Pada hari raya pertama aku terima sekilo daging korban...terfikir nak buat apa? Hari ni Unit SPI di Jabatan Pelajaran Perak korbankan 2 ekor. Tak pasti pulak lembu atau kerbau, rasa macam kerbau. Berkilo-kilo daging dilapah...aku juga ditawarkan sekilo..Dalam lembut, aku menolak memikirkan apa aku nak buat dengan daging tu?
Teringat aku zaman arwah opah masih hidup. Dia rajin buat korban dan dagingnya akan dibahagikan dengan penduduk kampung. Tugas aku ialah menghantar daging-daging yang dah siap dilapah dan ditimbang ke rumah-rumah yang ditetapkan. Kebiasaannya rumah-rumah yang aku kunjungi sangat daif dan tidak se gah rumah putih yang diduduki oleh opah sekeluarga. Dari situ aku belajar satu perkara yang aku pegang sehingga hari ini.Kalau dulu aku besar dengan memberi korban, bermakna aku tidak layak menerima daging korban.Itu pesan arwah opah aku pada aku...Tak taulah cucu dia yang lain pun dengar juga.
Sehingga ke hari ini, aku malu untuk menerima daging korban sebab rasanya masih ramai mereka diluar sana yang lebih memerlukan sedekah korban kita. Latihan itu akhirnya sebati dalam diri aku bahawa kita mesti perlu bersedia berkorban dan tidak mengharapkan pengorbanan dari orang lain...
Daging korban itu melambangkan pengorbanan yang perlu kita lakukan dalam kehidupan. Seperti persoalan Cikgu Bashid...Kalau Ismail Ibrahim adalah Ismailnya, siapakan Ismail kita?
No comments:
Post a Comment