Wednesday, April 23, 2008

Istana 7 Tingkat

Kata-kata ini terukir dari sahabat karib aku apabila kami berbicara tentang kehidupan..."Istana 7 Tingkat"...
Pada mulanya kata-kata itu merujuk kepada kekayaan dari segi duit ringgit dan material dunia.
Kemudian ia dipanjangkan kepada mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat...
Dan akhirnya ia dirumuskan kepada menggunakan kekuatan dalaman diri untuk mencapai apa yang masing-masing idamkan.
Jadi akhirnya aku membina persoalan aku sendiri...
Apa yang kita cari dalam kehidupan ini, adakah kehidupan akan menjadi sekadar bayang-bayang yang menemani kita sepanjang hidup tapi tidak mempunyai nilai?
Apakah dengan memiliki Istana 7 tingkat, kita akhirnya boleh mendabik dada dan berkata..."Aku sudah memiliki kehidupan".
Apakah kebahagiaan di dunia menjamin kebahagiaan di akhirat dan adakah bila kita hanya mencari kebahagiaan di akhirat, kita perlu mengenepikan kebahagiaan dunia?
Jawapan yang dapat aku rumuskan hanyalah...
Kekuatan dalaman semata-mata tanpa dorongan atau momentum menyukarkan untuk kita membina Istana 7 Tingkat namun begitu tanpa dorongan atau momentum itu pasti sekali menguatkan dalaman kita untuk berdepan dengan pelbagai ranjau dan perit dalam segala macam masaalah sepanjang proses membina istana itu.
Perlukah kita mencari dorongan atau momentum itu semata-mata kerana kita berhajat untuk membina sebuah Istana 7 Tingkat? Itu aku tak tahu dan masih dalam proses mencari jawapan...

No comments: