Sama tapi tidak serupa...
Semalam aku menonton Cerekarama sambil tangan sibuk menyimpan barang-barang dalam kotak..sambil-menyambil!!
Seronok cerita tu. Pasal benda yang sama tapi tak serupa. Istilah "Muslim" dipandang dari dua sudut berbeza. Satu sudut melihat kepada kesolehan sebuah keluarga yang benar-benar melakukan ibadah tak kira siang dan malam tapi tidak berakhlak. Satu sudut lagi melihat kepada sebuah keluarga yang mengamalkan nilai akhlak yang mulia tapi tidak beramal. Tetapi perbezaan yang jelas ialah maksud "alim" bukan terletak pada amalan ibadat semata-mata dan "nilai akhlak" tidak terletak kepada kasih sayang dan kemurahan wang ringgit sahaja.
Kisah ini membuka minda aku untuk mencari jalan menggabungkan nilai amalan dan nilai akhlak yang tinggi agar aku dapat memahami dan mengerti apa itu "Muslim" sebenar...
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment