jikalau Tuhan mengijinkan kapal ini bertahan, maka akan
sampailah kita ke daratan tujuan kita dan aku akan bertemu dengan anakku
yang kucintai yang sedang menungguku disana”. Si awak kapal bingung dan
kembali bertanya :” bagaimana sekiranya kita tidak mampu untuk meneruskan
perjalanan dan kita putar haluan untuk kembali..?” si ibu menjawab :” aku
juga akan berbahagia, karena aku akan kembali berkumpul dengan suami ku
yang sedang menunggu ku di rumah..” Lalu si awak kapal kembali bertanya:”
Bagaimana kalau kapal ini tenggelam dan kita akan mati ditelan ombak
badai..?” si ibu kembali menjawab dengan tenang dan senyum :” aku juga
akan tetap berbahagia, karena aku akan bertemu dengan anakku yang telah
lama pergi menghadap Sang Penciptanya”. Seketika itu sang awak kapal baru
tersadar.., ternyata ketabahan ibu ini sungguh luar biasa, lalu dengan
tangan yang lembut ia menuntun ibu tua itu untuk masuk menuju ruang awak
kapal serta berkata ” Terimakasih Ibu, engkau telah memberiku pelajaran
yang sangat berharga, bahwa hidup harus dihadapi dengan ketenangan jiwa dan
terutama penyerahan diri kepada Tuhan Sang Pencipta”
—————————————

Dalam menghadapi perjalanan hidup di dunia kita mestilah ada pegangan hidup dan
ketenangan jiwa kerana walau sepandai dan sebijak serta sekaya mana pun kita
namun sebagai manusia yang tiada ketenangan jiwa hidup kita pasti tak bahagia.
carilah KETENANGAN JIWA kerana didalamnya ada KEBAHAGIAAN.

tetapi kita selalu menjadi keliru dan hilang arah tujuan sehingga semuanya menjadi kalut...

Plan your work and work your plan!


Wednesday, July 8, 2009

KUALA LUMPUR: The Cabinet has decided that the medium of instruction for Maths and Science will revert to Bahasa Malaysia in national schools and mother-tongue languages in national-type schools from 2012 onwards.

The reversal of the Teaching of Math and Science in English (PPSMI) policy will be done in stages, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said on Wednesday.

He however added that there will be greater emphasis on learning the English language.

English literature will be re-introduced, as will subjects on grammar and composition.

Beginning 2012, students in Year One and Year Four in primary schools, and Form One and Form Four in secondary schools, will learn Math and Science in Bahasa Malaysia.

The change will not affect those in Form Six and Matriculation.

The two subjects will be taught in two languages until 2014 for other students, he said.

“The gap between rural and urban students has widened since PPSMI started.

“Only 19.2% of secondary teachers and 9.96% of primary teachers were sufficiently proficient in English,” he said, explaining the Government’s decision to revert to the old system.

On efforts to emphasise the learning of English, the number of English teachers would be increased by 13,933 -- retirees would be hired, as well as foreigners if need be.

Primary schools will also increase English classes by 90 minutes a week.

There have been calls from various groups for the policy to revert to before 2003, when the subjects were taught in Bahasa Malaysia in national schools, and either in Chinese or Tamil in national-type schools.

The issue has seen a rare alliance between Malay and Chinese educationists, who are against the switch, although there are also calls by many parents and entrepreneurs for English to be maintained.

The Star

My comment:

Teringat aku pada kata-kata seseorang, apabila kita ingin menguasai ilmu yang perlu difahami terlebih dahulu ialah bahasanya barulah kita dapat menguasai konsepnya. Kelemahan kita dalam hal ini diakui kerana kita taksub dengan menginginkan perubahan dengan kadar segera ibarat kata Prof aku , KPLI adalah contoh guru KFC (guru segera) yang lebih banyak menimbulkan kecelaruan dalam pendidikan oleh kerana tidak cukup ilmu.

Kita selalunya meletakkan fokus kepada penyelesaian jangka pendek sahaja tanpa mengambil kira kesan jangka panjang.

Ramai di antara kita hanya memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu ketika itu dan akhirnya kesan yang bakal diterima terlepas pandang. Akhirnya semua yang dirancang rosak dan perlu dilakukan semula. Bukan semua perkara boleh diperjudikan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira percaturan jangka masa panjang. Kerosakan yang berlaku selalunya akan meninggalkan kesan yang sukar dihilangkan lalu akan berlaku salah menyalah antara satu sama lain kerana ingin menyatakan ketidakpuasan hati dan dalam masa yang sama ingin menutup kesalahan yang telah dilakukan.

