Aku termalu sendiri. Apa tidaknya, apabila terlalu sibuk dan tenggelam dalam masalah sendiri, aku disedarkan bahawa ada lagi orang lain yang lebih teruk dan lebih bermasalah dari masalah yang aku hadapi.
Semalam aku ke PPD LMS. Dalam aku bertelepon menceritakan kepeningan aku pada sahabat aku yang terpaksa menjadi pendengar setia aku sejak beberapa hari ni, tetiba bahu aku ditepuk dan aku disapa,
Eh, Sharifah kan?
Aku macam biasa tengok muka iras-iras perempuan cina, tapi pakai tudung. Rupa-rupanya kami satu sekolah di TMGS dari Tingkatan Satu sampailah ke Tingkatan Lima. Bayangkan dah hampir 20 puluh tahun tak jumpa. Cuma dalam ghalit kami bercerita, langsung aku terlupa untuk ambik gambar...Mungkin kerana kisah kehidupannya yang menyentakkan aku bahawa betapa untungnya kehidupan yang sedang aku lalui..
Suhaima? Ema..ek??? Ko buat apa sekarang nih?
Aku tengah uruskan anak aku bertukar dari Dr Burhanuddin ke Convent Kota atau Kg Jambu. Dia dapat 3A je..takleh ke mana-mana. Masalahnya aku duduk di Pokok Assam. Nak ke SMDB tu jauh sangat. Ko cikgu ke?
A'a..aku tengah cuba nak tukar ke Tanjung Malim, sambung belajar...Ko buat apa la ni??
Aku keja kat Bangunan MPT, ala sapu-sapu sampah, cuci tandas je...
Uish! Biar betul? (Setakat ni, kawan-kawan lama yang aku jumpa semuanya kerja hebat-hebat belaka!!)
La..ko ni, dulu aku keja ka zoo Taiping, gaji bagus sikit RM600 tapi sekarang dapat RM450. Malam aku cuci pinggan, dapatlah RM15 buat belanja anak-anak aku.
Anak ko berapa orang?
6 orang. Ada sorang di SERATAS tahun depan Ting 5, 2 orang lagi di SMK Taman Tasik, Tingkatan 3 dan 4. Yang lain sekolah rendah lagi...
Laki ko keja apa?
Tu la..aku nih dah 2 tahun gantung tak bertali. Laki aku kerja kat Pasar Mini Sin Wai Huat kat Simpang... Dah tak larat naik turun mahkamah..Dia dah cerai aku tapi nak rujuk kena denda dengan mahkamah. La ni dia dah kawin dengan pompuan Indon kat sempadan..
Dalam sembang-sembang tu, sempatlah aku makan pagi dengan dia...Terkedu aku bila dia ceritakan kisah hidupnya. Betapa untungnya aku...
Bayangkan kerja setakat tukang sapu dengan gaji RM450, anak 6 orang, suami gantung tak bertali, tak ada nafkah anak-anak pulak tu...harapkan semata-mata dengan belas ikhsan adik beradik..
Akhirnya kami berpisah lepas aku menghantarnya ke "kedai jel" (jenuh aku fikir kedai apa tu!) Dia kata nak letak barang (pun aku tertanya-tanya barang?? mengaru gak kepala aku yang tak gatal ni!). Bila aku sampai ke tempat yang dituju barulah aku tau, apanya kedai jel...heheheh..bengap juga aku nih!!
Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada kerana ramai lagi yang tak seuntung apa yang kita miliki...
Dan kerana kisah dia, aku sedang berusaha untuk menghilangkan sikap bakhil dan belajar lebih mudah memberi tanpa mempersoalkan apa yang bakal aku terima! Terima kasih juga pada Yusri...
No comments:
Post a Comment