Tuesday, December 16, 2008

Susurmasa

Kunjung mengunjung memang membawa berkat. Bila ada peluang, jangan ditolak. Maka bila aku diajak ke rumah Timbalan Dekan Upsi, aku pasti tak nak lepaskan peluang. Apa yang aku jumpa?

"Susurmasa" ~ sebuah buku tentang seni ada di atas meja kopi tuan rumah yang memang mempunyai citarasa tinggi terhadap seni dan budaya kehidupan tetapi yang benar-benar menangkap minda aku ialah frasa "Pi mai pi mai tang tu" yang aku jumpa dalam buku itu.

Persoalan tentang kenapa harus kita dok tang tu je, kenapa tidak kita pi mai pi mai? Begitu juga bagaimana kita harus belajar mencari persamaan dalam setiap perbezaan yang kita tempuhi. Bukan soal payah atau susah atau bagaimana mampu kita melakukannya tetapi apa yang telah kita lakukan untuk berada di mana kita telah berada di hari ini.

Apa yang mampu kita lakukan untuk memahami sesuatu yang luar biasa dari perkara yang biasa-biasa? Itulah kesenian dalam kehidupan....

Toksah la dok tang tu saja, mesti pi mai pi mai jugak...Kenapa?

Kita perlu berubah. Perlu membentuk suasana luar biasa yang mencungkil kehebatan kita dari sudut yang jauh berbeza dari siapa kita yang sebenarnya.

Lihatlah pada imaginasi atas imaginasi yang menjelmakan bentuk dari ruang halimunan....

Kita adalah manusia biasa yang kerap bermain dengan persepsi yang seringkali meletakkan kita pada landasan yang belum tentu benar. Mengapa begitu?

2 comments:

arsaili said...

salam..apa kabar? apa aktiviti cuti sekolah nih

Sharifah Hassan said...

salam kembali...khabar baik..cuti sekolah...sekolah cuti..tak yah gi sekolah!!! hehehehe..