Baru semalam dia meninggal dunia
Masih dalam kesedihan keluarganya
Masih terlalu panas bahang pemergiannya
Masih belum percaya pada sesetengah kita akan ketiadaannya.
Tiba-tiba di sini dengan keghairahan sebahagian kita
Menyebut tentang pilihan raya kecil
dan calon mana yang layak menggantikannya
Lebih-lebih lagi yang mempolitikkannya
Tak tahu membezakan masa
Tak tahu membezakan masa
Bila perlu berduka dan masa bila perlu bersuka
Tak berubah-ubah juga perangai lama
Semoga Tuhan tidak memalingkan wajah-Nya
dari muka kita.
Al-Fatihah
Buat Roh Allahyarham Datuk Razali bin Ismail
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
dan takziah warga pendidik dari seluruh negara
ke atas keluarga peribadi yang berjasa
daripada
GuruBashid seisi keluarga
Abd Bashid Harun
Apa aku rasa?
Buat kali keduanya aku terasa kehilangan dalam dunia pendidikan. Sekali lagi kita kehilangan seorang educationist terbilang. Terdahulu merupakan Mantan Menteri Pelajaran Datuk Musa yang tidak lagi kedengaran suaranya dalam meja keputusan...
Kita memerlukan lebih ramai wakil guru berkaliber dalam pucuk pimpinan di Kementerian Pelajaran kerana pendidikan bukan untuk diperkotak-katikkan tetapi digunakan sebagai instrumen membina manusia menjadi insan. Sampai bila kita membiarkan pendidikan diperkudakan sebagai suara politik?
Kadang-kadang aku pun pening yang mana lebih penting, politik diatas pendidikan atau pendidikan diatas politik...ibarat ayam dengan telur, mana datang dulu?
No comments:
Post a Comment