Salam.....Finally, I am now back to my home sweet home Perkara pertama yg aku buat setibanya aku di rumah adalah mencari baby kesayangan aku, siapa lagi kalau bukan si Kabu. Panggil punya panggil, cari punya cari.....batang hidung pun tak nampak. Lepas 2 minit baru aku nampak dia berlari2 dari luar rumah menuju ke arah aku. Apa lagi.....aku terkam dia, aku peluk dia, aku cium dia, aku gomol dia cukup2. Ishhhh....ganasnyer Tapi itu laa.....lepas rindu habis2an. Maklum, 3 minggu tak jumpa dan paling frust sebab masa aku nak mula travel dulu, aku tak dapat say goodbye pada dia sebab dia menghilangkan diri for more than 24 hours. Kata anak sulung aku, lebih semimnggu si Kabu mengiau2 sekuat hati (macam kucing hilang anak) di tengah2 malam di depan pintu bilik aku. Kesian dia. Dia cari aku la tuu....Mujur aku ada tinggalkan rakaman klip video aku bercakap pada dia. Itu la yg anak aku mainkan pada dia setiap hari. Anak aku kata, dia concentrate sungguh mendengar suara aku. Lebih kurang 10 hari juga la anak aku kena buat camtu, sampai la Kabu pun dah boring. Semasa aku menaip ni, Kabu tengah duduk atas riba aku .Okey...sambungan dari citer aku yg terakhir ari tu....Sarah & bapak dia dtg fetch aku kat Imam Khomeini Square. Rumah dia jauh gak, dlm 30 minit drive. Kami disambut oleh mak dia (aku dah jumpa masa mula2 sampai Tehran dulu). Rumah dia teres 2 tingkat, tapi rumah2 kat sini, tingkat bawah dan tingkat atas adalah satu rumah yg lengkap. Meaning satu family boleh duduk tingkat bawah, dan satu family lagi boleh duduk tingkat atas. So, datuk & nenek Sarah ni duduk tingkat bawah, dan family dia kat tingkat atas. Kebanyakan Iranian memang mcm tu....sebab mereka sgt mementingkan hubungan kekeluargaan. Mula2 kami dijamu dgn buah2an (timun kecil - baby cucumber, pun tergolong sbg fruit kat sini), pistachios, dan beberapa jenis kekacang yg lain. Makan itu jer pun dah kenyang. Lebih kurang 8.30pm, kami dinner. Mak dia sediakan 7 jenis dishes, termasuk gurmet sabzi, kebab ayam, burger kentang + minced beef, salad, sejenis appetizer yg dibuat dari wholemeal, sejenis yogurt dan satu lagi yg aku tak reti nak explain, dan saffron rice. Semuanya sedap. Entah berapa jam mak dia bertapa kat dapur utk menyediakan dish2 tu semua, tak tau laa. Kami semua kekenyangan. Lepas tu kami ke komputer Sarah utk tgk gambar2 percutian keluarga dia & gambar2 private party dia & kawan2 pompuan university dia. Naik terbeliak mata aku tgk gambar2 yg semuanya berpakaian seksi meksi....padahal kalau kat luar semuanya bertutup litup. Glamer habis, mengalahkan celebrity. Satu lagi kejutan aku dapat adalah bila Sarah ni mainkan lagu Scorpions (fav band aku). Rupa2nya dia pun peminat fanatik Scorpions, dan Metallica jugak. Siap sebut nama sorang2 band members Metallica. Fuhhh.....memang terkejut aku. Lepas tu, mak dia panggil untuk minum kopi dan makan kek pulak.....Sampai 10.30pm. bapak dia hantar kitaorg yg dah mcm ular sawa kenyang ni balik ke hostel. Nx day, aku terlambat bangun, so by the time kitaorg sampai ke Tochal, dah pukul 10am. On the way, hati berkira2....ada ke rezeki nak main ski ni....tapi mujur ski slope dibuka pada hari tu. Kitaorg pergi sewa boot & equipments (USD17) dan beli tiket masuk USD15. Yg seksanya, kitaorg kena menapak dari ofis tpt sewa peralatan tu hingga ke gondola (cable car yg membawa kitaorg naik ke atas) dgn memakai siap2 boot ski yg sapa yg pernah pakai, tau la seksanya nak berjalan, dah mcm robot. Berat pulak tu....rasanya sepasang boot dlm 5 - 6kg. Dah tu boot tu memang ketat (tak boleh longgar, dangerous), dan bila berjalan, boot tu akan menekan tulang tibia (tulang kering daa). Sakit....Kena pulak kandar peralatan ski lagi, Naik gondola pulak kena tukar 3 kali utk sampai ke ski slope yg mempunyai ketinggian 3965m dari aras laut. Makin tinggi, makin banyak snow dan semakin sejuk. On the way, kami nampak beberapa skiers yg turun dan kami dimaklumkan bahawa cuaca tak baik. Alamak.....duit dah keluar banyak, tak kira laa....kita org naik juga sampai