Hari ni aku ke sekolah, perkara pertama yang aku lakukan ialah mengadap Cikgu Bashid untuk memohon kebenaran untuk mengikuti satu workshop yang dikenali sebagai NIE (Newspaper in Education) dengan kerjasama News Straits Time. Kebetulan aku ingin mengumpulkan maklumat bagaimana untuk link kan sekolah aku dengan NSTP supaya apa yang telah aku lakukan disekolah lama dapat dilakukan di sini cuma semasa di sana, aku lebih banyak berurusan dengan The Star melalui rakan wartawan dan sahabat media.
Akhirnya melalui perbincangan 2 hala, kami menemui kata sepakat untuk menghantar guru lain untuk didedahkan dengan workshop ini.
Bagi pendapat peribadi aku, guru perlu dibangunkan melalui pelbagai teknik dan pedagogi terbaru dalam pengajaran dalam kelas supaya pelajar didedahkan dengan "empowering". Ini adalah supaya pelajar dapat belajar membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju pembelajaran yang mereka inginkan tanpa dikekang oleh kecetekan guru dalam pengajaran.
Sejak 2 bulan aku mengajar di sini, aku memberi masa kepada diri aku dan anak-anak muridku untuk masing-masing mengenali style dan perbezaan masing-masing untuk mencari titik penentu sebelum benar-benar melangkah ke dunia Bahasa Inggeris.
Langkah pertama yang aku lakukan ialah menanam minat terhadap bahasa yang sebenarnya sangat mudah tetapi kerana ketiadaan minat, aku tahu ramai di antara pelajarku menganggap bahasa asing in sebagai sesuatu yang sangat sukar untuk dikuasai.
Langkah kedua yang akan aku ambil ialah menunjukkan bahawa bahasa asing ini hanya perlukan sedikit keyakinan dan sedikit "suka". Maka pendekatan yang aku gunakan ialah dengan menggunakan sepenuhnya makmal komputer yang disediakan di sekolah aku. Aku biarkan mereka meneroka dunia internet melalui "gmail" dan "blogging".
Langkah seterusnya ialah, aku berharap mereka mula menganggap bahawa bahasa asing ini bukanlah satu kekangan untuk mereka mendapatkan maklumat. Aku ingin mereka faham bahawa yang mengikat mereka bukanlah ketidakupayaan berbahasa tetapi ketidakupayaan menggunakan maklumat yang ada.
Satu teknik yang mudah aku gunakan ialah menulis dengan menggunakan Microsoft words. Walaupun ramai di antara anak muridku yang mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan satu karangan ringkas, tetapi apa yang penting ialah mereka didedahkan dengan ruang Bahasa Inggeris kerana tanpa mereka sedari, mereka meneroka komputer di hadapan mereka dalam Bahasa Inggeris.
Apa yang boleh aku katakan, apabila aku melihat bagaimana anak murid aku terkial-kial mencari apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang mereka ingin sampaikan dan dalam keriuhan bertanya pada kawan-kawan mereka, aku semakin menyedari bahawa dalam kebingitan suara mereka, aku sudah mula jatuh cinta pada sekolah ini...
I guess, I am picking up...walaupun masih lagi lemah akibat penangan demam panas sejak hari Khamis kelmarin.
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
2 comments:
dah sihat ker ni? demam panas bahaya
dah hampir sihat..tapi budak buas! tak reti duduk diam..dah demam balik!
bonda tersayang dah mula membebel...sibuk tak kenal siang malam macam tak cukup 24 jam!
Post a Comment