Mengapa begitu?





Is this CINTA?




taken from tinta semalam

Monday, July 6, 2009

Mati


Sejak beberapa hari aku memikirkan kematian. Hari ini aku membaca kisah bagaimana seorang lelaki membunuh diri dengan membakar diri dan terjun dari apartment di tingkat 11. Beliau ditemui dengan keadaan tertiarap dengan kesan terbakar 50%... Bayangkan dibakar hidup-hidup, mati terhempas sebegitu, bagaimana pula apabila dibakar di neraka dengan manusia dijadikan kayu api dan beribu-ribu kali panas dari api yang ada di dunia kemudian dipukul oleh malaikat yang ganas dan menakutkan?



Terbayang pula kisah kematian Micheal Jackson (mati dalam Islam), Farah Fawcett (mati bersekedudukan dengan Ryan O'neal)...



Bagaimana pula kematian aku nanti?

Siapa punyee??

Lorrr...sapa punya gheta yang tidak bernama tersadai bawah seat kereta aku nih? Itu pun nasib baik aku nak cuci kereta masa balik Taiping kelmarin. Kalau idak terperuk lah kat bawah tu...Ikut hukum kalau tak ada yang claim dalam masa 30 hari...bermakna dah bertukar tuan le! Aku dulukan dengan terima kasih la sebab sedekah kat aku yang tengah mencari kamera baru....
Memang best bila balik rumah sendiri walaupun hanya 24 jam je!! Terkocoh-kocoh aku lepas kuliah Prof Omar sebab panggilan dah bertalu masuk bertanya di mana kah aku!!! Bila jumpa adik-adik, mak sedara dan paling best sekali bila dapat makan kuah durian...tangan mak! dan dibelanja mee goreng udang dek birthday boy yang dah 34 tahun ghupanya..(Sanggup aku chelok kelas SPSS walaupun dah dijemput dengan hormatnya!!!)..Fushh...Best nye! Terima kasihle Ijan tapi akak masih dok teringatkan kamera Sony yang "itu"!! Jual jelah!

p/s: Sheda..tolong emailkan gambor2nye!

Friday, July 3, 2009

Boring nya bila ada masalah!

Semua orang berdepan dengan pelbagai rencam masalah. Ada yang tenggelam bersama masalah, ada yang akhirnya mengambil jalan tengah dengan tidak ambil kisah tentang masalah tersebut, ada juga yang cuba membaiki tetapi akhirnya ibarat tikus membaiki labu!

Apa yang aku jumpa dari bahan-bahan yang aku baca ialah, semua orang ada masalah, walaupun masalahnya berbeza-beza. Namun di mana kita meletakkan fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Fokus pada jalan penyelesaiannya bukan punca masalahnya walaupun punca mungkin boleh membantu tetapi akhirnya kita akan lebih terdorong untuk menyalahkan punca masalah dari melihat bagaimana masalah itu mampu diselesaikan.

Buat mereka yang sedang berhadapan dengan masalah!!

the Voice of Truth

Kita seringkali mempertikaikan apa yang telah kita beri sama ada berbaloi dengan apa yang kita terima. Wajarkah sebegitu?

Ada pula masanya kita merasakan apa yang kita telah berikan tidak setimpal dengan apa yang kita terima. Maka timbul pula persoalan baru, wajarkah aku terus memberi kepada sesuatu yang tidak tahu menghargainya?

Malahan kita seringkali tidak berpuas hati dengan kualiti pemberian yang kita terima kerana kita sering bandingkan dengan nilai pemberian kita.

Formula aku sangat mudah: jangan bergantung harap dengan orang, sentiasa berdikari dan pastikan ada kawan-kawan yang mampu mendengar dan membantu memberi jalan penyelesaian dengan keadaan tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bercerita adalah satu ruang yang sangat diperlukan oleh semua orang. Tetapi jangan terpedaya dengan mereka yang mengatakan bahawa mereka adalah pendengar yang baik kerana seringkali mereka ini yang lebih banyak membuat justifikasi terhadap masalah kita sehingga kita menjadi tersepit dan masalah menjadi semakin rumit. Carilah mereka yang mampu berkata-kata kerana biasanya mereka inilah yang lebih memahami!

...aku hanya pasrah dengan :~ it is the thought that counts!

Selamat Hari lahir untuk insan-insan yang istimewa dalam hidup ku..Hari ini 3 Julai, seseorang yang banyak meng"cool"kan aku bila aku bengang! dan esok 4 Julai buat seseorang yang masih lagi mencari arah dan tujuan dalam perjalanan hidupnya!