atas. Terkejutnya bila sampai ke atas, sedang berlaku minor snow storm. Angin punya la kuat smpai rasa nak melayang. Visibility very low, dlm 10 meter je. Camner nak ski ni ? Redah jer la....Dlm terhoyong-hayang tu, masukkan juga boot dlm ski dan dgn tak nampak ke mana hala dituju, aku pun meluncur. Rupa2nya aku dah turun satu slope yg curam. Hahaha....apa lagi.....tergolek2 la jatuh. Nak berdiri punya la seksa. Skiers yg lain tak dapat nak tolong sebab cuaca buruk, lagipun camner diaorg nak stop dan tolong aku sebab itu tpt yg curam, bila diaorg lalu sebelah aku, sure terus meluncur laju. Terkial2 aku cuba nak berdiri, dan baru nak stablekan diri, dah tergelincir balik, jatuh lagi. Masa tu aku dah sejuk giler (temp minus 25 ke minus 30) sebab snow dah masuk dlm sweater & glove aku. Anak aku & kwn aku entah ke mana. Tak nampak langsung sebab visiblity tinggal 3 - 5 meter jer. Suasana dah jadi 'whiteout' situation. Langsung tak nampak apa2 melainkan putih seputih2nya. Rasa mcm kat alam lain pun ada. Sorang skier suruh aku tanggalkan ski dan mendaki semula 150 meter ke atas sebab memang no way aku boleh turun lagi (masih jauh utk sampai ke swing chair). Dlm kesejukan dgn angin serta snow yg menggila, aku tanggalkan ski aku & kandar sambil mendaki ke atas. Tuhan saja la yg tau camner aku rasa. Menyesal pun ada. Tangan aku dah numb smpai tak boleh rasa apa2. Bayangkan nak mendaki 150 meter ke atas dgn melawan angin kencang dan membawa ski serta memakai boot yg berat. Rasa mcm dah tak mampu nak bergerak. Tapi aku tau, kalau aku tak kuatkan semangat, I will be frozed to death. Tak ada siapa2 yg boleh tolong aku melainkan diri aku sendiri. So aku menapak selangkah demi selangkah. Aku tak nampak ke mana haluan aku. Nasib baik utk seketika (dlm 5 saat) kabus berkurangan dan aku nampak kabin tempat skier berehat. So, aku gagahkan diri utk sampai ke kabin tu. Bila sampai, berpinar mata aku & tak boleh nak adjust dgn cahaya malap dlm kabin tu. Aku tau kat situ ada heater, so aku letak tangan aku kat heater yg sepatutnya panas (tapi tangan aku yg kebas tak rasa apa2 langsung). Lebih kurang 10 minit barulah mata aku boleh adjust dgn suasana dlm kabin tu. Sorang skier dari Korea cakap muka aku merah menyala (bila sejuk pun muka merah gak, bukan time panas jer). Aku pening sikit sebab 'whiteout' situation tu. Pada masa ni, aku terkenang camner la DP Sharifah Mazlina menawan Artik & Antartik seorang diri & betapa hebatnya pendaki2 Everest...Really admire them. Bila pening dah reda, aku keluar dari kabin. Aku ski balik. Tapi tak berani nak pergi jauh2, main2 kat situ jer, sebab aku tau kat situ ground nyer rata. Kawan aku pun ada kat situ rupanya, tapi anak aku dah tak tau ke mana. Aku risau sgt takut dia ditimpa masalah. Macamana nak mencari dlm keadaan yg tak nampak apa2 melainkan putih semata2. Aku cumpa mampu berdoa. Selang 15 minit, aku nampak samar2 kelibat mcm anak aku. Bila aku panggil, memang betul dia. Dgn snow cap dah terbang entah ke mana, dia pun tengah menggigil2 kesejukan....tapi rupa2nya dia tgh having the best time of his life !!! Aku risau bagai nak giler, rupanya dia ikut satu team expert Iranian skiers & dalam 'whiteout' situation tu diaorg ajar dia teknik2 ski. Lega hati aku. Ski slope ditutup jam 2pm sebab cuaca semakin buruk. Conclusionnya, aku dapatla ski sikit tapi anak aku siap compete dgn 'kawan2' dia yg lebih dewasa, dan dpt nombor 2, dari 6 org yg compete . Dia siap boleh terbang dari ketinggian 2 meter dan landing tanpa terjatuh. Hebat juga anak aku ni. Itu baru dapat peluang ski once in a blue moon. Agak2nya kalau ari2 ski, boleh masuk winter olympic kot Habis ski, kitaorg singgah bazar sekali lagi (semalam, semua kedai tutup). Ingat nak cari souvenir tapi tak ada langsung. Walaupun bazar tu besar, tapi balik2 jumpa kedai jual kitchenware, jual pistachios, jual carpet. Langsung tak nampak souvenir. Sorang tokey kedai bgtau kat situ memang tak der souvenir, klu nak, kena pergi Istanbul Street. Naik la metro, cari Istanbul St, tapi