Saturday, July 18, 2009

Paksi Kehidupan


Ini satu isu yang sangat serius yang dipandang berat tetapi diambil ringan. Menetapkan paksi kehidupan. Fahamkah kita apa itu "paksi kehidupan"?

Apakah yang menjadi fundamental kita dalam menentukan arah kehidupan?

Kenapa kita berkahwin dan beranak pinak?

Kenapa kita mencari wang siang malam pagi dan petang?

Kenapa?

Dalam dunia yang sering berubah-ubah dan kita seiring dengan perubahan itu, kita mencari sesuatu yang tidak pernah berubah walau ditelan dan diluah kembali zaman. Sampai ke penghujungkah pencarian kita? Bersabarkah kita dengan hasil dihujung perjalanan itu? Apakah yangtelah kita kutip dan kumpul sepanjang perjalanan itu? Apakah yang menjadi liabiliti dan apa pula yang menjadi aset? Dan apa yang menjadi kompas pencarian itu?

Tahukah kita apa yang kita cari selama ini?

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... sekadar mendapatkan keredhaanNYA dan memenuhi amanah dan peranan kita dijadikanNYA...jika selain daripada itu yang kita cari maka yang dicari adalah sekadar cabang dan ranting sahaja... itupun jika diperolehi sebelum mata tertutup dan sebelum nafas berhenti.

. said...

Mencari
Mencari iman yang tetap
Mencari hati yang khusyuk
Mencari ilmu yang bermanafaat
Mencari keyakinan yang benar
Mencari agama yang lurus
[http://lamanpahang.blogspot.com/2010/11/berikut-adalah-kerja-kerja-memasang.html]