Salam, Dr.
Saya masukkan maklumat di blog saya di ruangan ini.Saya tertarik untuk mengulas artikel Warna Hari Resonan yang ditulis oleh Dr. Ariffaizal. Bidang yang saya ambil semasa di universiti dahulu adalah bidang psikologi dan saya meneruskan kerjaya yang berkaitan dengan bidang tersebut.Saya biasa mengikuti kursus motivasi, kecemerlangan diri, personaliti diri dan seumpamanya, malah Teori berkenaan warna banyak diperkatakan di mana-mana sahaja oleh pakar psikologi.Tetapi, saya masih kurang berpuashati dengan penerangan sesetengah pakar psikologi berkenaan warna, saya masih tidak nampak relevan warna dengan kehidupan seharian sehinggalah saya mengenali Colour Vibration Therapy (CVT). Pada pendapat saya, CVT berjaya menerangkan dari segi saintifik berkenaan warna di mana perkara ini tidak diterangkan oleh pihak lain.CVT berjaya menghuraikan hubungkait manusia, alam dan warna. Warna pelangi sebenarnya ada di dalam diri kita kerana Allah (S.W.T) hendak menunjukkan kepada manusia bahawa kita merupakan sebahagian dari alam. Oleh itu, sebagai manusia,lebih-lebih lagi setelah dilantik sebagai khalifah, kita tidak seharusnya mengkhianati alam/bumi, di mana banyak kerosakan dilakukan dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa kurangnya kesedaran terhadap penciptaan kita: Kita adalah alam dan alam adalah kita. Kita digalakkan mengenakan pakaian yang berbeza warna setiap hari berdasarkan kajian CVT iaitu :
Isnin : Putih
Selasa : Pink / Purple
Rabu : Biru
Khamis : Kuning / Oren
Jumaat : Hijau
Sabtu : Merah / Maroon
Ahad : Hitam
Kenapa penggunaan warna yang ekstrim tidak digalakkan, contohnya, seseorang terlalu menyukai warna hitam, akan mengenakan pakaian berwarna hitam setiap hari, hitam adalah warna penyerap, oleh itu, segalanya akan diserap samada baik atau buruk, positif atau negatif, tengok sahaja remaja "Black Metal", mereka menyerap segala yang ada di alam, sehingga hilang perasaan dan rasional dalam menimbangkan baik buruk sesuatu perkara.Dalam Islam sendiri, sesuatu hendaklah dilakukan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan, saya kaitkan dengan CVT, kenapa kita tidak digalakkan untuk terlebih menyukai sesuatu warna kerana kemungkinan warna tersebut adalah warna yang kita alah.(Warna kelemahan kita sendiri.)
Di sini saya sertakan tip warna yang dikongsi oleh pelopor CVT; Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Waha sewaktu mengikuti kursus yang disampaikan oleh beliau sendiri dan dipetik dari beberapa artikel beliau.
•Rumah :
bilik tidur, dicadangkan warna violet;
ruang tamu-putih / hijau,
dapur-biru
•Restoran : warna kuning / oren bersesuaian kerana membangkitkan selera makan
•Pembelajaran : Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru.
•Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalamus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan.
•Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat.
•Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak.
•Warna ungu pula mampu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar.
•Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu merangsang minat pelajar.
Pembaca yang budiman, diharap maklumat yang berguna ini dapat dikongsi bersama, insyaallah.
Rujukan dari Rawatan Kesihatan
4 comments:
for me colour is important, i love eating with colours..ahaks
hi...I loooovveee colourful stuffs!
But didn't know certain colors are for certain days...interesting ek??
CVT ni aku mula kenal may b dlm 7 thn lps kat kuantan, phg.
ms tu aku ada resdung & diperkenalkan dgn CVT. rawatan dia nampak mcm klakar tp bkesan. Ye aku ingat lagi klinik tu CVT Dr Norhisyam.
Allah tak menjadikan setiap ciptaanNya sia2.
Salam Izman,
aku pula kenal CVT masa cikgu kat sekolah buat reading aura aku..aku ketawa je masa tu, tapi masa aku pi untuk satu interview, aku pakai warna yang disarankan..memang jadi! Kemudian ada ubat untuk lelah yang aku belikan untuk kegunaan anak aku yang mengidap lelah tahap kronik, cara gunanya agak leceh, tapi berkesan! So memang betul lah setiap penyakit ada ubatnya!!!
Post a Comment