rupa2nya tempat ni jual barang2 antik . Teruk betul !!! Menyesal aku tak beli souvenir masa kat Esfahan ( time tu malas nak bawa barang banyak2 sebab banyak tempat nak travel lagi). In the end, jumpa la satu kedai handicraft kat situ yg harga barang2nya memang mahal. Aku beli la juga sebatang pen yg ada corak bermotifkan Iranian USD15, tiles 6" X 6" yg ada ukiran (USD12) dan beg handphone (USD8). Lepas tu balik ke hostel sebab anak aku dah mengamuk penat (mana tak penat, baru lepas main ski, merayap pulak berjam2).Semalam, aku bangun dgn badan yg terasa panas & tekak yg terasa perit. Sah....aku dah demam. Hari ni dah nak fly balik. Nak buat camner, demam2 pun kena la usung beg2 berat. Check out 10am. Flight Tehran - Kuwait 1.30pm. Kat Kuwait transit 9 jam. Apply VOA (aku & anak aku dicharge KWD3 (RM39) each, tapi kawan aku kena KWD6 - RM78) dan naik bas 501 menuju ke town. Kuwait city sebuah bandar yg tersusun rapi (mcm Singapore), kemas, cantik, bersih, tapi tak la besar sangat. Deretan kereta2 mewah memenuhi jalan, semuanya besar2 belaka. Yg naik bas cuma pekerja2 (India, Pakistan, Bangla, Indon, Philippine) & kitaorg . Sampai terminal bas, rupanya ada banyak souk (mcm bazar) dan barang2 yg dijual murah2 belaka. Menyesal pulak tak banyak tukar duit, sebab tak plan pun nak shopping sebab ingatkan everything is expensive in Kuwait. Rezeki kitaorg termasuk ke kawasan shopping utk golongan pekerja2 ni dan kebanyakan barangan datang dari India, China atau Kuwait sendiri. Dapat la aku beli jubah utk mak aku (murah jer...RM30, tapi cantik), snow cap & muffler utk aku (RM10) dan sedang aku berkira2 nak beli tak satu winter coat yg elegant (mcm yg model2 pakai), anak aku pulak offer...kalau aku berkenan, dia akan belikan utk aku sebagai bday present aku yg coming soon ni. Best betul....Sambar la...tak sampai RM50 harganya. Memang cantik dan murah. Kat sini juga aku jumpa key chain Kuwait & Iran (kat Iran tak der...kat sini pulak ada ) Time balik ke airport, angin kencang & temp drop, sejuk sangat aku rasa...lagipun aku kan demam. Sampai airport, demam aku semakin teruk. Org pulak punya la ramai....pekerja2 ni la semua nak balik bercuti. Jenuh aku nak mencari semua tempat & settlekan semua urusan (nak harap kawan aku, dia pun tak berapa reti). Finally, selesai. Flight delay 35 minit. 12.20am depart. Semua seat occupied dgn Indon maid sebab flight ni stopover kat KL dan lepas tu ke Jakarta. Aku dah tensyen sebab aku tau sgt maid2 Indon ni akan bersembang & buat bising sepanjang perjalanan selagi tak landing (dah beberapa kali aku terkena situasi ni), sedangkan aku perlu tidur utk recover demam aku. So, apa lagi, telan la sebiji motion sickness pill & hanyut terus. Meal sampai pun aku tak sentuh (menyesal pulak ). Flight Kuwait - KL 8 jam, tapi disebabkan time difference, aku selamat landing pada jam 1.15pm. Sebelum tu sempat berborak dgn steward Kuwait airlines yg hensem giler & bg info kat dia yg nak scuba diving kat Sipadan. Selesai urusan passport control & bagage reclaim, aku board bas balik ke Ipoh. Berpeluh2 dlm bas walaupun aircond dipasang kuat. Baru la tersedar panasnyer Malaysia ni. . Finally, 6pm sampai la aku ke rumah. Syukur alhamdulillah.Ini la entri terakhir aku utk thread ni. Kesimpulannya, travel kali ni banyak memberikan aku pengetahuan serta menimbulkan keinsafan dalam diri aku. Ada juga aku muhasabah diri dan merenung kembali kelemahan2 yg ada dalam diri aku. Kalau ada rezeki, teringin nak ke Iran lagi sebab banyak lagi destinasi lain yg menarik yg belum aku cover spt Kish Island, Bandar Abbas, Gilan & Mashhad. Turkey pun banyak tempat lain yg menrik selain Istanbul (lupa nak citer....aku banyak kali jumpa melayu kat Istanbul yg travel ikut pakej, tapi punyala berlagak....senyum pun tak nak ).So...until nx time....no more travelling until I complete my thesis (rasa2nya lepas balik dari India bulan 2 dulu pun aku cakap camtu jugak kan, tapi lepas gak smpai ke Iran, Turki & Kuwait.
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment