Tuesday, April 8, 2008

Provokasi


Pada majlis perpisahan di Drexel University, Prof. Haslam menerangkan kepada kami jenis kebijaksanaan dan jenis kepimpinan yang dimiliki oleh setiap seorang dari 13 orang guru dari seluruh dunia yang telah berada dibawah bimbingannya selama 6 bulan...



Aku tahu akhirnya kenapa aku sukar difahami dan didekati dan mengapa aku suka membuat orang di sekeliling membuat persepsi yang berbeza dengan apa yang ada dalam minda aku...



Bukan sukar sebenarnya untuk orang membuat persepsi yang berbeza dengan apa yang ada dalam minda aku kerana itulah kelebihan aku!



Ramai di antara kita cepat membuat persepsi dan membuat keputusan tanpa benar-benar memahami dan cuba mengerti apa yang sedang berlaku.



"A picture says a 1000 words"...

"Completing the puzzle"

"Memorising a song"



Selalunya kita hanya cuba melihat pada gambar tanpa memahami apa yang cuba disampaikan oleh sekeping gambar. Akhirnya kita tersasar dan terus menyalahkan gambar yang menggunakan warna yang salah.



Selalunya kita mencari kepingan puzzle tanpa mengetahui bagaimana rupa gambar yang sebenarnya. Akhirnya kita mengatakan puzzle yang ada tidak lengkap atau tidak mencukupi.



Selalunya kita menghafal lagu dengan membaca perkataan tanpa memahami apa pengertian yang ada dalam sebuah lagu. Akhirnya kita kata perkataan yang ada dalam lirik tidak berkaitan dengan lagu yang dinyanyikan.



Kita dengan mudahnya mengatakan maklumat yang ada pada kita adalah betul dan itulah yang terbaik dan harus diikuti tanpa memikirkan apa yang tersirat disebalik setiap kejadian yang kita alami itu.



Ibarat kata...kuman di seberang lautan jelas kelihatan, gajah di depan mata kita kabur...



My Comment:



Apa yang ingin aku sampaikan ialah...aku memang tahu siapa penulis/ penyanyi lament yang aku tukarkan kepada choral speaking scripts. Apa yang tersirat dari perbuatan aku itu yang tidak dapat difahami oleh Anonymous atau Zuwairi! Itu yang aku katakan kuman nampak...gajahnya entah ke mana!



Cuba baca balik apa yang cuba disampaikan oleh lirik dan kenapa saya meletakkan copyright bagi apa yang bukan milik saya...



itulah PROVOKASI...Kebijaksaan saya!



I love it when I have the last laugh!!!


5 comments:

Anonymous said...

Diulang sekali lagi...mungkin kurang jelas jika dibaca hanya sekali.
"copyright bermaksud mengambil karya orang lain dengan kebenaran bertulis." Kebenaran bertulis tersebut mestilah secara formal dari pemilik asal.
Yes, you stated 'copyright', which means you 'copied', but did you have the 'right' ? Kalau ada, sila paparkan. Kalau tiada, siapa pula yang ketawa sekarang ?

Sharifah Hassan said...

alamak...

Ingat jadi petunjuk saya! Gaya macam offer diri...So tengah tunggu le kut-kut nak buat untuk saya!

Maafla...di kalangan kawan rapat, saya dikenali sebagai seorang yang suka provoke...tapi akhirnya bila sama-sama dah faham, kami ketawa berdekah-dekah sampai tutup mulut lagi...

Cuma awak ni hypersensitive and hyperserious...get a life man!

saya mengusik awak...tak ada niat lain...

Ramai orang tahu istilah copyright! dan ramai orang tahu secara kemanusiaan, kita perlu menghormati hasil karya yang telah dihasilkan itu...

Saya sangat menghormati pendapat awak itu tapi salah saya gak...suka menyakat!

Anonymous said...

"Cuma awak ni hypersensitive and hyperserious...get a life man!"

HaHaHa....Sebenarnya tidak juga. Pada saya, there are times when we can take things for granted, but there are certain times that we need to be sensitive & serious, or else tak pasal2 kita boleh didakwa hanya kerana kecuaian kecil.

Anonymous said...

Kekadang sememangnya "kita" sering menggap bahawa kita adalah betul dan orang lain salah. Pada hal kedua-duanya betul dari satu sudut lain pula kedua-duanya salah. Betul dan salah sering di tekankan oleh pihak masing-masing... akhirnya kering tekak dek isu yang kecik. Eh..betul ke ni.. Entah-entah saya yang EGO! hehehheh

Anonymous Part2

Sharifah Hassan said...

Tau pun!

Typical male... Selalu mesti betul dan jangan dibetulkan!

But isn't it nice bila ada ruang boleh bertekak dan berperang tanpa melibatkan emosi dan tanpa menyentuh peribadi (personal attack)...kita selalu lupa pasal isu yang digaduhkan, tup-tup dah beralih pada "hang siapa @ aku siapa"...tu yang tak syok tu...