Saturday, April 26, 2008

Baby aku dah golek 360*


Pagi-pagi Sabtu, aku buat pertama kali ke sekolah untuk terlibat dengan aktiviti KO-KU yang diadakan setiap Sabtu minggu kedua dan keempat.
Aku masih lagi pening lalat dengan perlaksanaan Ko-Ku di sini kerana belum hafal tarikh, masa dan tempat! Keep on trying..itu yang penting!
Buat kali pertama dalam sejarah aku mengendalikan kelab, aku diberi Kelab Bahasa Inggeris! Mungkin sebelum ini aku lebih aktif dalam sukan, permainan dan unit beruniform. Kali ini aku menambah kekuatan aku dalam bidang pengendalian kelab/persatuan pula...
Untuk yang tersayang..
Dalam kepala sudah dirancang untuk membawa "baby" aku yang sedang sakit kaki ke sebuah workshop di Bagan Panchor, Pulau Pinang...untuk mendapatkan best treatment dengan kadar yang paling murah!!!
Tapi sebelum tu, "baby" aku dimandikan sebersih-bersihnya sebab kekotoran dan kesemakannya dah sampai ke tahap Gaban...dengan ada 10 biji kereta Sufi, buku-buku cerita aku yang berseredakan dari depan sampai ke bonet!...itu tak tengok kesan ice-cream sufi yang melekat merata-rata macam "cerita bunuh kat TV"!
Dalam masa yang sama, phone aku asyik berdering sebab body guard dah tunggu hampir sejam di rumah! Sabor-sabor...
Tepat jam 1.20 pm, kami bertolak dan tiba sekitar 2.20 pm. Wah....berjujuk kereta yang sedang menunggu untuk "dibelai..diusap...diurut"...
Nasib baik aku layan buku cerita...dengan perut berkeroncong dan panas terik akhirnya...YAHOOO...."baby" aku boleh golek 360*!
Workshop ini specialised dalam membaik pulih absorber dan suspension kereta. Apa yang mereka buat ialah gunapakai semua absorber yang lama, masuk kan gas atau minyak, kemudian pasang balik. Cara ini lebih menjimatkan berbanding membeli absorber baru yang mencecah ratusan ringgit sebatang. Itu sebatang...kalau 4 batang...kopak! Keseluruhan kos aku termasuk sebatang absorber baru ialah RM 160 untuk 4 batang...Murah beb...


Body Guard aku sedang merunding harga...

Keadaan dalam workshop yang memang cukup menarik untuk diteroka tapi aku segan nak bertanya memandangkan aku dan mak aku je perempuan kat situ!!

Sampai di Taiping sekitar 5.30 petang, so aku ada masa bawa "baby" aku ke salon buat kecantikan pula! Akhirnya roadtax yang dicabut oleh Sufi dah dilekatkan semula di sebelah kanan! Jauh sikit dari garfunya yang menggatal tu!! Dan kening "baby" aku kini ber tinted hitam dengan lining silver...seksi u!!...Akhirnya mak aku pasti tak berceloteh lagi bila bulu mata "baby" juga diganti baru supaya bila hujan, kenyitnya menjadi...

So tinggal untuk repair compressor air-cond dan cat semula...Projek 3 bulan lepas dapat claim pindah!!! Kesian baby aku ni yang tidak terjaga dan terurus sejak aku balik dari US...asyik kena belasah je tak kira ke mana...

Loorr, rupa-rupanya Ijan dan Wyda dah sampai dari Shah Alam...Patutla mood mak pun canteekk...je! (Anak jantan kesayangan dia!) Kebetulan pula aku berjaya membuat abah aku pulang dari Bertam..untuk yang tersayang...

No comments: