Monday, December 29, 2008

Sibuknyer!

Dalam tempoh 10 hari ni, aku benar-benar sibuk. Cuti kali ini banyak perkara yang aku lakukan. Paling menarik ialah aku suka pada surprises! Kejutan demi kejutan aku dapat dan nikmati...
Bermula dari permohonan ke UPSI sehinggalah keputusan untuk berhijrah ke Tanjung Malim. Semuanya diluar jangkaan orang sekeliling. Aku pula jenis payah nak buka mulut bercerita. Celoteh aku selalunya lebih kepada cerita kosong. Bila aku bercerita bab sambung belajar dan berpindah...mak, abah dan adik-adik aku semua terdiam. Setuju pun tidak bangkang pun tidak. Dan aku pula jenis tak bertanya atau berkata banyak. Kalau dah tetap keputusan dalam tangan aku, jangan harap aku nak berubah atau bergenjak.
Maka bila boss besar aku beri green light untuk berpindah, masa tu juga aku isi borang tukar. Sayangnya PSO di PPD asyik keluar mesyuarat menyebabkan laluan aku agak sukar walaupun boss ok! Akhirnya aku buat keputusan untuk bertindak sendiri. Buat keputusan sendiri dan ambil tindakan sendiri agar aku yang menguasai keadaan dan menentukan semua tindakan.
Akhirnya dalam penat jerih aku ke PPD LMS, ke JPN Perak, ke PPD Batang Padang, ke Slim River membuahkan hasil. Sayangnya buah belum cukup ranum menyebabkan aku masih menunggu buah tak gugur. Harap sangat sebelum buka sekolah aku boleh confirmkan tarikh pertukaran aku ke SMKA Slim River. Hoping for 1 January. Kalau dapat, walamak...dunia ana yang punya!
Dah la memang aku ni jenis tak tahan sabar. Keadaan menunggu ni selalu membuatkan aku hilang sabar! Jadi aku isi masa aku dengan kelebek kereta aku (itule buah hati pengarang jantung aku!). Aku berhabisan masa juga upgrading kereta aku agar seselesa yang mengikut spesifikasi jiwa aku yang sentiasa menuntut kesempurnaan...(Ewaahhh...macam bagus!) Bukan tu je, aku siap riki library Universiti Malaya..(jumpa JINGGO!) kemudian aku melawat alma mater aku (UPM) dan akhirnya aku pun dah tahu macamana nak ke UKM. Setiap universiti yang aku riki, semuanya ada kelebihan tersendiri. Masa di UM, aku jumpa pensyarah stats ~ Encik Norjoharee yang merupakan best friend dengan Dr Ong Eng Tek, pensyarah stats di UPSi. Mereka berdua ni sama-sama berkhidmat di UPSI suatu masa dahulu. Dari En Norjo, aku dapat platform untuk mulakan research thesis aku. Bermula dari tajuk sehinggalan ke kaedah kajian. Dari situ aku ke UPM, yang juga ada kelebihan tersendiri. Apa yang menariknya di UPM ialah sejak dulu lagi kemudahan photostats thesis yang ada di Main Library atau Pusat Sumber Fakulti memang dibenarkan. Ini memudahkan tindakan seterus aku. Jadi sekarang ialah mencari masa yang sesuai untuk aku ke UKM pula untuk melihat apa-apa yang boleh aku "hargai" sepanjang aku bergelar "mahasitua".
Semalam dan hari ni pulak aku memenuhi jemputan kenduri kawin rakan taulan mak dan abah aku. Tertembung dengan cikgu aku masa di TMGS yang juga sepupu abah...Asyik dia berceloteh dan bercerita, dan bila aku bagitau dia aku jadi penghuni UPSI, gelak sakan juga bila dengar komen dia..
"Hang ni Shipah, kecik-kecik dulu kat sekolah asyik main...tup-tup lani dia yang rajin pulak sambung belajar...tak habis-habis pulak tu..!" Pot-petnya sambil menyuap nasi ke mulut
"Alaaa..cik Ani, biasalah...hidayah dah dibuka...hijrah..hijrah!!" Selamba badak je aku jawab...
Dan petangnya aku bawak mak dan budak-budak ke Sua Rasa TV9 di Dataran Ipoh. Huh! Tak best dan tak kena jiwa aku langsung. Si Nisa nak tengok Six Sense dengan Aizat pun aku tak layan. Hujan pulak tu, so kami semua merewang di Ipoh Parade je! Nasib baik ada sale walaupun aku tak beli apa-apa pun! Nisa pun dah jadi macam aku, asyik cari buku je tapi genrenya berbeza dengan aku...Dia cari komik cina. Aku dulu cari English Romance! So untuk dia dapatlah aku belikan beberapa komik cina di Novel Hut kat Ipoh Parade yang memang tempat aku lepak cari buku-buku terbaru dengan harga second-hand. Tak sempat pula aku cari buku untuk study aku...lain kali kot! Sufi macam biasalah...buas dan bising! Tengah syiok belajar mengarah dan meminta. Dah ada ego pulak tu..
Pagi esok, awal-awal lagi aku ada date dengan Mr. William, tukar ekzos dan silencer wira untuk pick up dan jimat minyak. Apa pun yang penting ialah kereta aku sihat dan aku bahagia...heheheeh.

No comments: