Sejak hari Jumaat malam aku rasa macam aku masuk "rat race" kerana selesai urusan di Ipoh (bertolak pukul 9 malam), aku terus ber appointment dengan Arman, team manager debat di Kuala Kangsar. Kebetulan dia sedang mengendalikan Debat Bahasa Melayu Peringkat Negeri bagi pelajar sekolah menengah. Lepaklah aku dengan group yang telah aku kenali sepanjang berkampung di Parit Buntar tempohari. Isu yang dibincangkan pasti sekali pasal post-moertem yang bakal diadakan dalam tempoh 2 minggu lagi. Pasukan Perak masih lagi mencari punca kekalahan supaya perkara ini diselesaikan secara baik di antara pihak IAB dan Pasukan Perak. Apapun semua orang sedang menunggu. Habis secawan Milo "O" kosong, gelas besar, tak ada susu dan gula, akhirnya kami semua beredar sekitar 12.30 malam.
Sepanjang perjalanan, kepala aku ligat memikirkan modus operandi perniagaan yang sedang aku jalankan kerana mengendalikan 2 perniagaan dengan kerja sekolah yang benar-benar menimbun meletakkan aku dalam kesibukan tahap gaban. Buat masa sekarang aku sedang melatih pelajar untuk Choral Speaking ~ bertanding pada 8 Mei, menyiapkan skrip drama ~ bertanding 26 Mei untuk sekolah aku dan juga untuk anak aku di MCKK. Dan juga sedang merangka kerja untuk menyediakan pasukan debat B.I. untuk sekolah ~ bertanding pada 5 Mei.
Mak aku kata, aku nak bunuh diri! Aku pula menggunakan formula 60247365!
Teringat kata rakan aku, orang yang sibuk, sentiasa ada masa, orang yang senggang, sentiasa tiada masa!
Mungkin segala-galanya terletak pada cara kita menguruskan masa...
Mak aku kata, aku nak bunuh diri! Aku pula menggunakan formula 60247365!
Teringat kata rakan aku, orang yang sibuk, sentiasa ada masa, orang yang senggang, sentiasa tiada masa!
Mungkin segala-galanya terletak pada cara kita menguruskan masa...
No comments:
Post a Comment