Kegilaan aku ketika boring ialah membaca. Dan syurga aku ialah bila aku bersila di lantai perpustakaan. Sebab tu bila aku mendaftar di UPSI, perkara pertama yang aku ambil port ialah librarynya! Hebat dan menarik. Sistem OPAC dan WebOPAC memang sistem yang telah didedahkan kepadaku semasa aku belajar di Drexel tahun lepas. Maka bila aku menghadiri sessi penggunaan library pada 17 Disember di UPSI, aku buat refresh pada ilmu yang dah ada. Bagus juga sebab dah berkarat pun!
Sebenarnya aku masih lagi menggunakan minda lama. Pilih buku secara online tak puas! Kena kelebek, selak-selak, buka pelan-pelan....tengok bahagian yang menarik...baru aku pinjam atau beli!
Pilihan aku untuk bulan ni ialah buku "Aisyah ~ Ummul Mukminin".
Banyak yang aku pelajari dan jadikan panduan terutama tentang kehebatan Nabi Muhammad dalam menangani isteri-isterinya dan juga ketinggian akhlak serta kesabaran yang dipamerkan selama kehidupannya.
Part yang paling aku suka ialah kisah Aisyah yang benar-benar menampakkan kemampuan "wanita di belakang lelaki"... Bagaimana dia menjadi pasangan yang melengkapi peranan Nabi sebagai lelaki, pemimpin dan pendakwah Islam. Malahan selepas wafatnya Nabi, Aisyah masih lagi mengamalkan kehidupan seolah-olah dia masih lagi bersama Nabi yang membayangkan kecintaannya yang tinggi terhadap apa yang dilakukan Nabi semasa hidup.
Bagi aku, walaupun kita tidak dapat menandingi kehebatan mereka tetapi mereka adalah role model yang patut kita jadikan panduan dan ikutan. Memanglah kita tidak pernah lepas dari melakukan dosa tetapi itu tidak menutup peluang untuk kita terus mencari pahala! Wallahuallam...
Pilihan aku yang kedua ialah novel terbaru Aisya Sofea, "Selagi Ada Dia". Aku jatuh cinta dengan watak lelaki yang digarap ala-ala lelaki idaman Malaya! heheheh....dan ungkapan yang paling aku suka dari heroin ialah~"Angan-angankan percuma, tak kena sesen pun!". Memang betul sebab dari angan-angan, ia menjadi impian seterusnya menjadi kekuatan dan akhirnya pembakar semangat untuk terus melangkah.
Alahai...sekali sekala kita kena gak berangan walaupun dalam realitinya, ia hanya impian yang tidak kesampaian...Motto aku senang je! "Take it easy, just do it and don't give up"
No comments:
Post a Comment