Antara lagu yang agak gila sikit ialah lagu-lagu Ellyana...tapi macam kata Linda Onn ERA, memang lagu-lagunya lain dari yang lain. Antara lagu yang benar-benar membuat aku selalu terpaku dan memikir jauh ialah "Bukan Satelit".
Kita manusia
Bukannya setelit
Mampu terkulai
Mengorbitkan angkasa
Pastinya kita perlukan sentuhan
Jiwa ke jiwa
Menolak sengsara
Kesepian
Selalunya peluang
Datang sekali
Jangan biar kan ia berlalu pergi
Runtuhkan saja
Segala halang
Di kelilingmu
Lagunya simple tapi maksud di sebalik bait-bait itu selalu membuat aku memandang insan-insan yang sangat istimewa dalam hidup aku.
Semua orang memerlukan "Pelukan" dan "Kasih Sayang".
Bayangkan kalau anak yang sedang terjerit-jerit marah diusap dan dipeluk erat, pasti sekali terdiam dan kaku seketika. teringat aku iklan Baby Johnson Oil, baby yang diurut dan dilurut membesar lebih cepat berbanding dengan baby yang kurang menerima sentuhan.
Bayangkan pula kalau anak murid yang seringkali membuat bising dan suatu hari kita mengusap belakangnya, pastinya keesokan harinya, si anak itu akan berubah sikap menjadi lebih lembut dan lebih mendengar kata.
Sentuhan sangat penting dalam hidup kita...sangat penting kerana kelegaan yang datang dari setiap sentuhan dan lurutan itu menyentuh kalbu dan menenangkan...
Hargailah mereka yang kita sayang kerana setiap sentuhan kita itu ibarat pengubat yang pasti melegakan pelbagai penyakit.
Mungkin sebab itu, kita seringkali memberi kucupan terakhir di dahi insan yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya, membayangkan betapa kudusnya sebuah kucupan kasih sayang sebagai tanda merelakan pemergiaannya...
Lots of Hugs and Kissess...
Muaaahhh...
2 comments:
kak sharifah,
i agree, usapan memang boleh soothe the feeling.. nak nak kalau kita tgh murung atau apa.. member datang sebelah usap bahu, kawan datang usap tangan bila ada problem.. memang boleh bantu.. simple act does go a long way. :)
when are u going to write about our defeat in the debate? dumb ass judges! im still not over it... nak nangis ni... :(
Post a Comment