Tuesday, December 2, 2008

Back to Tehran 28 Nov (Entry 8)

Iya ker....Thanks for the compliments. Tak per, aku tak kesah klu ko nak masukkan dlm blog ko. Sebenarnya aku tulis citer aku dlm petfinder forum...dan aku copy paste hantar kat ko. Pasal blog tu tenguk la bila2 aku free nanti....Memang berhajat juga.
Aku balik ari Ahad ni. Sampai Msia Isnin, 1 Dec, agak2 smpai rumah dlm kul 6pm (klu flight tak delay). Aku ada beli souvenir kat ko.....mesti ko suka...Mahal gak barang2 kat sini.
Ok...c u..babye...
Nita
Okey...ni citer terbaru... Setelah 40 jam di dalam bas, aku selamat sampai di Tehran semula. Penat juga dalam bas lama2 walaupun bas tu banyak kali stop utk toilet & refreshment. Sebabnya, setiap kali bas stop, semua org disuruh turun. Tgh sedap tidur pun kena turun juga. Bila turun jer....mula la nak masuk toilet. Setiap kali masuk toilet, kena plak bayar 1 Lira (RM2.30) seorang.
View dlm bas cantik juga, tapi tak boleh lawan view sepanjang dlm keretapi hari tu. Agaknya sebab tu la train fare almost 3 kali ganda (USD70) compare to bus fare (USD25). Aku sikit pun tak menyesal bayar mahal2 utk naik train tu. Walaupun lambat (melebihi 3 hari compare to bus yg tak sampai 2 hari) but the money spent is well worth the experience. Yg bagusnya, naik bas dari Istanbul ke Tehran ni, boleh nampak snow cap Mount Ararat yg begitu dekat....lebih kurang 400m saja kaki Mount Ararat tu dari tepi highway. Highway kat sini tak berapa even...tinggi rendah sampai rasa mcm naik ferry, bukan naik bas.
Masa kat border Turki - Iran, officer (yg lain, bukan yg ari tu sebab route bas dgn keretapi tak sama) kat imigresen tu buat hal juga. Tapi tak la teruk sangat, may be sebab kitaorg dah nak exit, bukan nak enter Turki. Mcm2 gak soalan dia tanya.....siap scan passport lagi. Tapi kali ni kitaorg dah pandai.....Grace dan anak aku (yg passport issue tahun 2005), jalan di depan dan aku selang beberapa org di belakang. Kalau aku di depan, tentu problem mcm hari tu sebab security passport aku tak sama dgn diaorg punya.
Sampai hotel pagi tadi, terus masak nasi dan lepas mandi, zzzzzzz...mengantuk cos tak cukup tidur. Bangun tidur, staff kat hotel ni pulak jamu nasi gurmet sabzi yg dimakan dalam sejenis roti yg dipanggil lavash. Sedap.....Staff kat hotel ni dah mesra dgn kami sebab dah kali ketiga stay kat sini. Kejap lagi nak pergi bazar....tapi hari ni Jumaat, cuti, so most of the shops closed. Esok nak pergi ski kat Tochal, so tak der masa lain lagi nak pergi. Maam ni aku dinner kat rumah Sarah.....so aku makankan utk korang yer...

No comments: