Tuesday, December 16, 2008

Last Word on English

Inikah sebab Matematik dan Sains pakai bahasa Inggeris?
Ini mungkin bukan sebab sebenar, tetapi hanya Husin teka-teka.

Semasa Dr Mahathir mentadbir dia meminati bidang IT dan komunikasi dan dibina Multimedia Super Corridor (MSC) sebagai sebuah tempat yang dibina infrastuktur komunikasi yang hebat untuk membolehkan syarikat-syarikat dunia guna sebagai pusat kajian, operasi dan lain-lain.

Tatakala sedang merancang MSC ini, dia dapati kebanyakkan kertaskerja rasmi dalam bahasa Melayu menggunakan bahasa Inggeris. Akhirnya disuruh terjemahlah dalam bahasa rasmi, Bahasa Melayu (ikut perlembagaan ni).

Perancang-perancang MSC ni gopoh gapahlah terpaksa tanya sana sini. Bila ditanya Dewan Bahasa Pustaka, tak dapat-dapat istilahnya. Nak kena panggil mesyuarat dan panggil pakar-pakar. Peliknya salah seorang perancang yang terlibat dipanggil ke Mesyuarat DBP pulak.

Mereka pun berusaha dengan bertanya Institiut Penterjemahan Negara, mereka hanya bisingkan tak cukup peruntukkan untuk terjemah buku-buku ilmiah.

Perancang-perancang ini tak ada masa. Lalu mereka terjemah sendiri akhirnya dan dalam kurungan ditulis istilah Inggerisnya.

Apabila kertaskerja itu siap, CEO itu datang sendiri untuk menyerahkan kepada Dr Mahathir. Tercengang dan terkejut dia baca kertaskerja itu.

Mana tak. Tengok istilah-istilah yang diguna semasa itu:
Hardware = perkakasan keras
Software = perkakasan lembut
Joystick = batang gembira
Plug and play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Ada satu ayat itu, berbunyi berikut:


Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Terperanjat Dr Mahathir melihat ayat itu. Lebih kurang semasa itu ada seorang ahli Parlimen PAS kata dia tengok filem lucah dengan cucunya.

Inikan pula ada laporan berbunyi lucah. Dia mengangkat matanya. Dengan jelingan yang tajam, dia bertanya mengenai para itu.

CEO itu menjawab, "Dalam bahasa Inggeris, ia sepatutnya berbunyi, "That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Parah ...

Akhbar dahulu laporkan ramai diplomat kita tak tahu bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Husin ingat ini menjadi sebab terpaksa guna bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains.

Salahnya siapa?

Ada salahkan Dr Mahathir. ... Ada salahkan guru-guru bahasa Inggeris tak cekap. Ada salahkan DBP. Ada salahkan lambat sangat penterjemahan buku-buku teks ke dalam Bahasa Inggeris. ... Ada salahkan globalisasi. Ada salahkan persaingan yang terlalu sengit menyebabkan terpaksa. ... Hingga ada salahkan Bill Clinton dan John Major.

Diri sendiri yang tak kuasai Bahasa Melayu dengan baik tak disalahkan.

Walaupun kadang-kadang ada benda terlepas, nasib baik Dr Mahathir teliti. Kalau zaman Dolah, apa jadi akhirnya.
Dipetik dpd :

No comments: